air mata tumpah lagi
gara-gara hati yang keras
aku?
atau dia?
atau mungkin kedua-duanya.
terasa hati
terasa di hati aku
air mata tumpah lagi
mengenang apa yang berlaku
kehendak diri sendiri sebenarnya
padahal
masih boleh lembut hati
tapi sengaja
sengaja aku keras kan hati
untuk?
kepuasan sendiri.
air mata tumpah lagi
air yang dicurah xtumpah masuk dalam botol
tapi tumpah menyembah tanah
tak mengena
air mata tumpah lagi
hati keras menidakkan semuanya
dan semuanya kerana dia
dia yang membuatkan aku keras hati
dia yang membuatkan hati aku mati
dia yang membuatkan aku buta hati
dia yang menyebabkan air mata tumpah lagi
air mata tumpah lagi
saat aku rasa hidup aku sudah cukup
buat apa aku tumpahkan air mata lagi?
tidak cukup kah air mata tumpah suatu masa dulu?
air mata tumpah lagi
saat aku berasa aku mahu pergi
pergi jejak bumi asing
saat aku boleh lupa segala
dalam sekelip mata
aku mahu itu!
air mata tumpah lagi
dari mata seorang gadis
yang mengharapkan cinta
yang kian pudar
hari ke hari
tidak seperti dahulu