Monday, February 13, 2012

Cahaya Hati Opick -pegi dengar lagu ini sambil membaca ini

aku?..bukann.haha tapi aku nak mcm ini mase nikah nnt.Baju pengantin perempuan,bunga,tudung..semua kecuali niqab.

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sunday, February 12, 2012

Hidayah Dan Keinsafan

ok,post harini aku mulakan dgn ayat 1000Dinar yg dah lame aku xbace dan amalkan.Hoh,dulu mase dok sarawak selalu gak la bace coz aku rase mmg xtenteram kat sane.Bila dh balik meysiaa,lupa diri ye.

semalam aku dan hairol dok berckp pasal tudung Ana Raffali.Ok sekarang senior aku tu sudah bertudung.Hidayah dah sampai.Tapi nampak mcm pelik sikit la kan.Hahaha

Bertaip pasal hidayah ni tetibe aku rase mcm ade sumting yg membuat aku xtenang.Salah satunye aku skang pernah mimpi aku dibunuh dan aku merasa mati.Huii seram gilaa.Mcm real aje kene tusuk peluru dan pisau kat perut.Lagaknye mcm drama tp mimpi.

Dan lagi sekarang ini aku cukup tertekan dgn soal jodoh.Bayangkanlah mak aku balik dr kenduri sedara jauh aku then ckp depan makcik aku. "MAK SURUH WAK YAM NI CARIKAN JODOH UNTUK KO".......aku rase mcm nak luruh jantung dan rase nak stop time tu.Apakah???mak aku ni biar benor.Aku rase bukan sekali tu aje..dah bnyk2 kali dan kebanyakkannye sedara2 aku jadi tmpt mak bertanya.."TEMPAT KO XDE KE YG SINGLEsingle????.NI NAK JODOHKAN NGAN NGAH NI"...burrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...aku rase mcm dah terdesak gila babi mak aku tnye gitu.Tensen kott.Pada sejak akhir2 ni aku paksa diri utk melupakan sekejap hal2 remeh begitu namun GAGAL.Boleh dikatakan aku sering didesak utk kawen secara psyco.Haduhh

Dengan pekara2 sebegini,membuatkan aku stress dan mahu kawen dgn sesiapa pon.Ohh SILA KANNN..

Aku merasa ada yg paling penting sebenarnya dlm kehidupan aku ini selain menda2 remeh gitu.Aku teringin menjadi seorg muslimah sejati.Aku terasa ada cahaya keinsafan wujud dlm diri aku.Aku mula rasa...elok lagi aku bercinta dgn NYA berbanding dgn manusia.Aku tidak mahu menjadi ahli neraka jahanam.Aku nak jadi bidadari syurgaNYA....aku mula nak kembali pada Tuhanku.Cara yg pertama melakukan cukup solat 5 waktu walaupon dlm ketidaksempatan,solat taubat,solat istikharah dan solat Dhuha serta mengamalkan ayat 1000Dinar ini.\

Aku rasa dh tiba masanya kembali padaNYA.Dosa2 lalu terlalu banyak samada dlm sedar/tidak.Aku berharap usaha ini tidak sia2.Meskipon aku bermula dr awal...aku mengharapkan hidayah dlm hidup aku.

Bagi aku,sudah cukup letih memikirkan jodoh.Biarlah aku menjaga diri aku sebaiknya.Semoga Tuhan mengampuni dosa2 aku yg telah lalu..


Saturday, February 11, 2012

Aku Terima Nikahnya

mengharungi hujung minggu yg rutin setiap mggu membuatkan jiwa aku rase kosong.Terkongkong dgn ibu bapa yg xbg 'kunci kebebasan' dan mengharapkan kawan2 yg kebanyakkannye dh kawen membuatkan aku lebih rela lagi duduk dirumah sambil belajar utk menjadi kedekut.
Aku sebenarnya kerap kali juga bermimpi seorg lelaki yg mgkn suami aku akan dtg..hidup bahagia,berpegang tangan dan saling melindungi..ohhhhhhhhhhhh,begitu bahagia aku rasa tp malang sekali sbb itu hanya mimpi.
Aku begitu sgt berputus harap dan hanya berserah sahaja tapi mana mungkin sbb kini aku perlu berhadapan dgn seorg lelaki yg ku kira mgkn kawan dan mgkn akan menjadi suami aku.Ahhh,sungguh sadis aku rasa.Dibawah ini adalah sesuatu yg aku nak kongsikan.



hidup ini sebenarnya sukar.....bagi aku yg sudah putus asa ini.

Friday, February 10, 2012

Oreo Cheese Cake Blasah


ada kalanya dtg mood rajin aku buat kek,maka aku akan buat tp kebanyakkannya tong sampahyg boleh menerima kek aku tu.Nampak xsedap kan?.Dan tetibe mood membazir aku mai balik.Kali ni nak yg mcm mahal tp xmampu.Oreo Cheese Cake.Search bahan2 kat internet.Makk aihh paling maheiiii cheese nye.Ciss betul.


ini antara bahan2 yg digunakan.Cheese tu paling maheiii..mujur la kek bole makan.


kulit biskut oreo blenderr

ok,yg tengah2 tu aku saje wat gitu utk kaber tengah yg botak xde tapak.


aku blender semua nyee..puas hatii..amekaww


nampak x rekahan tuu..okk misi berjaya!


jarak dekatt

tu diaaaa

hakikatnya walaupon buruk
TAPI

SEDAPPPPPPP

*puji diri




Thursday, February 9, 2012

luahan rasa seorang lelaki

masuk bulan ni (kukira bulan aje sbb lupa tarikh) aku sudah mendengar manusia yg bergelar lelaki mengeluh dan bising2 pasal hubungan cinta mereka yg tidak menjadi.Heh,tu la dosa bnyk,xde pon jadi laki bini.Opss..sori yg terasa.Kedua2 mereka adalah kawan baik.Dan aku berkenalan dgn mereka melalu facebook tp aku perlu bijak utk membahagikan komen antara mereka.haha

Pada permulaan bg aku hanya perempuan saje yg selalu ditipu dan ditinggalkan begitu saje tp rupanya lelaki pon ado tp bg aku xlah begitu serius sbb walau dorg ckp menyesal hari ini,esok sudah senang hati.Begitu la yg terjadi pada dua org manusia ini yg bernama Mangkuk Hayun dan Selipar Jamban dan aku?Belalang KUnyit.haha..unik kan?

ok,aku nak kopipes sikit buat tatapan umum.haha

Magkuk Hayun punye cite :

Sy dah susah ckit tido malam! Hati sy selalu teringatkan org yg sy syg! Tapi org yg sy syg dah pergi tinggalkan sy!sy rase sedih sgt...:'-(

Biase la awk bila org dh xsyg kte lagi seribu alasan...sy selalu nk jadi yg terbaik,utk org yg sy syg tapi...entah la ape lagi kekurangan yg perlu sy perbaiki lagi,sy xmampu berbuat ape2lagi hanya berdoa yg terbaik utk dia,semoga tuhan lindungi dia dari bahaya...klu sy thu cinta ini sbenarnya menyakitkan sy xnk bercinta lagi...

Sy sampai rasekan sayalah makhluk tuhan yg paling lemah, bila sy berzikir brulah sy rse tenang sikit,sy thu dia sedang bergembira dgn org lain,sedangkn sy masih teringkat dia...semoga org yg dia syg itu tidak mengecewakan dia,sy syg dia mcm sy syg diri sy..terima kasih awk sbb beri sy semangat utk sy teruskan perjalanan hidup saya..


Haaa...yg tu kes si Mangkuk Hayun.Dan ni plak kes Selipar Jamban

  • ati kte pon da brt nak kenal ngn ppuan

  • asik kene game jerr

  • wat skitt ati jerr

  • bek jd cm ni

buang masa....buang duittt....buang tenaga

  • segala nyerrr buang saja

  • malas nk pk daaa

    pengorbnan ape....ingt btol2 la nk wat bini,last cm ni jd nyerrr

    • bia la masa je yg tentukn

    • hmmm

    • tp penat kottt cm ni

      3taun kawan....sia2

      pakai tdung,jga pergaulan,sume nyerr elok2 belaka....tp ade prgai d'sblik nyerr pulakk



ok..tu antara pm yg aku dpt dan besela aku..jadi baik utk menasihati.Cett padahal aku pk,ape ke bodoh nye kome ni.Aku tgk si Mangkuk Hayun tu ok la menerima takdir sbb mgkn die jenis xkesah sgt atau die pk 'bagusla sbb aku boleh carik yg lain'.Ok,die ni jenis normal sebagai lelaki.Tinggal yg lama carik yg baru.

Tp kes si Selipar Jamban ni lain plak.Lebih kata mengutuk2 plak.OOO pandai ye.dulu org tu la ko syg cinta rindu.Bile dh clash pandai lak ko nak kutuk2 dan nampak keburukan org.Ni jenis bodoh xbersyukur.

Ok,bg aku bila aku ditempat Mangkuk Hayun tu,aku akan pk mcmni.Buat ape aku nak kesah?.Aku lelaki,senang dpt perempuan.So..life must go onn..xde nak bunuh2 diri.Ok,ini sesuatu yg normal bg lelaki.Aku xkesah sgt.But bila aku ditempat Selipar Jamban,aku akan rase.....ehhh aku nak bunuh aje perempuan sial tu.Heh..itu aku rase bile aku adalah Selipar Jamban tp betapa bodoh jugak bila aku nak maki2 xtentu pasal padahal org tu ngah bahagia beranak pinak.Heii tu baru buang masa tahu?.

Pada aku lg bagus pk positif means carik duit bnyk,rumah,kereta..baru pk pasal bini.Lagipon usia 25 tahun tu xke terlalu muda utk berbini.bagi yg dah gatal dan mcm mampu tu.Lantak kau la kan.Normal kot usia 30+ baru nk cari bini.Mmg la nak mencurahkan kasih syg tp dh pk ke kasih syg pd mak ayah?Tuhan?.Dah cukup?.So,kisah dua2 makhluk ini sebagai pengajaran.Tosah la mengutuk org yg disyg..kang makin benci menyesal xsudah.Cool dan teruskan berusha okeh.hahaha


Wednesday, February 8, 2012

Bila ku kata cinta padanya

ini balasannya
  • biarlah ia tumbuh dalam gundah

  • biarlah ia merekah

  • gundah itu perasaan

  • merekah itu tembok

  • perasaan akan terus berkembang2

  • temboh itu jangan biar terhalang

  • aku menunggu saat itu

  • saat kau tersenyum penuh pengertian

  • biar aku duduk disitu belajar tersenyum juga....


    biarpun sentiasa ia menolak,

    aku tahu,

    tahu,

    sebabnya...

  • Thursday, February 2, 2012

    7 Hari Mencintaiku

    aku rase aku merupakan seorang peminat buku novel yang terakhir sekali yg baca novel 7 Hari Mencintaiku-siti Rozmizah ni.Ni semua gara2 Chua yg selalu cerita pasal novel.Terlupa kejap psl aku yg dulu kaki novel,sekarang kurang sikit.Tapi baru2 ni disebabkan gila novel aku kembali semula,aku dh habiskan rm50 baucer buku utk 3 buah novel.haha..puas hati aku.

    Kan dulu aku pernah berhasrat nak ade rak buku sendiri yg tingginya 5kaki dan lebar 10kaki.Bapak besor kann.haha.So,duit gaji aku bnyk dihabiskan utk buku.bagusla tu kan dr aku beli kasut dan baju.

    Novel ni aku pinjam dr Chua sbb malas nak beli tp bile dah baca,aku rase nak beli.haha.Jalan ceritanye menarik sbb watak utama dlm cerita ni ialah seorang perempuan yg keras hati dan egois.Dan hidup plak disamping seorang suami yg penyabar,penyayang,lemah lembut,beriman dan lebih kurang baik mcm malaikat.haha...itu cerita okeh.Realitinya mustahil nak jumpe lelaki mcm Kushairi..watak dlm novel ni.Ape pon xde ulasan panjang lebar sbb aku belum habis baca dan aku baca pon kejap2.pening la tgk tulisan.haha

    mlm td jugak wan call aku.Sampai ke subuh boraknye dan mcm biase aku mmg susah xtido,energy aku lain mcm sikit bercerita dan nak2 dh lame xborak ngan geng bas skola dulu.haha.Ade 1 soalan yg wan tanyekan pd aku pasal kehidupan.Aku xngat la soalannye ape.Dan sebenarnya jawapan yg aku bg tu mmg xmenepati soalan setelah aku berpikir balik dgn keadaan tidak khayal.

    Dalam kehidupan ini seharusnya sesorang manusia itu pasrah dan redha dgn apa yg berlaku ke atas diri sendiri.Even kau ckp la yg kau nak lelaki berharta,berduit,berpangkat..bla..bla.. tp hakikatnya belum tentu atau dlm kata sadis MUSTAHIL kau akan dpt apa yg kau nak tu.Aku sedar bila life yg aku jalani tiap2 hari adalah sama dan seyes aku ckp mmg bosan.Yg tak bosan bila time sembahyang tu doanya lain sikit.Haha.

    Perempuan yg berusia mcm aku walhal umur aku baru 25-26 pada 2012 ini mmg menghadapi masalah dalam kehidupan.Aku boleh kataka tidak suka akan rutin yg sama dan membosankan.Huiii bosan nak mati katanyaa.sebab tu dlm pemilihan kerjaya aku lebih bangga dpt keluar dr bidang nursing dulu dan menceburi bidang pendidikan yg rata2 kini memakan diri aku sendiri.Haha..Tapi itu yg membuatkan aku bahagia,xrase rugi sedikit pon.

    Kehidupan dirumah yg sangat terkongkong dan membosankan membuatkan aku lebih suka cari kehidupan diluar.Maksud aku..bila aku tensen dirumah dgn perkara2 yang annoying,aku lebih gembira jumpa student2 aku yg rata2 mmg suka menyakitkan hati aku.tapi seyes..aku mmg cukup gembira begitu.

    Ya rutin aku dirumah adalah sama.Aku jarang memasak sbb bg aku,ruang dapo tu emak punya dan rase mcm HARAM kalau aku menggunakan barang dapo.So selayaknya aku akan masak bila ada mood terlebih rajin yg dibuat2.So,boleh dikira jari kaki bape kali aku pegang sudip.Jgn salahkan aku xpandai memasak sbb dah dibagi moral down bila tgk muka abah telan masakan aku.Haha.Jadi aku lebih selesa mengemas bili sendiri dr menyapu sampah kat laman rumah.

    Aku merasa bahawa hidup diluar itu mengajar aku lebih menjadi manusia berbanding di dlm rumah.Tapi disebabkan aku ni PEREMPUAN aka ANAK DARA jadi langkah aku terbatas..ehh sgt terbatas.Nak keluar bank in duit boleh tanya smpi 2 kali.Walhal sudah diberitahu.Oh ye,dulu aku pernah duduk jauh dr keluarga selama 3 tahun lebih.Aku rasa saat tu paling bahagia dan mengajar aku menjadi manusia yg menjaga maruah even berada jauh diluar negeri...luar negeri yee..

    Tapi susah nak membentuk kepercayaan org sekeliling dgn diri sendiri.makanyaa rutin kehidupan yg membosankan mmg selalu berpusing2 mcm tu jugak.Nak dikata apa??duduk diam dan teruskan hidup.

    Aku sememangnya mempunyai angan2 besar utk bersuamikan seorang lelaki yg jauh tempat kelahirannya dr tmpt aku lahir.Contohnya Johor ke?...Kedah ke?...Perlis ke?..baru aku tahu nnt setelah berkahwin apa itu jauh perjalanan,luas pemandangan sbb sekarang ini pandangan aku sam aje tiap2 hari.Ehh bosan tahu?

    Tapi itu hanyalah harapan kosong setelah aku tidak meletakan harapan apa2 utk lelaki yg bakal muncul nnt.Keciwak pon hadooo..Dah mmg aku tidak mahu mengaharap apa2 lagi selain menjalankan rutin kehidupan seperti biasa.Eh,itu bagus tahu.Sekurang2nya aku tidak merasa keciwak kesekian kalinya.Meletakan sesuatu harapan pd yg tidak pasti adalah sia-sia.

    So,aku berharap jugak akan ada kejadian lain yg merubah rutin hidup aku.Miracle..mane tahu kannn..