Ada yang kata, hidup ini sebenarnya mudah.
Ada juga yang kata, kehidupan ini tidaklah semudah yang disangka.
Pelbagai tafsiran. Pelbagai kiasan.
Namun, tiada kata yang tepat untuk menggambarkan hidup dan kehidupan.
Terlalu subjektif.
Sebenar-benarnya, hidup dan kehidupan bukanlah sesuatu yang membingungkan.
Cuma manusia yang sering keliru dengannya.
Atau malas untuk mengerti dan memahami.
Dan akhirnya karam dalam menemukan makna sebuah pencarian.
Apa yang dicari dalam hidup ini?
Apa yang aku dan kamu cari?
Harta, kekayaan dan kemewahan?
Kuasa, pangkat dan darjat?
Kecantikan dan keindahan rupa?
Pewaris, keluarga dan keturunan?
Inikah yang dicari?
Bukankah semuanya hanyalah kenikmatan semu; palsu dan tidak kekal.
Umpama bayang-bayang; hilang sinar, lenyaplah ia.
Apa yang dicari?
Ramai yang masih kabur dengan jawapannya..
Masih sesat di jalan yang lurus.
Masih teraba-raba di dalam terang.
Masih tersungkur di lantai yang rata.
Termasuklah aku.
Apa yang dicari sebenarnya??
Tanya pada diri;
Ke mana dan di mana hendak dituju untuk sebuah destinasi yang AKHIR dan ABADI.
Itulah jawapannya.
Apa yang aku cari??
*** Cerita Rahsia Kebahagiaan ***
Ada seorang anak yatim piatu.
Dia tak punya keluarga dan tak ada yang menyayanginya.
Pada suatu hari,
sedang dia berjalan-jalan di padang rumput sambil merasa sangat sedih dan kesepian,
dia melihat seekor kupu-kupu kecil terperangkap dalam semak berduri.
Semakin kuat kupu-kupu itu berjuang untuk membebaskan diri,
semakin dalam duri menusuk tubuhnya yang rapuh.
Dengan hati-hati anak yatim itu melepaskan kupu-kupu itu dari perangkapnya.
Kupu-kupu itu tidak terbang, tapi berubah menjadi pari-pari yang cantik.
Anak kecil itu menggosok matanya kerana tak percaya.
“Untuk kebaikan hatimu,” pari-pari itu berkata pada si anak “Aku akan mengabulkan permintaanmu.”
Si anak kecil berfikir sejenak lalu menjawab, “Aku ingin bahagia!”
Pari-pari itu berkata, “Baiklah,” lalu mencondongkan tubuhnya pada si anak dan berbisik di telinganya.
Lalu pari-pari itu terus menghilang.
Apabila anak kecil itu membesar, tiada orang lain yang sebahagia dirinya.
Semua orang menanyakan rahsia kebahagiaannya.
Ia hanya tersenyum dan menjawab,
“Rahsia kebahagiaanku adalah aku mendengar nasihat seorang pari-pari baik waktu aku masih kecil.”
Sewaktu dia sudah tua dan sedang menemui ajal, sekali lagi ramai yang meminta rahsia kebahagiaannya.
“Katakanlah pada kami,” mereka memohon “Katakanlah apa yang dikatakan pari-pari baik itu,”
Wanita tua itu tersenyum dan berkata,
“Ia memberitahuku bahawa semua orang, tidak kira mereka sehebat apapun, setua atau semuda apapun, sekaya atau semiskin apapun, mereka memerlukanku.”
****

Ini yang aku cari!!
KeBAHAGIAan dalam keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Kata bijaksana,
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni, nanti hanyutnya tak singgah ke pelabuhan.
Jadi, tetapkan apa yang kamu mahu cari.
Apa yang kamu cari, agaknya??
No comments:
Post a Comment