Wednesday, December 31, 2014

wishlist 2015

 
1 January 2015, 3:16pm.Lokasi : bilik aku.
 
Berakhirnya tahun 2014 yang bagi aku mcm2 pekara yg jadi dan yg paling aku nak highlight ialah kisah cinta aku yg tragis.Haha.Bunyi macam mengerikan tp mmg ngeri pun.Macam2 la jadi termasuklah kehilangan arwah Mr. F pada permulaan cerita, keberantakkan hubungan aku dengan H pada bulan 6, konvo bulan 5, cinta beralih arah pada Faxi, kerja selepas grad yg xberapa tetap,pemasangan besi pada gigi dan berakhirnya tahun 2014. Jadi untuk tahun 2015 ni semoga baik2 la hendaknya tp aku rase hidup lg mencabar kot sebab kebarangkalian aku utk tahun 2015 ni hidup berdua sangat tinggi. Yeayyyyyyyyyy,aku nak kawen tp tarikh xde lg ni.Posting pun belum dan kami hanya merancang. InsyaAllah majlis bertunang kami plan pada bulan 6 dan majlis kawen pada bln 9.InsyaAllah tahun ni aku nak kawen jugak! tak kira! hahahaha boley eh cenggitu.Ni sebab tahun ni aku dh 29.Wohoooooooooooo tua dh tp org ckp aku 22/23.Ok i redho nokss.haha..Semoga impian berjalan lancar la kan.Oh ye,sebelum tu aku nak review wishlist tahun 2014 lepas..dan sebenarnya wishlist 2014 tu kesinambungan wishlist 2013.Hahaha nampak x banyak tercapai disebabkan halangan2 yg kehmaih hebatttt..
 
Wishlist 2014 :
1.Kumpul duit utk beli rumah
2.Upgrade kancil jadi kancil yg paling sematttttttt..tukor kaler dan spotrim.
3.Konvo pakai baju kaler pink
4.Sambung Master
5.Vacation timeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
6.Pakai labuh tp stylo
7.Cukup solat dan berubah jadi baik.InsyaAllah :-)
 
Haa nampak tak wishlist aku tahun lepas. 
1. Memang tak tercapai langsung,duit gaji guru ganti aku wat joli dan buat gigi besi.Drpd rm10k aku kumpul,la ni tinggal rm3k.Parokkkkkkkkkkk!
2. Tak sempat tukor kaler ngan spotrim tp sempat tukar stering MOMO tuu..habis hebat la kata kauuu.
3.Haa ni tercapai la jugak hasrat konvo pakai baju pink tp ade biru jugak.Baru sweetkann.
4. Haa yg ni wishlist tahn 2015.Tahun lepas xdpt sbb xde geng.hehe
5. Ohh yg ni tertunai walaupun vacation pi Melaka aje.ehh ok la tu kann.Tahun 2015 pi tmpt lain plak.hehe
6.Baru nak berjinak2 la kan.Xpe pelan2 kayuhh.
7. Aisimenn ni setan la ni..selalu lewat solat.Ishh ape nak jadi ngan aku ni.
8.Kawen?mmg xtertunai la tahun 2014.

So,utk tahun 2015 ni,kita tekadkan matlamat dan teguhkan azam!.

Wishlist 2015 :
1.Kumpul duit kawen
2.KAHWIN dan jadi isteri yg taat..syurgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
3.Upgrade kancil. Ekceli nama dah tukar ke nama aku.Mekasih ABAH! hahahahah
4.Sambung Master kat UPSi bln 9 insyaAllah.
5. Vacation tahun ni nak pegi Cameron dan Penang.So kene kumpul duit nampaknye.Ritu aku gi Melaka bwk rm1k tp just habes rm200 aje.Jimat tak?hahhaha
6.Aku ngat nak wat tudung sendiri dan label sendiri.Brand sendiri.Kehkehkeh
7.Istiqamahhhhhhh la woiii.Dunia bnyk kena bencana lg ko xsedar diri ke?..cehh marah diri sendiri.
8. Rajin masak.Ekceli aku rajin wat dessert tp masak2 kg ni fail!hahahah.Takpe pelan2 blaja.
9.Jadi guru berdedikasi dan onTIME!..asik aku je dtg lmbt tusyen.hahahha
10. Jadi cantik...hah,skang dh pandai mkn kolagen la,vitamin C la.adehhhh semak perut aku la.

soo ade pertambahan sikit kan.Agak2 tertunai ke eh?Seram aku tgk wishlist sendiri.



 
 
 
 
 
 

Thursday, November 6, 2014

Masa Lapang Kembali...

Sebulan 2 hari aku tak menaip n3 dalam ni.Hishh lame2 leh terbengkalai aje blog ni.Ini disebabkan skang ni aku dah stop jadi guru ganti dan kelas2 tusyen hanya pada waktu malam aje.So mmg dah free time waktu siang aje la.Jadinye ape yg aku buat kat umah ni just makan,tido,kemas2 barang sket dan prepared ape2 yg patut utk iv SPP ntah bila.Hahaha...Oh yee, 1 Nov ni aku kena amik exam online PTD.Hahh aku mmg xharap pun sbb kebanyakkannye mmg ramai yg gagal.Hahahha..susah kot exam nye so malas nak menaruh harapan tetinggi dan sebenarnya aku xberminat pon.Just amik utk exam aje.Ok la tu kan...
Pengalaman sebagai guru ganti kali ni mmg best.Mane taknye,ajar option sendiri. Tapi xbanyak dpt aku ajar sebab 2 bulan aje dan banyak cuti dan aku blur3 nak start mane sbb dorg dah nak penghujung kan.Yg penghujung ni pun ade yg xreti nak match kaler.Haishhh meradang jugak aku.Mostly aku ajar form 4&5.Form 4 tu aku nampak mmg dorg berminat la sbb aku penah ajar dorg kaler wheel.Peghhh semua mmg take attention gila babi sampai aku nebes nak explain.Hahaha..tapi mmg seronok sgt tgk effort dorg.Sanggup stayback lepas balik skola & dtg time xde kelas semata2 nak siapkan folio.Padahal bukan aku yg suruh siapkan 15 lukisan.Hahaha..aku pon xtau kena siapkan 15.Ape lagi,mencicit la dorg buat kerja tapi bagus jugak sbb dpt praktis skill mewarna dorg.Melukis ni xpayah beria sgt pon takpe sbb semua akan jadi cantik bila pandai guna kaler.Tapi yg prob tu tang warna mmg hancusss.So terpaksa la aku guide dorg satu satu...Dan mostly la dorg bg feedback positif pd aku.Kata dorg cikgu sebelum ni kalau dorg tanye je,cikgu tu buat muka/malas nak explain.Tapi ngan aku lain,aku guide dorg smpi dorg berani guna warna.Sebab tu bila aku ckp aku dah nak abis kontrak ni,dorg terkejut dan xnak aku pegi.Sedih kan???.Aku lagi sedih.Bukan sebab duit tapi sebab aku rase nak jadikan dorg tu minat seni dan lulus exam.Itu aje.Kalau diikutkan,aku xkesah pun pasal duit sebab niat aku nak jadi cikgu ni,aku nak shared ilmu dengan semua orang dan aku rase dihargai kalau org boleh ingat aku sebab aku ni suka membantu.Itu aje.Bak kate Tuan Guru SMD Muhammadiah dalam filem Laskar Pelangi..
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

7 Lelaki : Episod 1

Kau Playgirl!
Eh,bukanlah!
Ya,kau memang playgirl!.
Ah,kalau betul pun,kau kesah apa?!
Memang aku kesah.Sebab aku kena fikir macamana nak ragut hati kau yang keras macam batu bata tu.
Eh?.
Jiha pantas berlari meninggalkan Poji yang cuba untuk merangkul lengannya. Ah,lelaki semua sama!. Mahu tak sama, hampir 7 orang manusia yang bernama LELAKI muncul dalam hidupnya dan cuba memulakan episod baru umpama Cerekarama dan Slot Akasia dan penamatnya bukan seindah cerita rekaan tapi seperti sebuah cerita yang dikarang oleh si Pembunuh Berantai atau Perogol Bersiri. Lelaki keji!.
Kalau dah tahu keji, kenapa mereka jugak yang kau cari?. Ke kau terdesak nak berlaki?.Ehemmm…
Poji menghela nafas yang hampir semput tika mengejar langkah Jiha yang pantas meninggalkannya. Ah,kerap kali dia kalah jika mereka berjalan beriringan. Gadis lewat 30-an itu sangat menguji peluh jantan yang kian menitis membasahi lehernya. Ah, tu bukan gadis dah.Itu namanya ANDARTU dah naik KERTU!!,marah Poji dalam hati.Menyumpah seranah dia tatkala disindir oleh Jiha dek kerana hanya disebabkan usia.
Aku kalau boleh nak lelaki yang rajin bersolat tau Poji.
Teringat kata-kata Jiha semalam bila ditanya mengenai lelaki impian. Menyumpah lagi Poji dalam hati. Konon nak lelaki rajin solat, dah kau pun malas nak solat macamana nak jumpa lelaki yang rajin dalam mengerjakan solat?.Ah,aku pun sama!.
Kau nak perempuan macamana Poji?. Soalan Jiha itu membuatkan Poji merenung Teh Tarik kurang manis yang hampir separuh diteguknya.
Aku?.Cukuplah bukan lelaki.
Simple bukan?.Tapi hakikatnya, aku menginginkan seorang wanita, bukan perempuan. Yang bisa menghormati aku sebagai suaminya.Cukup!.
Ah kau ni.Lelaki kalau tak cantik,kompom tak nak.
Jawapan Jiha itu membuatkan Poji membulat mata.Memang nak kena perempuan tua ni!.
Eh,cantik tu universal tau.Perempuan kan selalu macamtu.Kau ingat orang yang kau kata cantik tu bagi lelaki cantik jugak ke?.
Manalah aku tahu. Taste lelaki ni kan pelik-pelik.
Jiha melabuhkan punggung diatas kerusi panjang yang terletak di tepi tasik Alam Impian.Sesekali matanya dialihkan kearah laluan jogging untuk melihat kelibat sepasang anak muda yang berjalan beiringan sambil bertepuk tampar.Matanya agak mencerlung sedikit memerhati gelagat anak muda tersebut. Gedik!.
"Eh Jiha, apa cerita dengan Cikgu Farid yang kau tergila-gilakan tu?.Dah boleh buat laki ke belum?". Poji cuba menahan ketawa supaya tidak terkeluar dimulutnya tapi dalam hati tak usah cakap la.Teringat dia 4 bulan lepas ketika Jiha bersungguh-sungguh bercerita mengenai Cikgu Farid dan ini membuatkan hati Poji membuak-buak menyampah dengan gelagat Jiha yang beria-ria bercerita.Kesudahannya bukan Poji tidak tahu, memang menyakitkan hati Jiha dan ini cukup menggembirakan hati Poji.
"Dia tu?.Alaaaa..dia tu cikgu,ape la sangat nak kat aku ni."
Luah hati Jiha dengan nada suara rendah seolah-olah kecewa teramat sangat. Melihatkan situasi itu, Poji tersenyum puas. Cikgu Farid ni lelaki ke-5 wujud dalam hidup Jiha selepas Seman.Pada awalnya Poji memang tak berkenan sangat dengan Cikgu Farid. Melihatkan gaya rambut sikat tepi Cikgu Farid membuatkan Poji menyampah dan......menyampah sekali!.Mungkin sebab Poji fobia dengan lelaki sikat rambut tepi.
"Eh,kau pun cikgu jugak nanti kan."
"Lambat la Poji.Dia tu nak yang cantik dan berjawatan cikgu.Dia dah cakap terus terang dengan aku".Nada suara Jiha semakin perlahan.Kedengaran Jiha menelan air liur daripada berjejeh di tepi mulutnya.
"Sudah la Jiha. Ludah lah air liur kau tu. Ibarat macam kau ludah muka Cikgu Farid tu.Kalau nak,kasik kahak sekali".
Pecah tawa Jiha mendengarkan kata-kata Poji. Poji memang begitu, selalu menghapuskan duka Jiha dengan lawak longkangnya dan selalu jugak menyakitkan hatinya dengan kata-kata yang tidak bertapis sama sekali.
"Poji, jom pi makan.Aku kebulur tahap 5 bintang ni".Jiha mula bangun dari tempat duduknya dan kaki mula dihayun meninggalkan Poji yang mula bangun.
"Tu la kau.Asik makan aje.Tension sikit makan,manelah badan tu tak macam bini orang!". Poji terkekek-kekek gelak tapi dalam hatinya dia amat kasihankan Jiha. Andartu belum ketemu jejaka idaman.Kesian!.


"Apabila kita mula untuk bangun kita akan jatuh lagi dan lagi.dan itu lumrah.....namun kita bukan lemah..malah kita lebih kuat apabila kita cuba lagi untuk melawan pergolakan hati"

Bersambung...



Saturday, September 13, 2014

khabar hari ini


Agak lama jugak aku tak taip n3 ni sejak2 dah menjawat jawatan guru ganti selama beberapa bulan dan Alhamdulillah rezeki itu sentiasa berganti ganti dimurahkan.Semoga Tuhan memurahkan lagi rezeki aku pasni. Aku yakin ini adalah usaha aku menghafal doa Dhuha tiap2 hari tp sekarang dh jarang sbb konon bz la sgt kan.Huhhh so kena amalkan balik ler.

Untuk beberapa bulan ni mmg aku banyak habiskan masa dengan kerja.Yela siang aku skola,balik skola makan tido dan malam pegi tusyen pastu tido.Hari2 sama aje dan kalau weekend tu bese aku pi shopping beli barang keperluan sendiri. Tu pon pegi sorg2 tp aku rase lebih seronok camtu sbb bebas!.Nak pegi sana sini senang.Just ikut kata hati.

Sampai saat ini aku masih lagi sendiri.Ya sehingga kini masih sendiri.Ramai aku kenal tapi dorg tinggalkan aku terkapai2 tanpa jawapan yg pasti.Kesudahnya aku seronok sorg diri mcmni. Cuma sorg ni je respon dia lain mcm tp sejak akhir2 ni dah slow sikit mungkin sbb aku dah jelaskan kat dia yg aku belum bersedia nak kawen..Memang nmpk kesungguhan dia nak kat aku even kdg2 aku saje xangkat call dia.Bukan ape,aku ni cepat bosan dan akibatnya layan feeling je la aku.Bagi aku F tu cukup baik cuma mgkn sbb kerjaya dan jarak yg terlalu jauh..Lagi satu aku pun xfaham dengan kehendak mak ni.Aku xtau dia nak yg mcmane. Bila aku cite psl F, alasan mak sbb jauh sgt. Bila aku cite psl Sir, boleh plak dia nak siap tak kesah pon jauh berbatu nautika nun jauh di hutan Kelantan.Tapi si F ni mak tolak abis2. Kesudahnya aku boring dan tambah boring bila mak hari2 tanya BILA NAK KAWEN???..aku jawab aje ESOK LA MAK. Senang kan?.hahahhaha

Tapi sebenanrnya aku paham sgt ngan mak ni. Bila aku tanya kat mak, mak ckp xkisah. Bila aku citer, mcm kesah sgt tahu!. Yela F tu keje kilang even dia kaya harta berhutang. Yg Sir ni cikgu even mmg tak kaya dan masih menanggung keluarga. Seeeeeeeeeeee...mak bias disitu.So alasan mak utk F ni sbb dia jauh.Itu aje.Hehh ngat aku xtau ke sebenarnya mak yg memilih bukan aku.

Tapi sejak2 ni aku perasan Sir dah xlg aktif..penah jugak lepas kes yg dia mintak aku tunggu smpi bulan 8 tu resultnya ....MULAKAN KEMBALI. Aku sendiri pon xpaham dia maksudkan apa sbb lepas tu ade jugak dia tanya khabar.Tapi jarang2. Kesudahnya masing2 senyap dan yg pasti aku xmau jadi pompuan terhegeh2. tpi bila dia like gambo2 aku tetiba rase mcm teruja nak mampos.hahhahaha..dan kekadang aku saje upload quote dan gambo aku yg cantik2 tgk dia like ke x tp sejak2 ni xde respon..Sampaila satu tahap ni sempena besday aku,aku tanya dia sesuatu...aku tanye SIR SUKA SAYA TAK?..nampak tak mcm aku menjual diri?hahhahah tujuan aku tanya mcmtu sbb aku nak kepastian.Aku bukan mengharap sgt kat dia tp aku kompius dia ni nak ke x dgn aku?.Patu kot la ade org lain nak kat aku,aku xmau la keciwak kan dia kononyeee...pastu dia balas SUKA thenn sambung lagi..aku tanye SUKA MCMANE? KAWAN JE?.. dia balas ...CANNOT MORE NOW. aku kdg2 kompius sgt ngan ayat BI die ni.Kate cikgu ingelis tp aku xpaham sgt ayat BI die.Mcm tunggang langgang.Hahahhhah mcm loser pon ade.Poyo nak ckp ingelis tp berteraburr bukan berhabuk.Patu dia tanya...NAPE ADE ORG MERISIK ke??.ADE ORG NAK KAT AWAK KE???..amboiii ayatt kehmain.Helooo bukan aku xlaku okeyy cuma belum jodoh. Aku balas ler MANE LA SAYA TAHU..then dia blas WE NEED A FRESH START RIGHT? IT TAKES TIME. mcm ape je ayat dia aku pon xpaham pastu aku biorkan aje. Then ade jugak la dia call aku time dia pegi kursus n meeting kat KL..Yg lawak tu aku dh buang dah no dia tetiba naik plak satu hari tu.Mase tu lepas raya xsilap aku. Waktu tu mesej laa..Aku ni layankan aje xtanye name pon.Bila dah lama2 sket tu baru perasan yg tu no dia.Hahahhahahah lantak lerrr.Aku ni kalau dh xsuka aku buang aje no dia. Then mase dia kursus kat Genting baru2 ni lagi la lawak..Mase tu aku pi mkn ngan staff impak ngah tunggu oder tetibe no pelik naik.Aku sempat jugak tgk no sape tp aku ni kan dasar pelupa bab2 no ni trus je la angkat...Kesudahnya borak2 tanye khabar baru aku tanye sape.Hahhahah mau meletop dia.Dok ckp kawan2 mmg la.

Then aku tetiba mcm dpt cam sore tu..hahahha mmg gelak beso la aku atas kelupaan sendiri.Ahh ade aku kesah ke?So xdpt ckp lama sbb aku nak makan kan.Lusanya dia call aku lagi.Time tu aku kat GM ngan mak.Bila no dia naik,aku dpt cam ler.Bila aku tanya dia katne, dia ckp dlm hati dia.Kepala hotak berjambol dia.Konon nak mengayat aku.Hakktuih.Dia nak ajak aku keluar tgk wayang sbb dia ade kat Kajang umah akak dia.Alkisah nak suh aku dtg sana.Hahhh mmg tak kan ler.Aku suh dia dtg sini dia xmau.Katenye xtau jalan.Hahh aku balas ler aku pon xtau jalan.Kesudahnya bai bai aje.Xmau aku la.Serik sbb aku teringat mase 1st time jumpe tu semua aku yg keluar duit.Bodoh betul mamat ni...Sedap dpt makan,jalan free.Duit parking la kot nak tolong bayarkan,huhh jgn harap.Ke org klate mmg cam tu eh?Perabih harta bini eh?.Aku ade jugak dgr2 tp xtau la betul ke x.Hahahhaha so aku dh serik dan sbb tu la aku rase mcm dia ni tak bagus walaupun aku tgk komen2 kengkawn dia ckp dia bagus la ape la.Hahh merasa la kau!.So kesudahnya aku biarkan aje dia ni ngan kerja2 dia.Tapi kdg2 aku stalk jugak fb dia.Bukan pe,kot la tetiba nampak gambo dia betunang ke kawen ke,trus la aku remove ye dak?.Tapi rase cm dh malas..aihhhhhhhhhhh

So sekarang aku single.Hahaha xbleh blahh..Entahlah,nak mengharap pon xguna.So aku tunggu je saat yg aku nak tu tiba..Penamat zaman bujang. Tapi dlm hati ni merintih sedih nak mamposs dok tgk org tunang laa kawen laaa.Sadissss sgt..Tapi sejak2 ni ramai dok kenen2 aku.Keje hebat2 plak tu.Aku plak jadi segan.Aku just ckp yg biasa2 sudah.Aku bukan ape,cukup selesa dihati aku dah ler.Nak hebat2 watpe la last2 xkawen plak aku nnt.Hahhahahah...Ishh nak kawen tahun ni tp duit pon xde.Skang ni aku ngah kumpul duit nak wat braces.Maybe kalau xde job guru ganti bulan 10 smpi cuti skola baru aku buat.Kalu x nnt camne aku nk bercakap.Hahahha

Oh ye tipu la kalau aku tak teringat kat arwah.Penah aku odw pi skola tetibe aku teringat kat arwah.Siap ckp lagi kalau la diterbalikan. mau gak arwah tu kawen ngan aku dan anak2 dia jadi anak tiri aku.Ehh aku sanggup! tapi peranacangan Tuhan tu lagi sempurna yg arwah mmg bukan jodoh aku dan aku perasan jugak mase kami berpisah tu dia selalu sebut pasal mati. So rupanya ini kesudahannya.Dia mcm dh tau aura2 tu dan semuanya terjadi atas Kehendak Tuhan.Redhooo redhoooo redhoooo.Semua tu amik masaa okeyyy...

So ape yg aku kena buat sekarang???..Jangan putus asa berdoa..berdoaa dan berdoaaa

Hati aku kuat!

Tuesday, August 12, 2014

Wish besday

Dalam meniti alam kedewasaan ini, banyak yang saya belajar tentang kehidupan.Antaranya: 1- menghargai orang sekeliling, 2- belajar berdikari & berusaha tanpa lelah, 3- mensyukuri segala nikmat kurniaan Tuhan.Terima kasih Tuhan atas kurniaan yang maha hebat ini & semoga setiap nafas ini diaplikasikan dalam kehidupan duniawi & kumohon syafaatnya di akhirat kelak.Selamat hari ulangtahun untuk diri sendiri.

Eheh,dah wish besday?awal gila.hahahah

Thursday, July 24, 2014

selfie


kemainn aku selfie..tapi semua aku delete bila tempoh masuk 24 jam.hahahha




Sunday, July 20, 2014

orang psyco ni gila.

Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.

Orang psiko ni biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "bodoh". Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Macam mintak disepak. Tak ke bodoh namanya tu. memang bodoh..haha..
Tips Tangani Orang Psiko

Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

Setiap kol, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali korang kasi feedback. Jangan angkat kol dia untuk ucap "tak mau la, jangan la,entah la,ataupun marah-marah". Sia-sia je. 

Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan. hahaaha...sangat kesian..tapi apa nak buat, siapa suruh dia jadi saiko..


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan korang/kenalan korang?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang aku kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.

copy dari SINI
Hahaha...aku peduli ape.Mmg aku ngah psiko org sekarang ni sbb dia terang2 psiko aku.Mmg nak kene budak ni..MatK tu ade la jugak like pic aku kat ig.Psiko kottt..dia ngat aku xtau dia stalk aku.Haktuihhhhh!.Aku ape lagi dia dok post ayat2 sedey konon mcm putus cinta/org reject dia padahal dia yg reject org.Mmg nak kena la kan ngan aku.Aku ape lg,post la suasana penuh kegembiraan.Hahaha padan muka dia.Nak sgt kan sedeh,hahh amik kau!


Monday, July 7, 2014

Relakan dia pergi


lepas je aku post pic ni kat pesbuk, selang beberapa jam matK bg mesej "erm..." kat aku.Eh,itu je??eh hidup lagi??.Aku ngat dah arwah.hahhahha jahat aku.So,aku keraskan hati xbalas langsung.Padan muka dia!.Pasalnye aku teringat yg aku penah bg dia mesej lepas kejadian tu tp dia tak balas2.Ok,macam terhegeh2 kan.So,inikalilah biar dia terhegeh2 padahal tiap2 hari aku dok stalk dia ngan gincu pepel tu kat pesbuk.Hahahah bongok jugak aku ney.Saje nak tgk matK ni like ke xpost pompuan tu tapi sejak2 ni aku tgk xde pon dia like dah.Padahal sebelum ni selalu sgt like smpi aku meradang sensorang.Eh,pehal aku meradang lak?Jeles??hahhaha.

Cehhh panjang umur.Baru dok sebut then tgk fb dia dah post ape tah.Jup lg mesti gincu pepel tu like.Ahhh,aku xkan like pic dia ke ape.Aku biorkan aje.Eh,xterawikh ke ape?.Dasar pemalas!.Oh ye pastu esok ptgnye dia mesej aku.Aku ni dh delete no dia so bile ade no lain naik bg salam,so aku jawab je la sbb dia bg salam.Kalau tak mmg aku biorkan aje.Dia tanye khabar,so aku jawab basa basi aje.Xde excited sgt sbb smpi skang aku xleh lupa ayat2 'memilih' dia tu.geram plak hati aku.So,aku sebenarnya dh malas dah ngan matK ni.Tapi mak hari2 tanye smpi ade 1 mase tu aku ckp kat mak,stop2 la tanye itu ini.Rimas aku.Oh ye,aku post yg tu sbb aku dah xde harapan ngan matK ni.Agaknye dia terasa kot.Hahhahah baguslah kalau faham.Yelah bila aku tanya smpi bila aku nak tunggu,ckp je la.Tapi dia ckp bg dia masa.Eh,bongok tau!.Tak pasal2 aku pun ckp menda yg same kat org lain iaitu matkri.Adehaiii..aku rase lg bagus matkri tu sbb dia mmg sungguh2 nak kat aku.Siap nak dtg raya tp aku tak kasi.Matkri ni mmg complete harta semua ada n aku tgk dia mampu aje bayor so xde masalah la bg aku kan.Siap ofer vios lg.Hahhh tgk!.Giler ke ape nak lepaskan org mcmni.Eh,aku mcm penah taip je ayat ni.Ishh karma ni.So masalah sekarang aku kena tunggu kata putus dr matK tu dulu.Sebab dia mintak tempoh smpi bulan 8 tp aku nak up sket smpi besday aku 1hb 9 ni.Wahahahahah...selama itu aku xkan contact dia and aku nak tgk sejauh mana dia nak pergi.Bagi aku skang aku dah tawar hati dgn org mcmni sbb bila aku pk kebaikan langsung takde dan banyak keburukan yg aku dpt.So?mengapa mesti menyiksa hati?.Rugi tau.So,aku xnak rugi,aku dok layan jugak matkri tu.Hahahhaha.

Eh,suka hati aku la.Aku nak tgk samada matK ni mampu ke x?.Dan yg pasti mesti dia akan pk xguna aku ni.Hahh sila kan.Aku tak kesah pun dan yg pasti dia akan menyesal.Kahkahkah.hebat tak permainan aku?.Bagi aku,aku tak hadap sgt la wey..lgpun nasib baik xsempat buat ape2 kang xpsl2 merana plak aku.chaittttttt!.Ok,yg ni kata2 penguat semangat aku.


Sunday, June 22, 2014

tolong jangan buat hati aku sakit.Tolonglah!


aku still lagi non-stop stalk dia kat fb.Tak tau camne aku nak berenti stop.Ni dah terjebak plak ngan sorg lagi makhluk yg suka like+komen kat fb dia.Meradang jugak aku bila tau dorg tukar profile pic sama.Eeee merenyam betul la aku tgk.Sakit mata aku.Rase nak maki hamun pun ado.Eh,emo sgt aku ni pehal?Padahal dorg tgh bahagia tu beb.Ciss mcm cilakak aje tau.Kalau la aku ni hati jahat,aku nak je doakan dorg tu serabut.Hishhh gewam plak aku.Sakit hati kitew tau!

Aku masih lagi xleh terima ape yg die penah ckp kat aku ngan ape yg dia wat kat aku skang.Aku sakit tau! sakit hati yg teramat sgt!..bodoh betul la.Ko ckp je la ko tu xnak ngan aku.Reject aku.So,senang aku nak remove ko.Ini x,bg masa la..ape laa.Mcm cilake.hishh mmg cilake lah.Bg aku tersiksa.

Baiklah,aku pun akan buat menda yg same jugak.Aku psyco ko abis2an smpi ko rase diri ko tu mmg tak layak ngan aku.Hina..jijikk tau x.Aku nak deactive fb mase bulan posa ni.Bikin aku sakit mata aje nengoknye.Ala,kalau betul nak ke aku,pandai la carik.Tapi aku still frend ngan dia maybe smpi bulan 9 camtu.pastu aku nak block dia.Biarkan dia gila.hahahahhaha

Kadang2 aku pelik jugak ngan hati aku ni.Ntah pesal aku leh nak sgt ngan org camtu.Budak tu hantu tau x!.Dah tu aku terhegeh2 plak nape.Hishhh gewam sgt!..

Skang ni aku mohon moga Allah swt tarik dia cpt2 dlm hidup aku.Biar aku hidup ngan aman.Kenapaaa lah budak ni muncul dlm hidup aku????kenapa?????kenapa aku diuji mcmni???.Cukup2 la hati aku sakit dulu.Aku sayang diri aku,aku sayang hati aku.Allahhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, June 16, 2014

kau kuat

Ya Allah....aku kalah dengan perasaan.Kali ini aku kalah saat aku nak temui kebahagiaan.Sedihnyaa..sebak..serabut.Nak menangis kott.Tapi aku tahan jugak.Sebab?.aku kuat...hati aku kuat.
Memang aku ngaku aku dh mula sukakan dia.Bukan suka je tp dh mula sayang.Aku rindu nak dgr suara dia.Genap seminggu hilang dlm nyata.Hari2 aku stalk dia kt fb.Dah mcm meroyan lak aku ni.Ishhh mcm terhegeh2 pun ada.Kenapa dia xleh terima aku??kenapa???? Dan kenapa bila aku minta kata putus dia gantung aku xbertali?? Ke dia nak jadikan aku spare aje?..kejam tau x.Aku nak sibukkan diri pun aku xtau camne.Aku nak smbung blaja...biar aku sibuk.Buat itu ini...aku nak lari jauhhh...nak nangis!!!!!

Rezeki orang


Alhamdulillah..tahniah utk sepupu dan kwn2 yg dpt posting.Hmmm jeles sebenarnya.Yelah,lmbt sgt aku punye turn..Ishhh ko ni..SABARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR..biar lah dimudahkan segala urusan dan dipermurahkan rezeki.Aminnn doakan aku ye!




Tuesday, June 3, 2014

hati ini milik siapa?


cuti sekolah mmg membosankan.haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..padahal kertas melambak kena tanda tp relek je aku ni.Oh ye skang dah masuk bulan Jun Jun Jun Junnnnnnnnnnn.Takde yg menarik pun melainkan hujung bulan nak sambut posa.Eee xsabar jemah nak tunggu bulan posa.Yela bulan yg paling aman,damai dan tenang.hehh

Oh ye aku nak cerita sikit pasal hati aku ni.Ade la sorg mamat ni dok berkenan kat aku.Kenal kat dlm fb je ponnn pastu beria2 suka kat aku sbb dia kata bila ckp ngan aku dia rase seronok,selesa dan tenang.Sebab itu tiap2 hari dia akan call aku.Aku ni biasala cepat bosan dan cepat perasan.Hahah

So semakin lama aku layan,makin menjadi2 lak mamat ni sampaikan dah ajak kawen dan dia mmg excited ajak aku kawen.Aku pun ape lagi,layan kan aje la padahal dlm hati aku tak ready lg walaupun usia aku lg 2 tahun nak 30 n mak pon dh membebel suh aku kawen.Aku bukan ape,aku lom ready sbb kewangan dan keadaan diri yg bukan sempurna mana pun.So,aku ade sebab ok tp org xkan faham sebenarnya.So cara yg paling mudah a.k.a aku malas nak pk is terimalah seadanya.Cehhh seadanya pun last2 aku yg ngadap tau.

So,cara yang paling mujarab aku doa banyak2 jika dia tu mmg utk aku,baik utk mak abah dan keluarga serta masa depan aku,maka permudahkanlah.Kalau tak,sila pergi jauh2 ye.Aku takde rasa ape pun,ko jgn riso ye.Sebab aku dh nekad utk tidak bercinta lagi.Cukuppplahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Tapi yg membuatkan aku melekat kat dia smpi sekarang ni sbb dia sama profesion ngan aku.Kira aku ni bakal tp dia dh stabil la.Kalau ikut pada diri dia,langsung takde ape yg menarik pun.Hahaha siot je aku ni.Cuma aku respect kat dia sbb dia ni jenis xkesah kerjaya ape pun janji dh suka kan.Mula2 aku ckp keje kilang tp dia xcaye lak.Ciss cisss ciss.Natijahnya aku ckp je la yg mane aku sekarang ni kan.

So aku cerita jugak kat mak n mak ckp pi jumpa dia live dulu.Masalahnye skang ni time tu je la.Dia dok kat pantai timur tu,aku lak kat tengah2 bandar ni.So mmg time clash la even memasing cuti.Aku ni pon takut2 jugak nak jumpa sbb takut kena reject lak.Hahhahaha..Yela,sekali jumpa je pastu hilang.Tak ke kesian tu?padahal dh plan mcm2.hahhhahadoii

Banyak jugak kitaorg plan sampai kan ke hal2 kawen ni.Konon nak tunang kejap la ape laa..hahahha..last2 dia yg excited nak kawen smpi ckp nak tunang lepas raya then kawen bln 12.KeCadburyan apakah?????.Hishhh dia ngat kawen ni senang ke?.Main cekup2 je ape??.Aku pun layankan aje leee.Yg wat aku menyampah tu kalau dia call kan,suara mcm ckp kat dlm selimut.Aku ni pon HAAAAAAAA???? aje le.hahhahaa.Padahal malas nak dengar.Lantak lerrr.

So the prob sekarang ni aku xtau mcmane nak jelaskan keadaan yg sebenar2nya.Hishh bongok tol la.Dibuatnye dia bebetul sesungguh nak kawen ngan aku,mampos! mati kauuuuu!





Friday, May 16, 2014

konvoEksen


Nebes sampai nak termuntahhh tercirittt sume ade..perasaan bercampur baur..
Cehhh 
Ahad aku konvo kali ke 2
yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy sonok tak terkata.Rase nak lompat2.
So esok ade photoshoot ngan kengkawan.harap2 tak hujan la.So ni ngat nak wat prop utk photoshoot esok.tgk la camne nnt.hehhehe
Seyes nebes!
Konvo oiiiiiiiiiiiii UiTM dihatikuuuuuu


Ni konvo mase Unimas dulu
tahun 2010
mase tu aku baru sem 2 kat UiTM
ponteng kelas semata2 nak gi konvo ni
mujur xde sape tau kecuali kwn2 kelas
3 Tahun dah berlalu
dan Ahad ni naik pentas lagi sekali
super excited!!!!!!!!!!!

baju konvo xsiap lg.hahahahha mamposssssss

Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru 2014


Selamat Hari Guru utk semua guru2 yg penah ajar aku dan tak sangka aku pun cikgu jugak.Hahah mcm lawak dan menyampah tetiba bila jumpa anak2 murid aku luar sekolah then panggil CIKGU! CIKGU! rase mcm nak menyorok plak.Bukan ape,aku ni segan dan bg aku gelaran tu hanya cukup di sekolah aje.Meh layan pic yg sedia ada dlm camera aku sepanjang aku bergelar seorang GURU.





























Sungguh aku rindu zaman sekolah...rindu sgt!