Thursday, July 25, 2013

Sunsilk contest

Aku sekadar mencuba nasib.
Beralaskan sekeping kertas tertulis namaku dan
'Ijazah Sarjana Muda Kepujian Teknologi Senireka (fesyen&tekstil)'

4 tahun lepas...
aku mencuba refresh balik ape yg aku belajar dgn Cik Ya selaku
Lecturer yg paling disaster dan monster mania itu.
Dia yg mengajar aku melukis kaki org supaya tak nampak mcm kayu balak.
Ahh susah tahu.
Gigil tgn nak buat form muka.
Mencikkk
Tapi,demi cecitaku..

SUNSILK HIJABKU GAYAKU -
TERMA DAN SYARAT

PENGANJUR DAN KELAYAKAN

    1. Peraduan SUNSILK HIJABKU GAYAKU (atau "Peraduan") dibuka kepada semua warga Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan mempunyai kad pengenalan (“KP”) yang sah.
    2. Kakitangan dan ahli keluarga terdekat Unilever Malaysia, ahli-ahli Sunsilk Malaysia (atau "Penganjur"), sekutu, anak syarikat, pengedar, peniaga dan agensi pengiklanannya tidak layak menyertai Peraduan ini.

TENTANG PERADUAN

    1. Peraduan terbahagi kepada dua kategori:

      • Kategori Rekaan Fesyen Hijabi, dan
      • Kategori Peragawati Hijab
    2. Peserta bebas untuk menyertai salah satu atau kedua-dua kategori.
    3. Kriteria-kriteria penyertaan, penghakiman, pemenang, dan hadiah berbeza untuk kedua-dua kategori.

TEMPOH PERADUAN

    1. Peraduan berlangsung dari 3 Jun hingga 31 Julai 2013 (waktu akhir penghantaran penyertaan pada jam 12 tengah hari waktu Malaysia).

KRITERIA-KRITERIA PENYERTAAN (REKAAN FESYEN HIJABI)

    1. Penyertaan mesti mematuhi kriteria berikut:

      • Fesyen mestilah fesyen hijabi (busana muslimah) yang sesuai untuk wanita Muslim.
      • Rekaan BOLEH, tetapi tidak wajib, terdiri daripada gaun, baju, blaus, jaket, kot, blazer, skirt, seluar, baju panas, kardigan, pakaian bermain, bodysuit, leotard, rompers, jean, seluar leging.
      • Rekaan WAJIB melibatkan tudung.
      • Rekaan TIDAK termasuk aksesori (barangan kemas, tali pinggang, beg, kasut, topi), hosieri (stokin, sarung kaki), pakaian dalam atau pakaian tidur.
      • Rekaan peserta adalah rekaan asli yang direka khusus untuk tujuan peraduan dan tidak pernah dijual atau didapati di pasaran komersil.

KRITERIA-KRITERIA KELAYAKAN PERINGKAT SARINGAN (REKAAN FESYEN HIJABI)

    1. Para juri Peraduan akan menyaring penyertaan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

      • Keasilan rekaan.
      • Inovasi
      • Kemantapan konsep dan inspirasi rekaan
      • Daya kreatif dalam menafsirkan konsep dan inspirasi rekaan
      • Daya tahan lama rekaan
      • Nilai komersil
      • Pemilihan fabrik dan potongan
      • Pengetahuan teknikal
      • Penerangan tentang rekaan secara bertulis dan visual
      • Sama ada rekaan peserta boleh dihasilkan dalam negeri
      • Sama ada rekaan peserta berdaya saing dari segi harga berbanding dengan rekaan-rekaan hijabi lain yang setanding dalam pasaran
      • Rekaan mematuhi tema yang ditetapkan
      • Rekaan WAJIB mengandungi warna hijau (warna tema Sunsilk Lively Clean & Fresh)
    2. Penyertaan yang layak dipertimbangkan untuk tempat pertama perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:

      • Rekaan boleh dihasilkan dalam negeri
      • Rekaan mesti berdaya saing dari segi harga berbanding rekaan-rekaan lain yang setanding dalam pasaran

KRITERIA-KRITERIA PEMILIHAN FINALIS (REKAAN FESYEN HIJABI)

    1. Sepuluh (10) finalis akan dipilih di kalangan peserta-peserta yang layak.
    2. Kelayakan asas para finalis:

      • Rekaan asli
      • Rekaan inovatif
      • Telah membeli produk Sunsilk Lively Clean & Fresh (resit diperlukan sebagai bukti pembelian)
      • Rekaan tahan lama
      • Penerangan kreatif secara bertulis dan visual
      • Mematuhi tema “London, Paris & New York”
    3. Finalis mesti mampu menghadiri acara cabaran finale dari 13 hingga 15 September 2013 (Jumaat hingga Ahad) dan bersetuju untuk mematuhi arahan tentang cabaran finale oleh Penganjur.
    4. Para finalis akan ditempatkan bersama sepanjang tempoh finale.
    5. Para finalis mesti mematuhi peraturan tempat tinggal yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur berhak untuk menyingkirkan peserta yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, mengikut budi bicara Penganjur.
    6. Sebarang kos untuk pergi ke tempat tinggal semasa tempoh finale ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

KRITERIA-KRITERIA PEMILIHAN PEMENANG (REKAAN FESYEN HIJABI)

    1. Pemilihan pemenang utama adalah berdasarkan daya kreatif, ketahanan, dan keberanian berdasarkan system pemarkahan yang ditetapkan Penganjur.
    2. Finalis dengan markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang utama.
    3. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:

      • Teknik rekaan - 50%
      • Kemahiran rekacipta: Kesesuaian berdasarkan umur, kreatif, warna, dan pengetahuan fesyen - 35%
      • Keseluruhan penyampaian: Impak visual, kekemasan, aksesori tambahan - 10%
      • Portfolio: Kepelbagaian dalam perincian pemilihan corak, cadangan penyampaian - 5%
    4. Keputusan Penganjur adalah mutlak dan sebarang penafian (percakapan atau penulisan) tidak akan dilayan.

MAKLUMAN KEPADA PARA FINALIS DAN PEMENANG

    1. Para peserta yang disenarai-pendek akan dimaklumkan melalui panggilan telefon pada 23 Ogos 2013.
    2. Para peserta yang disenarai-pendek mungkin perlu menghadiri sesi temuduga secara langsung atau melalui panggilan video Skype™ pada 26 atau 30 Ogos 2013. Tempat temuduga akan diberitahu semasa panggilan telefon.
    3. Sepuluh (10) finalis tersebut akan diumumkan di laman Facebook Sunsilk Malaysia pada 6 September 2013.
    4. Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 23 November 2013 semasa Segmen Sunsilk di Islamic Fashion Festival 2013.

PENEBUSAN HADIAH

    1. Seorang Pemenang hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.
    2. Hadiah tidak boleh ditukar sepenuh atau sebahagiannya untuk tunai atau yang seumpamanya.
    3. Penganjur berhak menggantikan hadiah dengan barangan yang serupa nilainya atas seba-sebab yang tidak dijangka.
    4. Bukti identiti diperlukan apabila diminta untuk pengesahan pemenang. Sekiranya peserta/pemenang tidak dapat mengesah dan membuktikan identiti mereka, Penganjur berhak menyingkirkan peserta/pemenang tersebut.
    5. Sekiranya seorang peserta itu tidak dapat dihubungi dalam TIGA cubaan selama TIGA hari berturut-turut, Penganjur berhak membatalkan kelayakannya dan peserta layak yang berikutnya akan dipilih.
    6. Sekiranya Pemenang gagal menghadiri temuduga atau acara finale dalam masa dan mengikut prosedur yang ditetapkan, Penganjur berhak melucutkan haknya. Penganjur kemudiannya akan memilih pemenang lain untuk menuntut hadiah tersebut, sebagaimana yang dirasakan sesuai oleh Penganjur.
    7. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik. Pemenang mesti membawa KP mereka apabila menuntut hadiah bagi tujuan bukti dan pengesahan. Sekiranya pemenang perlu menghantar wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil tersebut mestilah membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang, salinan KP pemenang dan salinan KP wakil itu sendiri. Peserta/pemenang akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kejadian, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang timbul daripada penyertaan mereka dalam peraduan dan/atau tuntutan hadiah.

HAK PENGANJUR

    1. Penganjur berhak menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti dagang, tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang. Pemenang tidak boleh menuntut hak milik atau lain-lain bentuk pampasan atas bahan tersebut. Semua maklumat peserta dan maklumat penyertaan peraduan akan menjadi hak Penganjur.
    2. Penganjur berhak mengubah, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak mampu dijalankan seperti yang dirancang, terganggu secara teknikal atau rosak, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus atau pepijat komputer, pengacauan, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal atau atas sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun mereka telah berusaha yang terbaik.
    3. Penganjur berhak, atas budi bicaranya, mengeluarkan dan menyingkirkan mana-mana peserta dan/atau penyertaan yang didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengacau proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan ini atau mencabuli sebarang syarat Peraduan. Penganjur berhak menghentikan mana-mana orang yang disyaki, dengan wajarnya, mencabuli atau melanggar sebarang terma dan syarat am ini. Penganjur berhak mengambil tindakan undang-undang atas mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti-aktiviti penipuan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh memudaratkan Peraduan atas talian ini atau proses penyertaan Peraduan.
    4. Semasa proses mengemaskini profil, di mana Peserta telah memberi persetujuan, Peserta akan menerima maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang berkaitan pada masa akan datang daripada Penganjur selepas Peraduan. Peserta bebas untuk meminta Penganjur menghentikan perhubungan pada bila-bila masa.
    5. Penganjur berhak menukar terma dan syarat bila-bila masa atas budi bicaranya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
    6. Penganjur dan agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kejadian, isu-isu perundangan atau liabiliti yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan dalam Peraduan ini.
    7. Penganjur dan agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penyertaan yang tidak lengkap atau tidak boleh dibaca akibat masalah seperti kerosakan komputer, gangguan sambungan internet, masalah transmisi atau keadaan luar jangka yang lain.

Kesabaran

Aku paling tak suka bila...
Menda yg aku nak buat di 'spoil' kan.
Pekerjaan terbantut.
Dan
Kena buat menda lain.

Sebagai contoh,
Aku kena amik kunci opis awal2 sebelum jam 6,
Waktu sekarang jam 5.30.
Aku siap2 mandi semua dah.
Tetiba mak ckp suruh tunggu ayam yg tengah digoreng.
Jam dah 5.30 ok.
Nak rushing mmg xsempat.
Dan
Serta merta mood aku swing
Eh,aku nak cepatlah,
Boleh plak mcm2.
So,aku bengang,terus xpegi.
Sakit hati.

Kebiasaannya,
Nak pegi,baru nak ckp.
Ngat aku robot/ahli sihir ke bole siap cpt.
Sebagai balasan.
Aku buat lambat lambat
Hahaha

Aku balik kerja lambat,
Bising
Aku asik kerja he
Bising
Mane aku pegi asik tanya he
Bosan betul nak jawab
Aku dah 27 tahun la
Hishhh rimas
Tak sabar nak pindah.
Yeahhhhh

Wednesday, July 24, 2013

Simpanan

Aku dah berkira2 utk gaji bulan ini.
Total kalau aku xponteng bolehlah dapat rm750.
Kalau ponteng,xmerasa la aku kasut cap BUAYA.

Dah ku kira utk mak aku belikan Pemanggang Ajaib
Teringin benor dia,hari2 dok ckp.
Ye,nnt aku belikan.
Tapi tunggu gaji keluar 2hb ye mak,
Esok nye kita pi beli.

Persiapan raya aku cukup dah.
Baju 2 helai.
Tudung ngan Kasut je xde.
Aku pk nak beli tudung airmata Nora Danish kaler hitam
dan
kasut cap BUAYA utk bwk pegi kelas.
Aku kira xde la sampai rm200.

Pastu utk bulan ni aku kena pi saving awal2 RM500
sbb utk cover bulan depan nye.Huhu
Duit dah bnyk abis ni.
Project melambak nak kena pakai duit.
So,bersederhanalah raya ni.
Lagipun raya tahun ni xbest
Nenek dah xde.
Rumah nenek sunyi
Hanya kami anak beranak.

Aihhh..bumi sentiasa berputar.
Agak2 tahun depan tambah ahli tak?
hohoho..

beg ni Hairul belikan.
Tak disangka.
Mula2 aku main2,tp dia betul2 beli.
Menangis jugak aku dpt beg ni.
Dia pun agaknye menangis tgk duit ratus2 kuar utk beg ni.
Hahahahha
Aku bukan mengharap pun.Boleh je aku bli sendiri.
Tapi,mengada2 kann..
Lempang diri sendiri ok.



Monday, July 22, 2013

Untitle

aku dah draft kan semua n3 dlm blog ni atas keselamatan.Haha..lagipun sapelah nak bace blog aku yg makin lame makin bosan.Aihh..Oh yelah 10 hari kita berpuasa dan aku xsabo nak tunggu gaji keluar utk pegi shopping dan makan besar.Gila betul rm50 aku tahan 3 minggu.Seyes!..yelah,makan kat umah.Minyak isi sikit2.Kancil,apela sgt makan minyakk.ecehh

Sejak aku dah abis praktikal ni,rase seronok sgt dan sedih sgt.Hah,camne tu?..Seronok pasal dunia cikgu ni mmg best.Yelah,balik tengahari je pon.Pastu beban kerja xde la strunggle sgt mcm aku tgk org komplen mcm dia menteri dalam sekolah.Biase je pon janji ko jgn wat kene last minit.Contoh mcm,esok last key in markah,harini baru ko nak tanda kertas.Bukan 1 kelas tapi 5,6,7,8 kelas.Mmg naya dan kau mula rasa nak maki hamun KPM dan internet.Aihhh.Yg tak seronok tu sbb aku masih lg ade tender siapkan mural yg tak abis2 tu.Entah bila la nak abisnye punnnn..Ini pon aku ngat ahad ni mesti abiskan jugak.Stresss tau dak?.huh..Tapi seyes dunia cikgu mmg menyeronokkan terutama sekali Hari Guru.Hahahahah

Tadi kat tusyen ade la sorg budak aka admin tmpt aku ngajar tusyen tu dok tanya pasal unibersiti.Alkisah dia budak lepasan stpm dan berharap dapat sambung beljar.Hah,gile ape nak keje situ sampai mati dgn gaji yg ciput yeleeeeeee.Aku pon xnak,part time boleh la..So,dia mintak pandangan aku mcmana nak pilih kos utk ke universiti nnt.Aku pon pung pang pung pang cite based on experiencessss aku mase alam universiti.Hidup aku semasa diuniversiti boleh tahan gila jugak.Yelah,meh aku cerita sikit pengalaman lalu aku utk kenangan di hari tua nnt.Hahhahah

Ok,abis SPM,aku masuk Uitm kos Kejururawatan,Fakulti Sains Kesihatan Uitm.Mase tu kat Jalan Othman PJ lagi.Bangunan lama tp sekarang dorg dah pindah dan kat situ utk Master Art aje.Aku masuk uitm tu atas belas ihsan dekan fakulti tu dan kalau nak diikutkan result aku sangat la hampeh.Hanye BM yg dpt A1 dan Sains B3..Budus x aku nak amik nursing?.Hahhaha..Sebelum ni aku mmg nak minat nak jadi nursing tp bila dah masuk kelas 2 mggu tu,aku blurrr..kecamuk dan gelisah.Mane xnye,kelas in english,pastu aku masuk 2 mggu lepas student baru daftar,plak trus test 1.Bongok ape..ni pasal kes rayuan lorh..So,setelah aku pk masak2 dan nekad bulat2.Akhirnya mggu ke-3 aku dah chow balik kg dok ngan atok nenek Perak.Reasonnya aku xleh bawak dan xde mood.So,drpd aku gagal bertubi2,bek aku stop dan melarikan diri.Hahh waktu tu family aku mmg keciwakkk ngan aku.Siap ade perbincangan keluarga lagi dan tersedu sedan kami adik beradik dgr luahan hati abah.Hoiii sedih kottttttt...dan nak xnak,aku dah nekad dan pagi tu mak hantar aku kat stesen bas.Sebak dol tgk mak.Dah aku rase mcm anak terbuang plak.Hahaha..Pastudok kg ngan nenek atok aku masuk form 6 dan kehidupan aku waktu tu seronok gila dok skola.Hahahhah...tapi keseronokkan tu terganggu kejap dgn kehilangan atok.So,aku dok berdua dgn nenek dan keluh kesah nenek selalu gak aku dgr.Ok,result STPM dah keluar dan aku dapat 5 Prinsipal (lulus) dan xsangke2 aku dpt UNIMAS kos Teknologi Senireka,Fakulti Seni Gunaan.Mula2 mmg aku xnak pegi siap buat ayat sedih dan nangis2 sbb waktu tu aku dah pk utk masuk rayuan Uitm bulan Disember.Tapi tau je la abah aku ni bukan pk ape pun.So,xnak2 kena paksa siapkan tiket dan pekakas,aku pegi juaaaa...hoiihh sedih gila dok jauh beribu baru.Nangis wooo raye pertama xbalik.Ok,kehidupan aku kat sane bebas jugak lah.Yelah masing2 jauh dr family,balik kol 6 pg pun sape pedulik.Huii mmg ssosial betul tp still jaga adat resam ok.Baik tau aku ni.Hidup jauh ni mmg duit jadi problem sbb umur 20-22 mane reti nak manage duit.Abah aku la mangsa..hahahha...Ok,actually kos yg aku amik kat sane iaitu Fesyen&Tekstil tu xde la susah mane tp aku mase tu mmg enjoy aje kejenyee..pointer mmg turun naik dgn lecturer yg mcm xnak bg aku luluihhh mmg ade sangkut 1 paper tp nasib baik lulus.Hahahhah...Tapi sampai sekarang aku still xdpt menda ape yg aku blaja kat UNimas dulu tu.Mcm sia2 pun adee..hahha...Artwork ntahapetahh.Kdg2 potong baju ikut suka dan xpenah guna plan.Selamba bangla je aku potong kain tp masih boleh amik upah jahit baju kurung bdk Pengurusan Seni.Hahhahhah..Final sem yg paling stress sekali sbb tajuk aku xde la best dan memerlukan komitment tenanga dan wang.Bayangkan lusa nak present,harini balik klang,ptg gerak kuala terengganu,esok pegi print,lusa pagi balik sarawak,pgnye dah present dpn lecturer.Kerja GILA!!!!!!!!..tp mak ttp sokong dan temankan aku.Hukhukhukk...terharu.Lagi beberapa bulan aku nak abes,aku nampak la iklan kemasukkan ke Uitm sesi des.Aku ni sesaje la nak cuba apply utk kos Pendidikan Seni dan tanpa disangka2 dpt panggilan interview dan aku balik Klang dgn tiket pergi balik rm500++ semata2 nak pi interview dan hasilnya semggu selepas aku balik dr Unimas,aku dah dipanggil utk kemasukkan.Gembira bukan kepalang bila dpt tau dan rase nak jerit2 mcm org gila.Dan aku dpt rasekan seronoknya abah dgn ape yg aku buat bila dpt tau aku dpt masuk Uitm dgn kos Pendidikan Seni.Lagilah dia suka.Aku apply guna STPM balik dan xsia2 aku amik STPM.So,nak dijadikan cerita sorg pon xtau aku dah graduate Unimas iaitu kwn2 aku sekarang sampailah tarikh konvo Unimas aku sampai dan nak xnk terpaksa ponteng kelas dan opkos la kwn2 aku bising2.Haihhh....dan sekarang aku dah nak final sem Uitm.Doa2 je la murah rezeki aku pasni.Hihi.ok,itu serba sedikit cerita pendidikan aku.Xleh cite lebih2 sbb banyk kedukaan..hahahahha..So,budak admin tu pun salute ngan aku tp aku xperlu semua tu,yg penting bg aku kepuasan.Hehehe...


















Wednesday, July 10, 2013

Kesabaran Bulan Puasa

Dugaan hari pertama.Aku xpaham betul ngan manusia yg berperangai ntah ape tah.Mengamuk tetiba & tak tentu pasal.Mcm org gila aku tgk.Selama ni aku wat tak tau aje.Aku sabar & jaga perasaan.Tapi kesabaran aku ni ade limit jugak.Ingat dia punya kepala batu je?.Abes kepala aku ni besi ke ?.Kalau diikutkan aku mmg xnak tunggu dah.Ikut hati aku dah chowww..Ngat aku xbleh hidup ke kalau xde bantuan dr dia?.Aku xheran la dgn harta benda ni.Bertahan je la aku 6 bln ni.Abis ni aku xkan tunggu lg dah.Aku ade pun mcm aku xde.Bek aku tak de terus.Bwk haluan aku dan yg pasti aku bkn jenis mengharap harta org dan mintak simpati.

Ramadhan 2013

Berjumpa lagi dengan ramadhan kali ini.Berbeza dgn tahun2 sebelum ni,tahun ni

Friday, July 5, 2013

gaduh

sejak akhir2 ni aku suka sgt feeling sorang2 dan carik pasal ngan hairul.Xtau la pepasal dgn aku ni.Pastu bila dah sedar kesalahan sendiri,mula la rase mcm nak nangis dan meraung2 nak mintak maap.Hahah..Sejak mak abah ngan fittery balik umrah ni,mmg kerap sgt dah mak tanye bila nak bertunang dan banding beza anak2 org lain yg dah bertunang dan bakal kawen.Kejap2 aku over excited,jap2 aku rase mcm rugi kawen awal.Hahahah

Serious aku mmg berbolak balik hal kawen ni sampai aku ckp kat Hairul yg aku mmg tak ready nak kawen lg.Dia tanya jugak nape tp aku ni yg tak ready nak Java anak teruna org.Huiii leceh lak aku rase sbb anak basin,nak masak,umah mertua lagi.Hadoyaiiii