Sunday, May 3, 2009

Terhegeh-hegeh hendak dapatkan kembali kekasih lama


Dari pengalaman saya sendiri, saya pernah putus cinta beberapa kali. Kesemuanya kerana keputusan saya sendiri, kecuali SATU. Satu inilah yang memberi impak besar kepada hidup saya. Saya ditinggalkan begitu sahaja. Ya, anda tidak keseorangan, saya juga seperti anda.

Kali ini saya akan berbicara dari sudut yang agak kejam dan kasar. Tema tulisan saya kali ini adalah jangan terhegeh-hegeh hendak dapatkan kembali si dia yang telah meninggalkan anda. Move ON!

Saya yakin kekasih lama anda boleh kembali kepada pangkuan anda. Saya juga yakin kita boleh membuat kekasih lama tertarik semula kepada kita. Tetapi untuk menghormati insan-insan yang mudah berputus asa, tidak yakin untuk meneruskan kehidupan dan stress kerana baru atau sudah lama ditinggalkan kekasih, izinkan saya curahkan realiti kehidupan kepada anda.

Lagu Cinta Untuk Yang Berputus Asa

Baik, anda jangan hubungi lagi bekas kekasih anda. Biarkan sahaja dia dengan kehidupan dia sendiri. Buat apa anda hendak kacau hidupnya yang sedang bahagia sekarang. Dia tinggalkan anda kerana DUA sebab.

1. Dia merasa tidak selesa, meluat atau tidak tahan apabila bersama dengan anda.

2. Dia menemui pasangan yang berjaya menambat hatinya. Mengisi kekosongan jiwanya dengan tarikan aura yang hebat (anda kalah di sini).

Anda sudah ditinggalkan. Lupakan dia sahaja. Ganti perasaan kosong anda dengan mencari insan yang boleh mengubati luka parah anda sekarang. Banyak lagi di luar. Mereka berada di sekeliling anda. Anda tidak sedar kerana anda telah BERPUTUS ASA or should i say LOOSER?

Kesedihan anda ini umpama kes kehilangan handphone. Anda merasakan hidup anda sudah berkahir. Anda sebenarnya belum menikmati perasaan mempunyai handphone baru yang lebih canggih dan menepati citarasa anda. ( E71 saya ondeway!)

Anda menerima kehilangan ini sebagai batu loncatan untuk anda mendapatkan yang lebih baik.

Move on. Bergerak ke hadapan. Jangan tunggu lama-lama.

Keras. Kejam. Kasar.

Tapi inilah jalan pintas untuk anda mendapatkan kembali hak anda - cinta bahagia.


2 comments:

a.b geldofg said...

cnta tk pernah aman
tapi perlu

AkuBukanLelaki said...

betul tu..bilalah hidup ni nak amann...aisehhhh