Tuesday, July 13, 2010

Pesan Untuk Diri AKu

ekceli aku jmpe n3 ni dalam 1 blog
sangat menarik
KHAS UNTUK DIRI AKU
-
-
Adab-Adab Seorang Isteri:

Seorang wanita memberikan nasihat kepada anak perempuannya yang akan berkahwin: Jagalah sepuluh perkara ini untuk kepentingannya:

1 & 2. Dampingilah dia dengan penuh kerelaan dan bergaullah dengan baik.

3 & 4. Jagalah tempat yang menjadi sasaran mata dan hidungnya. Bersihkan diri agar sedap matanya memandang.

5 & 6. Jagalah waktu makan dan tidurnya, kerana rasa lapar dan tidur yang terganggu akan menyebabkannya marah.

7 & 8. Jagalah hartanya dan jalinkan hubungan yang baik dengan keluarganya.

9 & 10. Janganlah menderhakai perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Janganlah bergembira di hadapannya, jika dia sedang berduka dan janganlah berduka jika dia sedang bergembira.



Wasiat Seorang Ibu Untuk Anaknya

Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-

"Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,
Tetapi !
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman kepada yang berakal.

Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya
nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami
dan kau terlalu berharga bagi kami,
Tetapi !
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita.

Berceraila kau dari ayunan buaianmu
meninggalkan teratak tempat besarmu
melangkah menuju ke alam baru
yang belum kenal
yang belum biasa

Kau milik suamimu
anggap dirimu sebagai hamba
tentunya suamimu
jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia

Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu
jauhkan dirimu dari
segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata
juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi

Dan badan yang semerbak harum
bermandikan bauan
mata berpasak, kening bercelak
itu menambah seri
itu membankitkan berahi
dan…………….
air cukup memada
bagi yang tiada

Jaga masa makannya
juga waktu tidurnya
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
tabahkan hatimu
badanmu terselamat
jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu
di kala dia berduka
pendamkan kesedihanmu
di kala dia bergembira
akibat aksi tidak senada
hilang simpatimu disebab pertama
keruh suasana disebab kedua

Hulur tanganmu……
andai kau menghulur sebelah tangan
nescaya dia menghulur kedua belah tangan
tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah !
Kasihmu tiada sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
kasih kau, kasihlah dia
benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu."

"Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu tadi menambah pesanan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang semuanya mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka. Beginilah seterusnya statusnya wanita-wanita yang memiliki kelebihan.

Aku sudahi dengan nama Allah, semoga Dia memberi taufik dan hidayat. Amin

Penat + Pening

2 mggu ni aku agak penin
demam blum kebah
pastu assgmnt dh bertimbun2
dapat group member lak cam hampeh
si minah tu dh start wat hal
antu die dh dok kaco balik
penin la aku
-
-
-
ahh,sem ni aku xmo tolong dah
lantak ko la

Thursday, July 8, 2010

Petua Mendapat Pasangan dari Dato' Hj. Mohd Fadzilah Kamsah VS KELUHAN AKU

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
aku : kalu org johor leh dapat org kedah tu camno???siap jadik weekend husband and wife lagikk..agak2 JODOH ANDA BERASAL DARI NEGERI MANA?..jawapannya..cet cam kuiz pesbuk lak..

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
aku :USAHA???...siap mintak promote diri lagik..mungkin xcukup DOA kot..YA ALLAH,KURNIAKANLAH AKU JODOH DENGAN SECEPATNYA...

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
aku: setakat ni belum la nak patah semangat coz ade 2 org lelaki KURANG GENTLEMAN masih berstatus KIV...kira masih ade harapan la konon...

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
aku :paku okeh x???kukuh sket kannn

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
aku : hati mmg busuk cam bangkai...ish,kene cuci ngan klorok ni...bubuh DAIA sket la..wangi woooo...

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
aku : sedang berusaha kearah itu..keh3...

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

aku :aku syg sume org tapi sume org belum tentu syg aku...waaaaa

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

aku : pi pasar pun still bau sambal belacann...ape daa aku ni...

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

aku : sok nak bli baju baru la...

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

aku : sedia kah aku....memberi cinta...menerima???ntah bile lahhhh..kang bg kat salah org,merana la plakk

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

aku : mata...bertentang...ishh,malu laa..jeling2 sudaaa..

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

aku :

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Perasan bagus..tu lah dia...

Ko ngat ko bagus???
ko ngat aku takot ke same ko??
ngat ko dh 'agak' bagus tu,aku kene ikot ckap ko??telunjuk ko???
Ko ngat ko bagus ke??????
-
-
-
KO MMG BAGUS
-
-
tapi xgak
aku pikir manusia ni xsuma sempurna
dan aku dah tauuuuuuuuuuuuu
tau dahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
-
-
-
KO MMG SUKE TANYE SOKLAN YANG KURANG BIJAK
-
-
padahal ko bleh pikir sendri kann
dah terang2 tau..bleh lagik tanye soklan bongok
kalu aku laaa
-
-
"Awk ni xpham/xleh pikir sendri ke??"
-
-
dulu leh la ko nampak cam heroin
mau x nye
aku ni xle paham sangat selok belok wat assgmnt ala2 opis ni
slalu style aku suke
SIMPLE....UNDERSTAND....EASY
-
-
thats me
tapi die..
-
-
COMPLECATED....MENGARUT...XDE KONSEP..NONCLEAR
bla..bla...blaaa
-
-
aku pun naik penin gak
yelah..sem baru
pale otak pun baru
yg sekor tu dh cam blur2 ayam
tapi nampak die bsemangat
okehhhhhhhhh
dah baik kot dr jampi2an die tu
aku??
juga dh bebas dari khayalan yg bukan2
--
-
-
ade berlakunye ketakpueh hati tadi
ape lagi
agak tegang
whats the matter
-
-
LAIN ORG LAIN CARA
KITA ADA MINDA UNTUK BERFIKIR
JGN TUNJUK KELEMAHAN DIRI
BERANI UTK BERSUARA
yeAyyy....

Tuesday, July 6, 2010

~demam~

DeMaM
-
-
nk pi kelas pun jadik
MALAS
--
assignment dh melambak
ape laaa
1st kelas je dh himpun assgmnt
hishhhhhhhhh
-
-
-
BAD MOOD

Saturday, June 26, 2010

time to rest

akhirnyaaaaaa............
YeaYYYY...
tepat kul 2 ptg td aku dh xbergelar
KERANI PART TIME ANAKKU
~aku sudah resign~
sebab???
-
-
5hb dh start kelas
wohhhh....baru tersedar rupe2 nye aku skola lagik
hikhikhikkk
agak sedeh la coz sebulan lebeh je keje situ
penat je si Mages(krani lame yg bakal berhenti keje kat situ sabtu dpn) mengajor aku operation dat kilang..padahal aku nk keje kejap je..
tp its okey coz 1 pengalaman wat aku kannn...so,ade gak faedahnye tu.
ape yg aku dapat selama keje situ??
-
-
-

1. dapat bkenalan dgn bangla2 yg lawak...ade ke sepuloh disebut 1 puloh...adehhh...pastu tulisan mmg macam cakar lembu...erk,bangla2 tu agak gatal jugak.Mungkin sbb perempuan agak terhad disitu..erk,maksud aku 'perempuan cantik'...keh3..aku sangat KEMBANG la bile sorg bangla tu kate aku paling cantik kat situ..ini adalah fakta+auta sbb kat situ hanya aku(melayu+slalu pakai baju kurung pi keje sbb baju aku sume seksi belaka,kang terkejut lakk),pastu si Mages(janda berketurunan india-erkk,jauh beza kaler kulit kami) ngan XiuLing aka Bos Besau yg slalu buat muke kerekk...jenis aku suke senyum walaupun aku tau dorg mesti ckp aku 'kerang busok' but i dont care...

2.baru aku tau yg keje KERANI tu sangat susah dari keje BOS yg slalu terperap dalam opis die..Itu BOS manyak senang...pg masuk opis die ngadap laptop..petang kul 6 lebeh sudah blahh...erkk,aku sgt xmesra sama itu bos..takot pun ye..arghh,aku dh bg surat resign ye bos..BOS releks je dlm opis..yg kat luar opis ni dh macam kapal karam..lagi2 time pg kul 9 ngan kul 12.30..perghh,nak tarik napas pun xsempat apelagi nak berak kencing..tahan dulu beb..

3.Keje yg bosan...jenis aku kan,bukan la rajin benor tp kalu dh banyak menung xto nak wat ape mmg aku sangat menyampah dan bosan...haa...trus terang aku sgt xsuka wat keje opis..kertas2 yg bau busok tu...tidakkkkk...kulit tapak tangan aku dh kerassss...losyen pun xmau bg free..kedekut..

4. Pakcik Roslin...perghh...pakcik ni supervisor la.Yg aku tak tahan sakit telinga tu munyi tepon atas meja die..ade 2 bijik tepon tu belum enpon die lagik..Tapi xpenah lak aku dengor 3tiga tepon die munyikkk...kadang2 bergilir2...xcukup tlinge...kalu kaki tu leh dengor,dh lame dah tp mulot lak ade 1 jerk...aisehhhh..slalu die kalu dlm bilik BOS tu mmg die kene hentam laaa...sian ko pakcik,xdapek den nak nolong..Yg paling best skali kalu pakcik roslin berhujah...fuhhh,banyak tol peribahase die...Syabassssssssssssssssssssssss.....aku leh tambah ilmu keperibahasaan aku..keh3..

4.Mages ngn aunty Vicky-..ohhh,percya atau x si Vicky ini pandai lebih dari 10 bahasa...aku sgt kagum dengor die cakap bahasa Hindustan,BangLAstan,MyanMARstan...erkkk,bahasa OMputih,OmMelayu ngan OMcIna...perghhhh..respek gile aku dowh..bile aku tnye,die cakap...."saya slalu dengar org cakap dan sy belajar sendiri dan biase nye perkataan yg boleh kita ingat ialah.....PERKATAAN LUCAH"....wohhhhhhhhh..Aunty Vicky ni baek sgt dan die boleh join la kwn ngan aku yg bengong2 neh...hahhahahha..die gak kerani akaun dan sumer menda dlm opis tu die leh wat..pergh...layak die jadik BOS...Si mages ni lak...sabtu dpn die lak berhenti coz dpt offer tmpt lain.suke tol die n siap kutuk2 lagik kampeni ni..hampeh tol..haritu X-laki die dtg opis...katenye nak serang si Mages ni coz dorg ade prob laa...BODOH tol,hal peribadi angkut sampai opis.Ape lagik,penuh la polis depan pintu opis...aku pun cuci la mate..aku kan suke sangat ngan POLIS ni..dan semoga calon laki aku adalah seorang POLIS..hik3...slalu gak die memekik2 dlm tepon..td pun same..penin pale aku...ape pun si MAges ni bagus la...okeh la wat kwn dan die kalu ajor aku mmg senang paham..tengkiu ye Mageswari...

6.Agak sedih gak la resign dari kampeni tu kan tp nak wat gano???...aku juz nak timba pengalaman je..Haa...cuti sem pasni nak keje ape lak aku ek???ohh ye,aku mmg kene carik part time coz aku sayang giler nak guna duit yayasan selangor...lagipun aku nak beli itu ini sume nak pakai duit keje aku sendri..mane la aku nk carik keje part time nehhh..adoyaiii

What eber pun....semggu lagik aku dh start sem 2...wohh,aku sgt teruja tgk pointer aku...aku nak target pointer best coz mak kate kalu nak motor YAMAHA LC kene dapat pointer best lagik sem dpn..wehuuuu...
esok aku nak balik kg...windu same nenek...nak releks2 kan otak..dan mulakan semangat baru...

YEaYYYYYYYYYYY


p/s : aku sudah mampu lupakan KAMU...

Monday, June 21, 2010

Kita harus atau mesti menyerah pada TAKDIR??

Hidup ini akan menjadi sia2 kalau sepanjang hidup ini kita mencipta

KEDUKAAN

Manakala

Hidup ini akan menjadi CEMERLANG dan GEMILANG jika kita mencipta KEBAHAGIAAN dan KECERIAAN sepanjang masa dan sambil tu KEKECEWAAN akan hilang bersama arus KEBAHAGIAAN dan KECERIAAN yang kita sendiri ciptakan itu

CeWahhh....

N3 mmg DASATTTTttt

Semalam dlm kul 3 pg gitu KAMU msj aku

Erkk...agak terkejut sbb aku bajet KAMU dh ‘mati’ tp rupe2nye idup lgik

“ayg.happy anniversary....”

Aku yg ngah terkulat2 coz terkejut ngan vibrate enpon buruk aku tu tetibe lagik TERKEJUT BURUK@BERUK tgk msj yg KAMU send kat aku.

Dalam pale otak aku,bile aku kawen?????ape lak anniversary tu???salah anto msj ke??

“Bila?.Tak ngat and xtau pun...”aku mule nk garu2 kaki...

“18hb hr jumaat kelmarin.Ayg lupe ke?”...katenye

Aku mula garu kaki...Biar betul...aku sendri xngat...aku cube gak ngat2 balik.Ohhh yeee...baru aku ngat.Memang betul la 18hb.Wohhhhh...kuat betol ingatan die..

PERLU KE AKU NGAT????
xwajar......lgpun aku nak lupa abes pasal KAMU.dah xmau ngat 1 menda pun pasal kamu.

Haa...kali ni turn aku lak.Aku mmg JAHAT giler ar kalu KAMU msj aku.Ade je aku nak tanye soklan yg mungkin menyakitkan hati KAMU.Memang aku sengaja sbb aku nak....

KAMU BENCI AKU

Tu aje coz aku xmau main ngan API

API itu panas...tp bukan API je..minyak,bara dan arang akan turut bersama ngan API dan MENGHANGUSKAN aku...haaaa..kan susah tu.Sebelum aku susah kendian,bek aku susah skang.

“isteri abg dh balik jb?”..aku memulakan KEJAHATAN

“dh,knp?”....soalnye BANGANG

“dh ada isteri pun ngat org lain.cukuplah mempermainkan hati org”...Perghh...ayat aku mmg menyakitkan hati kannnnnnnn...oooOOoooo...hati aku lagik sakit dulu tau!

Pastu aku sambung KEJAHATAN aku ni..mmg aku sengaja nak SALAHKAN dan SAKITKAN hati dan perasaan KAMU..persetankan suma KEBAIKAN HATI AKU NI WAT SEMENTARA WAKTU...yEaYY!..Yelah,sempena ngan ANNIVERSARRY bodoh tu kan..meh aku bg luahan hati penuh makna ni..pAdAN mUKA KAMU!!!!

“Abg,trus terang ayg ckp ayg masih tkilan dan keciwe dgn apa yg berlaku antara kita.Ayg cuba merawat hati dan perasaan ni dan akan simpan ‘rahsia’ kt sampai bila2.Sumanya krn abg.biarlah ayg terima dan tanggung apa yg berlaku demi abg.Ini suma dh tersurat dan trima dgn hati yg redha”

Perghhhhhhhhhhhhh....best x ayat aku???okeh2 msj KEJAHATAN aku yg kedua lakkk

“abg...kehadiran dan kepergian abg meninggalkan kesan yg paling mendalam dalam hidup ayg..tahniah abg sbb Berjaya memperbodohkan ayg selama ni.....”

Wohhhhhhhhhh...yg ni agak PERLI munyikknye..

Aku wat sume ‘kejahatan’ ni ade sbb tau.Bukan suke2 atau aku mmg JAHAT

Cume aku xnak terkeluar dr mulut sesape la yg cakap aku ni..

PERAMPAS LAKI ORG

Itu jer...so,aku dh cakap elok2 suh lupakan aku..

Korg tgk..mane ade pmpuan ckp gitu???erkk...maksud aku pmpuan yg kecewa ditinggalkan kekasih yg telah memilih berkahwin dgn org lain.Aku mmg dh Berjaya lupakan KAMU tp bile KAMU Berjaya carik aku...aku rasa aku mula jadik JAHAT..JAHAT untuk menghindarkan diri dr KAMU.

So....jgn kata aku ni JAHAT...aku wat suma ni utk diri aku...

Then KAMU balas msj aku

“abg minta maaf.Abg xde niat langsung spt mane yg ayg pk kn.Dan abg pn x minta spt ape yg blaku skrg ni.Apepn abg bsalah pd ayg...”

Aku xtau la KAMU betul2 bersalah atau saje nak kaber diri KAMU tuu..

Konon xmintak ape yg berlaku...cet...padahal KAMU YG MEMBUAT SEMUA NI BERLAKU

Kalau la KAMU cakap awal2 dulu..mase KAMU mula2 kenal AKU...yg KAMU NI DAH BERPUNYA...

Aku mesti xkan kecewa

Opkosssssssss....

Tp tulaa...betapa aku MENYESAL nye kenal ngan KAMU

Aku xmau terserempak/terjumpa ngan KAMU sbb aku riso kalu tetibe aku tercakap...

KAMU MEMANG TAK BERGUNA
MANUSIA YG PALING KEJI PENAH AKU JUMPA

Haa...tu psl la aku agak riso bile KAMU dapat mencari aku

Aisehhhhhhhhhhhhhh......harus la aku tukar no baru ni..adoyaiiii