Sekarang ni boleh dirasakan setiap hari aku akan berhubung dgn Airul.Kalau tak aku on9,Airul akan msj aku.Rase mmg kalau xcontact 1 hari,xsah.Samada dgn YM,mesej atau call.Aku masih xbleh ingat bile aku mula kenal Airul.Mgkn ade dlm n3 aku yg lepas2.nnt aku cek.Penah gak Airul ajak jumpe tp aku rase fobia nak jumpe lelaki ni.Jadi aku meletakan masalah pengangkutan dan keadaan aku skrang ini sbgi alasan.Padahal bole aje aku pegi.Ntah la kejadian2 sebelum ni membuatkan aku rase,aku selesa begini.Aku rase dh nak 2 tahun kot so kitaorg mmg xpenah jumpe.Boleh kata suda ada perkataan sayang..mak mertua...bapak mertuaa...Hurmm entah la.mgkn disebabkan oleh aku semua ini.
Hati aku belum terbuka nak jumpe sesiapa sekarang ni.Biarlah masa yg menentukan.Bila???entahlah.
Airul ade bg aku tgk 1 film hindustan ni.Tajuknye The Japanese Wife...ohh aku rasa jalan ceritanya sama mcm aku dan Airul.Dalam cerita ini mereka berhubung melalui surat dan telefon.Tak pernah berjumpa sehingga akhirnya lelaki itu mati dan perempuan itu mmg xsempat nak jumpe lelaki tu.Very sad story dan unik sbb perempuannya Jepun dan lelaki nye Hindustan.
Aku agak risau jugak kalau tetibe mak dh dpt calon yg die nak kan
tapi aku menharapkan Airul.Ahh sudah..tragik jadinye nnt.JAdi aku mmg mahukan Airul selamanya....
Disaat aku kesakitan aku dpt rasakan Airul sentiasa cuba mengembirakan aku dgn ceritanya yg ntahapeapetah...seperti mlm td.Aku ckp aku sakit dan aku acuh xacuh aje nak menaip mesej.Dan tidak semena2 Airul call aku.Sebenarnya sudah lama kot xdgr suara memasing.Hanya ym dan msj sahaja.Dan bila aku dgr suara dia dihujun
g talian,sebak aku rasa.Seyesss aku sgt sukakan suara dia.Suara dia mcm suara seorg bapak gitu.haha...Gelak tawanya buat aku sungguh2 rindu.Mau aje aku menangis bila mendengar suara dia.Hati aku jadi sebak.Ini adalah lelaki yg betul2 mengikat aku utk mencintainya!.
Pandai sungguh dia cerita lawak2 nak bg aku gelak.Cerita psl sekolahh...aku rase Airul seorg pelajar yg pandai tp mgkn dia xminat belajar.Sains dia dpt B4,Ekonomi C6 dan selainnya aku xtau tp bg aku ia cukup bagus jugak.Hurmm kalaulah dia sambung belajar sekarang ni,mesti aku xjumpe die tp netau jodoh kann.Kalau dh jodoh,mcm2 cara boleh diketemui.
Saat talian mahu diputuskan gara2 masing2 penat gelak dan aku dgr Airul menguap...mmg aku rasa sayu gila.Kalau boleh aku nak dia sentiasa bercakap smpi esok pg.Bole?haha...Tapi mengalah juga akhirnya walaupon dh bg salam still xmo letak.Hehe...saat itu aku rasa bahagia sgt sbb bg aku,aku mula belajar sikap Airul melalui gaya percakapan yg slamber dan juga tulisan2 nya diblog.Mmg aku sentiasa bukak dan baca blog dia.Mana mungkin aku akan follow die.haha
akan ku hadiahkan dgn lagu Cahaya Hati-Opick