Saturday, January 2, 2010

Aku nk jotos org!!!!


Hiiii...sangat geram tetibe
tetibe KAMU wujud balik
Pesal ekkk??nak carik pasal ngan AKU la tu
Gerammmm...AKU nk jotos KAMU
Jotos tu ape???
-
-
JOTOS=LUKU
-
-
Ahhh..bangkai la KAMU!!
-
-
-
Tolong tenang ye sayanggg...
MARI KITA HAYATI KATA-KATA HIKMAH INI
-
-
-
"CINTAILAH yang memberikan kita nikmat,JANGAN engkau CINTAI nikmat yang diberikanNYA"
adakalanya kita perlu menangis dalam hidup ini supaya kita sedar hidup ini bukan hanya
untuk ketawa bergembira,adakala kita perlu ketawa supaya kita tahu nilai setitis air mata
"
always believe the best you can be and have faith in the thing you can do

cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wnita kerana senyum,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
hebat wanita kerana kesabaran,
mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan illahi..


walau di banjiri air mata,perjuangan harus diteruskan,keperitanbukan halagan untuk terus melangkah...jika tersungkur bukan bermakna putus asa,semangat terus kuat,untuk bangun dan terus melangkah...Dan...terus melangkah...demi mengejar sebuah impian

"ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan, ambillah waktu untuk bermain , itu adalah rahsia dr ms muda yg abadi, ambillah waktu untk brdoa, itu adalah sumber ketenangan, ambillah waktu untk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan, ambillah waktu untk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebhgiaan, ambillah waku untk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan, ambillah waktu untk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga..."

bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...

mungkin kerana kita leka...

sekali pena terlepas dari genggaman,
ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH,
bila perut kenyang,
'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH,
bila terpegun dengan keindahan alam,
SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya',
bila dikunjungi berita malang,
'kasihannya' terucap kerana
kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN,

kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa...

tp ingatlah agar
bila Izrail mendekati kita,
biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH
menjadi juara mengatasi segala kata2.



Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun

Jangan kesal apabila tidak dapat apa yang diharap-harapkan.. Mungkin ia bukan milikku.. Allah akan tolong orang yang sabar.. Kejayaan pasti akan tiba..

Lambat laun..

Asalkan aku tidak berputus asa dan mengalah dengan ujian..

Sabar dan tabah, bijak mengawal situasi, emosi dalam kehidupan..

Jangan putus harapan..

Ada hikmah disebalik kejadian..

Redha dengan ketentuan tuhan..

Tiada yang lebih bijak dalam mengatur penghidupan…

Apa yang dimahukan belum tentu aku perlukan di masa depan..

Tiada apa yang harus aku sesalkan..

Kuatkan semangat dan teruskan perjuangan..


Cukuplah sekadar aku mencintai dan dicintaiNya...
Kerana suatu hari nanti aku pasti...
Orang yang mencintai dan dicintaiNya...
Pasti akan mencintaiku...
" jika doa mu di makbulkan, tandanya Allah menyayangi mu. jika doa mu lambat dimakbulkan tandanya Allah ingin menguji mu, dan jika doa mu tidak dimakbulkan, Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk mu"

" kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi, walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi, tetapi percayalah, suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat tapi, tapi ade penawarnya-BERSABAR-"


SeTiaP Yg MaNis KaDaNgKaLa BoLeH MeNgHiRis,..

SeTiAp Yg iNdAh KaDaNgKaLa MeMbAWa PaDaH,..

DaN SeTiAp Yg HaDiR BuKaNnYa TaKdir,..

MuNgKin MeNyurUh MaNuSia BeRfiKiR..."


"jgnlah anda berdukacita sbb anda msh mempunyai doa,anda blh bersimpuh didpn pintu2 Allah yg maha kuasa dan memperoleh ketenangan,anda juga mempunyai waktu sepertiga akhir mlm dan msh mempunyai waktu utk merapatkn dahi ke tanah utk sujud..~"

Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Bila tiada bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH ADALAH JAWAPANNYA.

Lahirnya manusia disambut dengan azan, matinya diiringi dengan solat, antara azan dan solat alangkah singkatnya hidup ini.

WANITA IBARAT EPAL. EPAL YANG TAK BERKUALITI AMAT MUDAH DIPEROLEHI KERANA IA BERGUGURAN DI TANAH. TETAPI EPAL YANG TAK MAMPU DIBELI BERADA DI PUNCAK. SUSAH DIPETIK,SUSAH DIGAPAI. TERKADANG EPAL ITU RISAU, KENAPALAH DIRIKU BELUM DIPETIK? LANTAS IA MERENDAHKAN MARTABATNYA DAN MENGGUGURKAN DIRI MENYEMBAH TANAH, SEDANGKAN IA SEBENARNYA TELAH ALLAH JADIKAN BEGITU TINGGI MARTABATNYA SEHINGGA TIDAK ADA SESIAPA YANG BERANI MEMETIKNYA. HANYA PEMUDA YANG BENAR-BENAR HEBAT SAJA YANG MAMPU. MUNGKIN BUKAN DI DUNIA TETAPI DI AKHIRAT. BIARLAH JODOH BUKAN DI DUNIA ASALKAN CINTA ILAHI MENGIRINGI.



"Menyayangi tak semestinya Memiliki,
Memiliki tak semestinya menghargai apa yang dimiliki,
Tetapi Menyayangi pasti akan Menghargai apa yang disayangi
walaupun tak Memiliki...."hmm!

"Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan Perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan,
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
Keyakinan pula menentukan Kejayaan,
Dan Kejayaan akan menentukan Kebahagiaan"

"Makin kita mendekatiNYA,
Makin kita diuji,
Makin kita banyak berdoa,
Semakin banyak ujian menimpa,
kerana segala yang dipinta
tak datang dengan segera,
tapi ia akan diperolehi
apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA,
kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu
tapi DIA memberi apa yang kita perlu"


ADAKALA kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa ketawa sekadar untuk gembira...
ADAKALA kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata...
DAN...........
ADAKALANYA kita perlu menghargai apa yang kita ada kerana selepas kehilangannya barulah kita menyedari yang dia amat berharga untuk kita...

p/s: aku nak balik dh jap lagi..malas tahap cipannn


2 comments:

anaklaut said...

salam...

jotos? kali pertama dengar..bahasa apa tu?

tq singagh anaklaut

AkuBukanLelaki said...

jotos tu luku dalam bahase jawa