Monday, March 2, 2015
sendu
Sunday, February 15, 2015
Rapuhnya Hati.
Wednesday, December 31, 2014
wishlist 2015
1 January 2015, 3:16pm.Lokasi : bilik aku.
Berakhirnya tahun 2014 yang bagi aku mcm2 pekara yg jadi dan yg paling aku nak highlight ialah kisah cinta aku yg tragis.Haha.Bunyi macam mengerikan tp mmg ngeri pun.Macam2 la jadi termasuklah kehilangan arwah Mr. F pada permulaan cerita, keberantakkan hubungan aku dengan H pada bulan 6, konvo bulan 5, cinta beralih arah pada Faxi, kerja selepas grad yg xberapa tetap,pemasangan besi pada gigi dan berakhirnya tahun 2014. Jadi untuk tahun 2015 ni semoga baik2 la hendaknya tp aku rase hidup lg mencabar kot sebab kebarangkalian aku utk tahun 2015 ni hidup berdua sangat tinggi. Yeayyyyyyyyyy,aku nak kawen tp tarikh xde lg ni.Posting pun belum dan kami hanya merancang. InsyaAllah majlis bertunang kami plan pada bulan 6 dan majlis kawen pada bln 9.InsyaAllah tahun ni aku nak kawen jugak! tak kira! hahahaha boley eh cenggitu.Ni sebab tahun ni aku dh 29.Wohoooooooooooo tua dh tp org ckp aku 22/23.Ok i redho nokss.haha..Semoga impian berjalan lancar la kan.Oh ye,sebelum tu aku nak review wishlist tahun 2014 lepas..dan sebenarnya wishlist 2014 tu kesinambungan wishlist 2013.Hahaha nampak x banyak tercapai disebabkan halangan2 yg kehmaih hebatttt..
Wishlist 2014 :
1.Kumpul duit utk beli rumah
2.Upgrade kancil jadi kancil yg paling sematttttttt..tukor kaler dan spotrim.
3.Konvo pakai baju kaler pink
4.Sambung Master
5.Vacation timeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
6.Pakai labuh tp stylo
7.Cukup solat dan berubah jadi baik.InsyaAllah :-)
Haa nampak tak wishlist aku tahun lepas.
1. Memang tak tercapai langsung,duit gaji guru ganti aku wat joli dan buat gigi besi.Drpd rm10k aku kumpul,la ni tinggal rm3k.Parokkkkkkkkkkk!
2. Tak sempat tukor kaler ngan spotrim tp sempat tukar stering MOMO tuu..habis hebat la kata kauuu.
3.Haa ni tercapai la jugak hasrat konvo pakai baju pink tp ade biru jugak.Baru sweetkann.
4. Haa yg ni wishlist tahn 2015.Tahun lepas xdpt sbb xde geng.hehe
5. Ohh yg ni tertunai walaupun vacation pi Melaka aje.ehh ok la tu kann.Tahun 2015 pi tmpt lain plak.hehe
6.Baru nak berjinak2 la kan.Xpe pelan2 kayuhh.
7. Aisimenn ni setan la ni..selalu lewat solat.Ishh ape nak jadi ngan aku ni.
8.Kawen?mmg xtertunai la tahun 2014.
So,utk tahun 2015 ni,kita tekadkan matlamat dan teguhkan azam!.
Wishlist 2015 :
1.Kumpul duit kawen
2.KAHWIN dan jadi isteri yg taat..syurgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
3.Upgrade kancil. Ekceli nama dah tukar ke nama aku.Mekasih ABAH! hahahahah
4.Sambung Master kat UPSi bln 9 insyaAllah.
5. Vacation tahun ni nak pegi Cameron dan Penang.So kene kumpul duit nampaknye.Ritu aku gi Melaka bwk rm1k tp just habes rm200 aje.Jimat tak?hahhaha
6.Aku ngat nak wat tudung sendiri dan label sendiri.Brand sendiri.Kehkehkeh
7.Istiqamahhhhhhh la woiii.Dunia bnyk kena bencana lg ko xsedar diri ke?..cehh marah diri sendiri.
8. Rajin masak.Ekceli aku rajin wat dessert tp masak2 kg ni fail!hahahah.Takpe pelan2 blaja.
9.Jadi guru berdedikasi dan onTIME!..asik aku je dtg lmbt tusyen.hahahha
10. Jadi cantik...hah,skang dh pandai mkn kolagen la,vitamin C la.adehhhh semak perut aku la.
soo ade pertambahan sikit kan.Agak2 tertunai ke eh?Seram aku tgk wishlist sendiri.
Thursday, November 6, 2014
Masa Lapang Kembali...
7 Lelaki : Episod 1
Kau Playgirl!
Eh,bukanlah!
Ya,kau
memang playgirl!.
Ah,kalau
betul pun,kau kesah apa?!
Memang
aku kesah.Sebab aku kena fikir macamana nak ragut hati kau yang keras macam
batu bata tu.
Eh?.
Jiha
pantas berlari meninggalkan Poji yang cuba untuk merangkul lengannya. Ah,lelaki
semua sama!. Mahu tak sama, hampir 7 orang manusia yang bernama LELAKI muncul
dalam hidupnya dan cuba memulakan episod baru umpama Cerekarama dan Slot Akasia
dan penamatnya bukan seindah cerita rekaan tapi seperti sebuah cerita yang dikarang
oleh si Pembunuh Berantai atau Perogol Bersiri. Lelaki keji!.
Kalau
dah tahu keji, kenapa mereka jugak yang kau cari?. Ke kau terdesak nak
berlaki?.Ehemmm…
Poji
menghela nafas yang hampir semput tika mengejar langkah Jiha yang pantas
meninggalkannya. Ah,kerap kali dia kalah jika mereka berjalan beriringan. Gadis
lewat 30-an itu sangat menguji peluh jantan yang kian menitis membasahi
lehernya. Ah, tu bukan gadis dah.Itu namanya ANDARTU dah naik KERTU!!,marah
Poji dalam hati.Menyumpah seranah dia tatkala disindir oleh Jiha dek kerana
hanya disebabkan usia.
Aku
kalau boleh nak lelaki yang rajin bersolat tau Poji.
Teringat
kata-kata Jiha semalam bila ditanya mengenai lelaki impian. Menyumpah lagi Poji
dalam hati. Konon nak lelaki rajin solat, dah kau pun malas nak solat macamana
nak jumpa lelaki yang rajin dalam mengerjakan solat?.Ah,aku pun sama!.
Kau
nak perempuan macamana Poji?. Soalan Jiha itu membuatkan Poji merenung Teh
Tarik kurang manis yang hampir separuh diteguknya.
Aku?.Cukuplah
bukan lelaki.
Simple
bukan?.Tapi hakikatnya, aku menginginkan seorang wanita, bukan perempuan. Yang
bisa menghormati aku sebagai suaminya.Cukup!.
Ah
kau ni.Lelaki kalau tak cantik,kompom tak nak.
Jawapan
Jiha itu membuatkan Poji membulat mata.Memang nak kena perempuan tua ni!.
Eh,cantik
tu universal tau.Perempuan kan selalu macamtu.Kau ingat orang yang kau kata
cantik tu bagi lelaki cantik jugak ke?.
Manalah
aku tahu. Taste lelaki ni kan pelik-pelik.
Jiha melabuhkan punggung diatas kerusi panjang yang terletak di tepi tasik Alam Impian.Sesekali matanya dialihkan kearah laluan jogging untuk melihat kelibat sepasang anak muda yang berjalan beiringan sambil bertepuk tampar.Matanya agak mencerlung sedikit memerhati gelagat anak muda tersebut. Gedik!.
"Eh Jiha, apa cerita dengan Cikgu Farid yang kau tergila-gilakan tu?.Dah boleh buat laki ke belum?". Poji cuba menahan ketawa supaya tidak terkeluar dimulutnya tapi dalam hati tak usah cakap la.Teringat dia 4 bulan lepas ketika Jiha bersungguh-sungguh bercerita mengenai Cikgu Farid dan ini membuatkan hati Poji membuak-buak menyampah dengan gelagat Jiha yang beria-ria bercerita.Kesudahannya bukan Poji tidak tahu, memang menyakitkan hati Jiha dan ini cukup menggembirakan hati Poji.
"Dia tu?.Alaaaa..dia tu cikgu,ape la sangat nak kat aku ni."
Luah hati Jiha dengan nada suara rendah seolah-olah kecewa teramat sangat. Melihatkan situasi itu, Poji tersenyum puas. Cikgu Farid ni lelaki ke-5 wujud dalam hidup Jiha selepas Seman.Pada awalnya Poji memang tak berkenan sangat dengan Cikgu Farid. Melihatkan gaya rambut sikat tepi Cikgu Farid membuatkan Poji menyampah dan......menyampah sekali!.Mungkin sebab Poji fobia dengan lelaki sikat rambut tepi.
"Eh,kau pun cikgu jugak nanti kan."
"Lambat la Poji.Dia tu nak yang cantik dan berjawatan cikgu.Dia dah cakap terus terang dengan aku".Nada suara Jiha semakin perlahan.Kedengaran Jiha menelan air liur daripada berjejeh di tepi mulutnya.
"Sudah la Jiha. Ludah lah air liur kau tu. Ibarat macam kau ludah muka Cikgu Farid tu.Kalau nak,kasik kahak sekali".
Pecah tawa Jiha mendengarkan kata-kata Poji. Poji memang begitu, selalu menghapuskan duka Jiha dengan lawak longkangnya dan selalu jugak menyakitkan hatinya dengan kata-kata yang tidak bertapis sama sekali.
"Poji, jom pi makan.Aku kebulur tahap 5 bintang ni".Jiha mula bangun dari tempat duduknya dan kaki mula dihayun meninggalkan Poji yang mula bangun.
"Tu la kau.Asik makan aje.Tension sikit makan,manelah badan tu tak macam bini orang!". Poji terkekek-kekek gelak tapi dalam hatinya dia amat kasihankan Jiha. Andartu belum ketemu jejaka idaman.Kesian!.
"Apabila kita mula untuk bangun kita akan jatuh lagi dan lagi.dan itu
lumrah.....namun kita bukan lemah..malah kita lebih kuat apabila kita
cuba lagi untuk melawan pergolakan hati"
Bersambung...
Saturday, September 13, 2014
khabar hari ini
Tuesday, August 12, 2014
Wish besday
Dalam meniti alam kedewasaan ini, banyak yang saya belajar tentang kehidupan.Antaranya: 1- menghargai orang sekeliling, 2- belajar berdikari & berusaha tanpa lelah, 3- mensyukuri segala nikmat kurniaan Tuhan.Terima kasih Tuhan atas kurniaan yang maha hebat ini & semoga setiap nafas ini diaplikasikan dalam kehidupan duniawi & kumohon syafaatnya di akhirat kelak.Selamat hari ulangtahun untuk diri sendiri.
Eheh,dah wish besday?awal gila.hahahah
Subscribe to:
Posts (Atom)