Monday, October 5, 2009

Luahan Hati SeOrAnG KeKaSiH Hati

Assalammualaikum…

Pertama sekali ayg harap abg sihat walafiat hendaknya dan sentiasa dilindungi payung keredhaan dan kemuliaan Ilahi.Ayg kat sini sihat walafiat,alhamdulillah.Maafkan ayg sebab ganggu rutin kehidupan seharian abg kat sana.

Tidak ada apa rasanya yg perlu ayg katakan disini.Cukup hanya mendoakan kehidupan abg kat sana sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah swt.Hadiah istimewa yg ayg kirimkan ni sebagai tanda keikhlasan hati ayg pada abg selama ni.Ayg harap abg gunakan dengan sebaik-baiknya.Inilah hadiah yang paling berharga dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA.

Ayg cuma nak abg tahu yg ayg memilih untuk mencintai,menyayangi dan merindui F..... Bin S....... kerana ayg yakin abg dapat membimbing ayg dengan lebih lagi kejalan Allah swt.Ayg inginkan hubungan yang halal antara kita dan Insya’Allah ayg akan menjadi seperti Siti Fatimah yg penyabar,Ummi Salamah yg tabah,Siti Aisyah yg pemurah,Safiah srikandi berani dan Asma’ Abu Bakar wanita pintar,kuat fizikal serta mentaati suaminya.

Ayg sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup abg dan ayg sentiasa mengharapkan keikhlasan dan kejujuran hati abg terhadap ayg.Hanya ini yg ayg mahukan dalam perhubungan kita.Dan ayg nak abg tahu,ayg pilih abg kerana Allah swt bukan kerana apa yg abg ada.Seandainya ada kekurangan dlm diri abg,ayg rela menerimanya sebagai kebaikan dlm diri ayg.

Akhir kalam dari ayg buat abg…

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,

Tiada selain dia didalam hatiku mempunyai tempat manapun,

Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,

Akan tetapi dia tidak pernah ghaib didalam hatiku walau sedetikpun”

Nur Qaseh

p/s : Aku suka kate2 yang last tu...eekkkeeekkeeehhh

3 comments:

mai_za said...

jadilh `ayg` y dpt mjadi kekuatn bag seorg lelaki ke arah kebaikan bkn jadi `ayg` tok melalaikn lelaki

AkuBukanLelaki said...

bodohnyer lelaki!!!!!..lelaki zaman sekarang ekkk

Rashid said...

ermmm.. luahan hati yang ikhlas..