Thursday, March 28, 2013

plan to phase 1

nampaknya sesuatu akan berlaku pada tahun ini.Bermula dgn kesedihan bila kehilangan nenek tercinta pada awal Mac lalu T_T..dan aku harap kegembiraan muncul pada hujung tahun ini bila adanya 'kedatangan' org baru dlm keluarga aku.Alkisah semendang Hairul dah mai umah aku ritu,jadinya plan seterusnya akan di teruskan.Plan aje okehhh..

Hairul suh pilih sendiri tarikh yg sesuai utk majlis merisik+bertunang sekaligus.haha..Pada perancangan awal kami,aku tak aspect pun nak ade majlis bertunang tapi dah alang2 dtg merisik,senang wat tunang sekali.Takde la family dia dtg tgn kosong.Lagipun aku nak jugak merasa jadi tunangan org.Hahah..xde la main redah aje.

Tapi tarikh belum kompom lagi sbb nak lepaskan mak,abah ngan adik lelaki aku gi umrah,then dorg dah balik baru plan nak pilih tarikh bila.Aku kalau boleh nak bulan 7 sbb waktu tu aku agak tenang dalam kerja dan xlame lagi nak posa.Nak amik berkat la konon.Hahahha..plan adalah hari Sabtu 13/7/2013.

Hairul ade ckp nak barang2 hantaran tak?.Aku mcm terpikir jugak nak buat tapi rase mcm membazir sbb aku plan mase kawen je bwk nnt.So xyah 2/3 kali nak hantaran.Membazir plak.Tapi adat bese la..family dia bwk cincin,family aku ade la bg bekal.Yelah jauhh wooo...7jam kalau dikira.Mabukkk dm keta.So aku ckp just bwk 2 cincin..cincin tunang+cincin merisik.

So aku ade 3 bulan lebih je utk prepare ape2 yg patut.Cadangnya nak beli baju utk tunang tp ngan kompius kaler ape.Hahhaha..ngat nak kaler baby pink+tiffany blue..hahah..tp tu je plan.Aku ade gak tanye hairul nak langsung bulan bape?.Dia ckp hujung tahun bln 12.Waduhh gawat ni.Mane ade masa nak urus segala.Nak2 lg aku ngah bertungkus lumus utk last sem.Mampossss...So,aku rase mgkn mintak tangguh bulan 2 gituwwww..Senang sikit..bln 3 aku dh konvo insyaAllah.wehuuuuuuuuuuu...

So aku ade la wat research sket2 baju+pelamin bagai..hahah


 ni utk contoh baju tunang / baju nikah..pesen skang peplum2..mane bleh kalahh.haha

 aku rase utk tunang mcm nak gune kaler+pesen camni.Comel kannnn

 Ni contoh pelamin DIY..mmg rase best dpt buat sendri pelamin..Save Bajetttttttt

 Ni simple jugak kan ..DIY jugak

 Ok yg 2 dulang tu contoh pihak perempuan bg kat lelaki if dorg takde hantaran mase tunang.Just coklat ngan kuih je kot.Ok la tu dr balik bwk bontot je kan.ahhaha

 Seriusly,aku sgt suka ini pelamin...comeiiii sgt.Nak wat sendiri tak mampuuu lak.hahaha
..
...
.....
.......
yg bawah ni contoh kad kawen trend sekarang.Tak nak kalah jugakkk design buku skola.Hahhaha


yg bawah ni contoh pelamin yg simple..jimat2


sebenarnya utk majlis mcmni perlukan modal yg besar tp nak merasa ape salahnye.Terpaksa la ikat perut boncit niiii..huhuuu

kesabaran

sejujurnya...sejujurnyaa (Firman-Kehilangan)
ok,amik mood nyanyi2 utk tenangkan hati sambil semangat buat kertas kerja.Puihhh dah 2 mmgu tertangguh dan ade 1 malam lg utk submit dan kalau boleh nak di approve cpt2.Boleh gitu?Aku mmg suka tangguh2 kerja and at the last aku jadi rajin gila sbb nak submit esok pagipagi.Padannnnnnnnn

Disekolah aku terasa seperti dipinggirkan sbb aku maybe mcm pendiam sikit kott..ye ke?.Hahahha sbb utama ialah mostly dok ngumpat bukan2 dan aku bukan kaki mengumpat dan suka tambah dosa kering.So aku malaih amik port tp kdg2 amik port jugak sbb aku PERLU beramah mesra utk markah aku je.Hahaha..dan aku percaya mostly cikgu2 kat situ xtau pun kewujudan aku ni.Yela bila aku ckp opsyen aku PSV,suma muka mintak kaki.Dorg mmg xrespect pon subjek psv even student class aku pun mcmtu.So dan kebarangkalian utk org ckp aku ni sombong mgkn ade sbb mak ckp muka aku ni muka sombong.Dah tu muka aku camni,nak buat camne?.Lagipun aku terpaksa purapura senyum bila berselisih dgn guruguru kat situ.

Saat ini aku mmg rase mcm nak mengamuk aje dgn hairul.Eh,aku mmg suka mengamuk tak tentu pasal ngan dia tp dia relek aje.Bengang jugak aku.Dia ni mcm tak paham2 la aku suh wat sumting.Nak ckp mcm tak sampai hati.Ok sejak dia dtg umah aku ritu,sejak itu la mcm2 menda kuar dr mulut mak aku.Mak aku kate,abah aku ckp dia busuk.Hahhahah nak tergelak aku.Tapi aku tgk dia pun mcm tak terurus.Mgkn sbb dia hidup sorang dan aku cuba nak plan kalau aku ngan dia nnt,aku make over abih dia.Skang ni aku ngah cari sabun pencuci muka yg best utk dia pakai.Hahhaha..

Sunday, March 17, 2013

Bahagia

aku mencari bahagia dalam hidup aku.Tapi bahagia itu kian lari jauh meninggalkan aku dan kelukaan semakin mendekati.Mampu ke aku nak hadapinya sekarang ini?...lelah aku dgn semua ni..

tepat azan asar berkumandang...hairul menjejakkan kaki kerumah aku.Dengan membawa seplastik mangga manis dan sebuah beg kertas comel yg mengandungi sebuah buku agama.Sampai ke hari ini aku belum sempat nak membaca isi kandungan buku itu.Terima kasih yee.Epik sungguh rasa.Oh ye sebenarnya hairul dtg ke rumah aku utk berkenalan dgn lebih rapat lg dgn keluarga aku.Suasana meriah menyambut kehadiran hairul.Hurmm nampak mak abah serasi jugak bila terdengar gelak tawa mereka.Aku hanya duduk terperuk di dapur sahaja.

Tapi ceritanya berlaku sebaik sahaja hairul balik kerumah.Bagi aku la kan,tak sepatutnya soal harta di persoalkan dan tujuan sebenar hairul adalah utk berkenalan sahaja.Tapi ceritanya lebih kearah soal perkahwinan.Aku sebenarnya terkedu.Tapi dah lepas....

Terlalu sakit rasanya nak diceritakan..semlm lagi aku dah rase 1 perasaan keciwak bila mak cakap dia 'was was' dgn hairul.Alkisahnya mak harap hairul itu hensem,kerja kerajaan dan punya kereta tapi sebaliknya pula yg dilihat..Jadi sampai ke hari ini aku telan segalanya.Memang hakikat yg akan aku terima yg mak tak berkenan dgn hairul.Pedih jugak hati ni nak tanggung.Setakat ini bg aku hairul cukuplah ape adanya manusia.Mak ulang2 kali ckp,ape2 jadi nanti mak tak ambil tahu.Apakah????..yg mendoakan sebegitu dan aku aku hanya menahan tangisan dlm hati sebenarnya.

Mak berkata berikutan kisah2 negatif yg didengarnya dr mulut2 manusia lain dan dia umpamakan hidup aku akan jadi sebegitu kelak aku berkahwin dgn hairul nnt.Sebak aku jadinya dan seolah2 aku nak meraung aje biar semua org dengar..

Alangkah bagusnya kalau mereka merestui...Aku akui perkahwinan hairul yg lalu pun disebabkan masalah yg sama iaitu xmak mertua tidak merestui kerana hairul ni miskin dan tidak bekerjaya besar.Ibubapanya pun miskin.Sibapa tukang paip dan si ibu ikut kerja katering.

Sebak hati aku menahan tangisan...aku perlu tabah dan berfikiran rasional.Hajat hati nak sambung master dah ditolak mentah2..Siapa manusia utk mempertikai rezeki yg Tuhan bagi??.Aku sekarang ini tersepit dlm keadaan.Rasa nak lari jauh2 dan tenangkan fikiran.Jauh mana aku nak lari sedangkan arwah nenek dah pergi jauh dr aku.Ahh aku rindu nenek.Aku lebih suka kalau nenek yg nasihatkan aku selain mak sendiri...Nenek,nape pergi cpt sgt???? :-(

Aku punya keputusan yg aku rasa itu jalan terakhir...aku tersepit antara hairul dan mak...Jadi,aku sendri akan tangguhkan segalanya.Tangguh segalanyaaaaaa...sehingga ada pengakhirannya tak kiralah bahagia atau duka..Kalau hubungan aku dan hairul bertahan,aku harap aku dpt menjaga diri.Tapi jika tidak,aku dah lelah dgn semua ni.Jiwa aku mati.Takda kebahagiaan dan keseronokan dlm hidup..Aku akan tangguhkan..Fokus pada kejayaan yg akan aku kecapi.Itu lebih membahagiakan.Lupakan segala perasaan aku.Aku dah cukup tersiksa..Aku redha kalau Tuhan takdirkan aku seorang diri sampai mati.Bagi aku restu keluarga itu penting..Aku dah mati akal utk buat sesuatu.Jiwa mati,hati kering kontang sudah..Jadi keputusan aku,aku akan tangguhkan..tangguh sehingga hairul tak mampu tunggu.Ya,itu jalan aku.Aku sakit utk semua ni..Aku manusia biasa yg mahukan kebahagiaan...tapi segalanya aku telah putuskan.Keputusan aku dlm hidup ini.....Maafkan aku hairul,aku berharap restu itu tp ia mmg bukan utk aku buat masa ini..Kalau kau tak mampu,kau pergilah jauh.Kau bencilah aku tp sebenarnya aku tahu...

Sunday, March 10, 2013

Rujukan

ini untuk rujukan aku sepanjang 14 mggu di sekolah.Cikgu2 tak membantu,terpaksalah aku bantu diri sendiri dgn cara ini.Sekian.

http://www.scribd.com/doc/77515626/RPT-PENDIDIKAN-SENI-VISUAL-TINGKATAN-3-2012

http://www.scribd.com/doc/31464717/Rancangan-Pelajaran-Tahunan-Pendidikan-Seni-Visual-Tingkatan-3

Friday, February 15, 2013

ketidakfahaman

aku mmg susah nak faham perangai/sifat lelaki.Semakin tak faham aku rase.Perlu ke setiap pertolongan itu perlu ada balasan?.Semakin lama aku keliru dan tak faham.Semak rase dlm dada aku ni.Rase nak memaki tp tak sampai hati plak.Nampak benor perangai aku yg agak panas baran dan mudah naik tgn.Hah,yg selalu kena adik aku la.Lelaki jugak!.Alkisah.......

dia : tgh tgk gambar awk ni.
aku : mana??? nak tgkkk
dia : bg dulu pic sy yg awk amik sembunyik2 tu,baru sy bg.
aku : xnak.Sy nak tgk je pic tu.
dia : bg dulu pic sy tu.
aku : xnak
dia : bg duluuuuuuu
aku :&%*@#%$^& (mencarut dlm hati)

apelah salahnye dia lelaki mengalah.Mmg nampak dia keras hati.Aku mula la naik angin bila menda yg aku nak xdpt.Nak2 lg mood mmg tgh swing nak gila.Hah,mmg murka aku.Malang betul dia.Aku xnk jawab.Aku nk berdiam diri.Nak sgt simpan kan.Silaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Wednesday, February 13, 2013

Jodoh Dan Takdir

dikopipes dari blog kak cujen..mai la terjah SINI


"Allah tak tetapkan jodoh, manusia sendiri yang pilih jodohnya. Kebanyakan orang Melayu Islam suka bercakap tentang takdir, tapi pengetahuan tentang takdir tak mendalam. Yang ditulis sejak azali ialah apa dan siapa yang dipilih oleh manusia, kerana Allah SWT tahu sejak azali siapa yg akan dipilih oleh manusia sebagai jodohnya, kerana Allah mengenal manusia lebih dari manusia kenal dirinya sendiri. 

Apakah dengan tertulisnya pilihan manusia itu, maka dia tidak boleh memilih orang lain? Sudah tentu boleh. Pastinya juga ada takdir yang telah ditulis tentang Fizz SEKIRANYA dia MEMILIH untuk berkahwin dengan Almy. Takdir ni bukan satu je yang ditulis, tapi ada banyak cabang, selagi namanya Qada'. Apa akan jadi bila Fizz pilih Almy, ada takdirnya. Kalau pilih Azlyn, ada takdir yang lain. Kalau pilih tak kawin pun ada pula takdir lain. Dan bila Fizz dah buat pilihan, jadilah Qadar, ketetapan yang telah berlaku, dan tak boleh diubah lagi. Apakah pilihan Fizz itu betul, salah atau terbaik? Itu belum pasti. Hanya Allah yang tahu siapa pilihan terbaik buat Fizz, oleh sebab itu, orang Islam disarankan bersembahyang istikharah untuk ditunjukkan yang manakah pilihan terbaik.  

Allah benarkan pilihan manusia, biarpun yang buruk, bukan kerana dia suka, tetapi kerana kebebasan manusia untuk memilih. Setiap pilihan itu akan dipertanggungjawabkan pada manusia di akhirat. Itu sebab Nabi pernah kata,”PILIHLAH isteri kerana agamanya, nescaya engkau akan selamat di dunia dan akhirat. Untuk mengatakan jodoh Allah yang tentukan tu sebenarnya salah dalam konsep Qada' dan Qadar. Manusia diberi kebabasan untuk memilih dan membuat keputusan dalam hidupnya. Dalam kes ini, jodoh itu dipilih oleh Fizz sendiri. In a relationship, menuju pada perkahwinan, you both have to want the same thing. Di sini, Fizz mmg tidak piilih Almy, sebaliknya Azlyn, dan Azlyn pun pilih untuk terima Fizz. Kalau tak nak, apa pun tak jadi. 

Memang ada kes di mana Allah tak beri keizinan untuk satu pasangan bersama, contohnya, lelaki A dan perempuan B dah pilih untuk berkahwin, sama-sama hendak antara satu sama lain. Tapi datang pula faktor luar yang tak dapat dikawal, contohnya lelaki A accident patu meninggal, maka ini ialah kes di mana Allah tidak izinkan pilihan itu berlaku. Yang ini baru takdir terlibat ya. Bagi aku, mengatakan 'tak ada jodoh itu' perbuatan lepas tangan terutamanya bg pihak yang 'tidak mahu' hendak menyalahkan takdir sedangkan diri sendiri bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan masing-masing. 

Dan kalau Allah izinkan pasangan yang dipilih manusia itu, tidak bermakna itu ialah pilihan terbaik. Allah cuma izinkan pilihan manusia, walaupun salah pilihannya itu, kerana itu ialah tanggungjawab manusia untuk memilih. Pilihan dia mencorakkan takdir hidupnya dan dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat untuk pilihan-pilihan yg dia dah buat."


Jodoh tu sebenarnya pilihan kita. Allah cuma membenarkan pilihan yang telah kita buat. Tapi, orang suka salahkan takdir bila terjadi kes-kes takde jodoh macam ni. Konon-konon dah takdir yang menentukan perkara-perkara macam tu. Macam la Allah tu kejam. Walhal pilihan ditangan kita. :)

ok,terkesima aku dengan ayat2 kat atas ni.Apalah agaknya jalan hidup aku nanti.

Tuesday, February 5, 2013

berjuang....airmata menitis lagi

semalam aku jumpa 'buah hati'..aku beli donat siap je sbb nak buat xsempat.Almaklum org mengidam gamaknya.hahhaha....lebih kurang 1 jam masa diambil utk ke damansara tu dan aku gementar drive kete sbb excited nak jumpa dia.Drive kete sambil dgr lagu jiwang dan memaki hamun pengguna jalan raya di bandar sibuk yg sgt kuang hajo.Takde sivik memandu.Mmg aku maki hamun xde org dgr.hahaha

duaminit lagi nak sampai aku mesej 'abg,trun' sbb malas nak tunggu dia.Bila nampak je kelibat dia tetiba aku rase sebak.Yelah 4 bulan xjumpa dan hanya berhubung dgn YM aje.Mane tahannnnnnn...Rase tenang dan aman aku tgk muka dia.Alaahaiii..

mase dlm kete ade la borak2 sikit dan jeling2.Hahahha rindu kott.Ok,donut terbiar dan kami hanya fokus dgn diri masing2.Tanya itu ini.Seyes aku rinduuuu sampai harini kott.hahaha

Ok dh smpi pwtc dan nampak pelik sikit pesta buku pwtc.Mgkn sbb pesta buku 1Malaysia so mmg tak ramai.So carik2 la buku yg menarik tp org ramai sgt smpi perut aku lapar.Lagipun aku tgk dia mcm tak selesa mgkn sbb ramai kot.Penin..last2 aku dpt la buku 3 buah..itupon guna baucer buku.hahaha...

Perut dah lapar dan kitaorg decide makan kat Ar Rawsha.Lama tak pegi dan masuk kali ni dh 3 kali kitaorg pegi.Hahahha..selera raksasa.Makan nak sedap je.Dia oder air pelik tp sedap je dia minum.hahahha...pastu dia oder Chicken Mandy,menu feberet kami.Aku oder Avokado Kiwi ngan Shawvarma.Perghhh mmg kenyang gila smpi nak termuntah aku.Last2 dia yg sambung makan lepas solat zohor.Then turn aku pulak gi solat bile abes solat aku nak pi bayar sekali tgk2 dia dh bayar dan tunggu kat luar.Hadoiiii syggg....aku yg beria nak blanje dia tetiba dia bayar.Serba salah aku.So aku ckp 'abg nak makan ape lg?.Meh syg belikan'..haihhhhhhh...tp dia xnak.Aku harap dia dpt simpan duit dia.

Then kitaorg gi Jalan TAR sbb nak carik tudung mak.Time tu mmg penat gila.Minum air bnyk then kembung pastu nak muntah.Hahhahah..oh ye park kete kat Sogo..masuk je Sogo ade sale..tetiba beg aku putus..wahahhaha mmg mintak beg baru nmpkk.Tapi beg situ mahal gila oiiii.Aku ade la mcm harapan nak suh dia belikan.Hahhaha tapi xsmpi hati.So kitaorg gi jalan Tar...huiiiiiiii ade pasarrrrrrrrr...ramaiii org.Sesak gila.Lagi sekali dia dh rase resah dan tak selesa.Aku tau tu tp mmg dh ckp ngan dia nak pegi so aku decide beli je tudung tu 2 helai.Malas nak jalan sebb aku pon mabok nk muntah.Hahahha

Bnyk kali dia tanye..'ok ke tu?'..perghhh aku nak muntah dh ni mmg xlah nak kuar suara.Then kitaorg gi solat kat area ampang rasenye.Lega sikit lepas solat then jalan2 smpi selayang kitaorg maghrib kat sane then dia bwk aku gi LOOK OUT POINT Bukit Ampang.Kat situ mmg bukit tertinggi dan boleh nampak view all KL..hahhah tmpt mase kitaorg kuar dulu.Kira ni mcm recall balik memori.Then balik dr Bukit Ampang tu kitaorg jenjalan sampailah saat perpisahan sementara.Yelah nak balik dah kan.Jauh pun 30minit aje.Haha...sebak aku tgk muka dia.Dia mmg xleh berpisah jauh.4 bulan tak tgk muka dia live aku pon rase rindu yg amatsssssss...dlm hati aku mohon semoga segera kami dinikahkan.Tak nak aku keluar ngan dia tanpe ada sebarang ikatan.Aku dh mula sayangkan dia.Sayang aku pada dia dh tak tertanding syg aku pada Fairif dulu.Aku rasa dia adalah yg terakhir dlm hidup aku.Aku dah mula merancang sesuatu utk hari bahagia kami dan hidup selepas itu.

Balik rumah aku terpaksa berhadapan dengan pekara yg agak menghalang hubungan ini utk terus maju ke depan.Kata2 dr mak,abah dan akak aku buat aku terkedu dan jauh hati.Sungguh aku rase nak lari.Mmg aku akui dia tak punya apa.Dia mmg miskin dan tidak bekerja tetap.Tapi aku berusaha nak bantu dia mencari pekerjaan yg sesuai dgn sijil yg dia ada.Nak dibandingkan dengan aku...........bukan aku bangga diri cuma aku mahu jadi manusia rendah diri dengan apa yg aku ada dan telah diberikan.Tapi mak kini seakan menghalang dan aku hanya mampu termenung kaku.Pilih lelaki yg punya segala....termasuk ahli keluarganya.Itu belum lg tahu status dia yg sebenar.Bukan suami orang tapi duda tiada anak dan tiada apa.

Aku nyatakan dia mahu berjumpa keluarga aku awal bulan depan tp abah menghalang utk tangguh lepas balik umrah.Ok,aku akan terangkan pada dia dan dia akan faham cuma mak yg mengharap aku memilih lelaki lain.Lelaki macamna???? bagi aku dia dh cukup sempurna.Punya pengalaman lepas dan kami dh plan mcm2 utk kebahagiaan kami nanti.InsyaAllah ini bersungguh2.Saat aku mula terbuka hati utk berkahwin dan saat itu jugak pintu hati aku akan tertutup jika keluarga menghalang.

Mak sering menyamakan dgn ape yg jadi pd akk aku.Bg aku,mujurlah abg ipar aku tu tak jahat/kawin lg satu meskipun dia bukan berada dan sehingga kini setelah 6 tahun kawen takde anak.Tu tak cukup bahagia ke???..Tak bersyukur??..Aku cukup keciwa sekarang....antara keluarga dan dia.Disebabkan dia tidak berkemampuan sehingga aku sendiri yg terluka dan makan hati.Keciwa smpi aku xnak berbual dgn sesapa dlm rumah ini.Aku taknak isu itu dibangkitkan dan biarlah masa yg menentukan dan ape yg nak jadi,jadilah.

Ape yg aku buat sekarang,aku mohon pada Tuhan utk tabahkan hati aku.Bagi aku,kalau dia bukan jodoh aku,jgn pisahkan kami dlm alam nyata tapi aku redha kalau nyawa salah seorg dr kami diambil.Itu bg aku sudah cukup utk buat kami terpisah dan terpadam memori.

Aku ingat lg saat aku merintih kesediahan,dia call dan perasan aku sedang menangis tp aku ckp aku selsema.Pilu rase hati yg amatssssss..Saat aku teringat dia,dia akan segera muncul.Bagaimana kalau nnt kami terpisah?.Mana aku nak cari dia??...inginku solat istikharah tp diri ini tak kuat utk menerima takdir.Aku dah cukup tersiksa dgn ape yg aku lakukan selama ini...

Aku tahan diri duduk serumah dgn mak abah sbb kalau dorg sakit,ade aku tolong bantu tapi dorg tak tahu itu...

Aku korbankan masa aku ikut kehendak abah yg mahu anaknya jadi cikgu padahal aku nak boleh kerja dpt duit sendiri...ramai org ckp aku bodoh sbb amik dgree 2 kali,tapi sbb abah aku ikutkan jugak..

Aku sanggup kerja malam 6 kali semggu sbb aku taknak bebankan mak abah aku nak tanggung aku yg dh berumur 27 tahun ni..padahal aku penat sgt2 smpi berat aku kurusss....

Aku sanggup tak peduli kesihatan aku sbb aku takut kalau aku disyaki sakit yg menunggu maut,aku takleh berkhidmat utk keluarga aku.Nanti aku akan putus harapannn..

TAPI....................................

Aku nekad jugak kalau hati aku tak tenang aku pegi duduk kat Masjid Shah Alam..mcm aku buat semlm.Hati aku gundah teramat....aku lari dan aku rase senang kat sana..Aku ngat cuti raya cina ni aku nak berkhemah kat Bagan Lalang.Cari ketenangann..aku lebih selesa begitu..Dan mujur aku ade blog ni boleh luah perasaan..