Thursday, November 6, 2014
Masa Lapang Kembali...
7 Lelaki : Episod 1
Kau Playgirl!
Eh,bukanlah!
Ya,kau
memang playgirl!.
Ah,kalau
betul pun,kau kesah apa?!
Memang
aku kesah.Sebab aku kena fikir macamana nak ragut hati kau yang keras macam
batu bata tu.
Eh?.
Jiha
pantas berlari meninggalkan Poji yang cuba untuk merangkul lengannya. Ah,lelaki
semua sama!. Mahu tak sama, hampir 7 orang manusia yang bernama LELAKI muncul
dalam hidupnya dan cuba memulakan episod baru umpama Cerekarama dan Slot Akasia
dan penamatnya bukan seindah cerita rekaan tapi seperti sebuah cerita yang dikarang
oleh si Pembunuh Berantai atau Perogol Bersiri. Lelaki keji!.
Kalau
dah tahu keji, kenapa mereka jugak yang kau cari?. Ke kau terdesak nak
berlaki?.Ehemmm…
Poji
menghela nafas yang hampir semput tika mengejar langkah Jiha yang pantas
meninggalkannya. Ah,kerap kali dia kalah jika mereka berjalan beriringan. Gadis
lewat 30-an itu sangat menguji peluh jantan yang kian menitis membasahi
lehernya. Ah, tu bukan gadis dah.Itu namanya ANDARTU dah naik KERTU!!,marah
Poji dalam hati.Menyumpah seranah dia tatkala disindir oleh Jiha dek kerana
hanya disebabkan usia.
Aku
kalau boleh nak lelaki yang rajin bersolat tau Poji.
Teringat
kata-kata Jiha semalam bila ditanya mengenai lelaki impian. Menyumpah lagi Poji
dalam hati. Konon nak lelaki rajin solat, dah kau pun malas nak solat macamana
nak jumpa lelaki yang rajin dalam mengerjakan solat?.Ah,aku pun sama!.
Kau
nak perempuan macamana Poji?. Soalan Jiha itu membuatkan Poji merenung Teh
Tarik kurang manis yang hampir separuh diteguknya.
Aku?.Cukuplah
bukan lelaki.
Simple
bukan?.Tapi hakikatnya, aku menginginkan seorang wanita, bukan perempuan. Yang
bisa menghormati aku sebagai suaminya.Cukup!.
Ah
kau ni.Lelaki kalau tak cantik,kompom tak nak.
Jawapan
Jiha itu membuatkan Poji membulat mata.Memang nak kena perempuan tua ni!.
Eh,cantik
tu universal tau.Perempuan kan selalu macamtu.Kau ingat orang yang kau kata
cantik tu bagi lelaki cantik jugak ke?.
Manalah
aku tahu. Taste lelaki ni kan pelik-pelik.
Jiha melabuhkan punggung diatas kerusi panjang yang terletak di tepi tasik Alam Impian.Sesekali matanya dialihkan kearah laluan jogging untuk melihat kelibat sepasang anak muda yang berjalan beiringan sambil bertepuk tampar.Matanya agak mencerlung sedikit memerhati gelagat anak muda tersebut. Gedik!.
"Eh Jiha, apa cerita dengan Cikgu Farid yang kau tergila-gilakan tu?.Dah boleh buat laki ke belum?". Poji cuba menahan ketawa supaya tidak terkeluar dimulutnya tapi dalam hati tak usah cakap la.Teringat dia 4 bulan lepas ketika Jiha bersungguh-sungguh bercerita mengenai Cikgu Farid dan ini membuatkan hati Poji membuak-buak menyampah dengan gelagat Jiha yang beria-ria bercerita.Kesudahannya bukan Poji tidak tahu, memang menyakitkan hati Jiha dan ini cukup menggembirakan hati Poji.
"Dia tu?.Alaaaa..dia tu cikgu,ape la sangat nak kat aku ni."
Luah hati Jiha dengan nada suara rendah seolah-olah kecewa teramat sangat. Melihatkan situasi itu, Poji tersenyum puas. Cikgu Farid ni lelaki ke-5 wujud dalam hidup Jiha selepas Seman.Pada awalnya Poji memang tak berkenan sangat dengan Cikgu Farid. Melihatkan gaya rambut sikat tepi Cikgu Farid membuatkan Poji menyampah dan......menyampah sekali!.Mungkin sebab Poji fobia dengan lelaki sikat rambut tepi.
"Eh,kau pun cikgu jugak nanti kan."
"Lambat la Poji.Dia tu nak yang cantik dan berjawatan cikgu.Dia dah cakap terus terang dengan aku".Nada suara Jiha semakin perlahan.Kedengaran Jiha menelan air liur daripada berjejeh di tepi mulutnya.
"Sudah la Jiha. Ludah lah air liur kau tu. Ibarat macam kau ludah muka Cikgu Farid tu.Kalau nak,kasik kahak sekali".
Pecah tawa Jiha mendengarkan kata-kata Poji. Poji memang begitu, selalu menghapuskan duka Jiha dengan lawak longkangnya dan selalu jugak menyakitkan hatinya dengan kata-kata yang tidak bertapis sama sekali.
"Poji, jom pi makan.Aku kebulur tahap 5 bintang ni".Jiha mula bangun dari tempat duduknya dan kaki mula dihayun meninggalkan Poji yang mula bangun.
"Tu la kau.Asik makan aje.Tension sikit makan,manelah badan tu tak macam bini orang!". Poji terkekek-kekek gelak tapi dalam hatinya dia amat kasihankan Jiha. Andartu belum ketemu jejaka idaman.Kesian!.
"Apabila kita mula untuk bangun kita akan jatuh lagi dan lagi.dan itu
lumrah.....namun kita bukan lemah..malah kita lebih kuat apabila kita
cuba lagi untuk melawan pergolakan hati"
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)