Tuesday, June 7, 2011

Perempuan cepat perasan atau perasaan?

Hati perempuan terlalu halus

Hati perempuan mudah terusik

Hati perempuan ibarat kaca

Mudah pecah dan mudah bersinar.pudarnya memerlukan jangkamasa agak lama

Walaupon perempuan itu mcm lelaki,gila macho dan berlagak hensem

Tp hati dan perasaan nya halus

Tak lari keperempuanan nya

Aku akui

Perempuan terlalu ingin disayangi,diberi perhatian,disentuh jiwa dan perasaannya

Itulah perempuan

Hatinya mudah terusik biarpon luka lama masih ada dlm hati

Tuhan jadik kan perempuan itu lemah

Sebab tu Tuhan jadik kan lelaki utk menampung kelemahan wanita itu

Bohonglah kalu perempuan ckp

‘aku boleh hidup tanpa lelaki’

Mmg tipu besor la tuh

Aku sendri pon perlukan lelaki

Dalam usia sebegini

Melihat rakan2 sebaya atau seawall muda dari aku menjejak kaki ke pelamin

Opkos la ade hati yg terusik

Jeles jugak sbb aku masih menunggu saat seperti itu

Bukan tak pernah hati kecil ni dimiliki

Tapi bukan jodoh utk mengakhiri hidup bersama

Ah,kenangan lalu terlalu menyampah utk di ingat

Kalau ingat pon,mgkn hanya utk menyemak kan otak buat sementara

Mengingati saat2 manis dulu

Dan ada kalanya tertanye2 mengapa semua itu mesti berlaku

Hurmm..sememangnya takdir sebegitu

Hati agak mekar bila ada yg mendekatkan diri

Dan usaha itu perlu bukan?

Tapi itu hanyalah sia-sia

Sebab diri rasa belum bersedia

Mgkn terasa usia masih muda

Masih lagi menelaah

Mengejar sijil ‘monster’ sebelum usia menjangkau akhir usia 20an

Sesuatu yg menyebabkan pekara itu cukup terbatas

Tapi itu bukan masalah nya

Mungkin bila fikiran memikirkan

Sahabat baik masih lagi bersendiri

Nnt bila sahabat baik sudah mempunyai peminat

Mula lah diri mengelabah

Siapa mahu di jadikan boypren?

Sapu siapa aja?

Mahukah?

Hati cepat sgt mengakui dia miliku

Tapi usia perkenalan masih terlalu awal

Hati tak mahu terburu2

Kelak cerita lama berulang lagi

Akibatnya...hilang kawan,hilang teman..musnah harapan

Hahahah

Mgkn hati yg itu masih ragu2

Ye lah

Tak pernah bersua muka

Siapa ko?siapa aku?

Hanya mainan jemari dan kelunakan suara gelak tawa cara utk mengenali

Cara aku

Mula2 mmg mcm biase

Hati tidak berkata2

Tapi bila rasa diri ini terlalu kerap dgn hati itu

Maka

Terbitlah 1 perasaan dalam hati ini

Tidak ketahui apa perasaan itu

Suka?cinta?rindu?sayang?

Entahlah

Cuma rasa tidak mahu kehilangan cukup membuak2

Mgkn sudah ade sikit rasa sayang yg mula terbit

Maka hati mula berani utk melangkah lebih jauh

Hanya kiasan dan gurauan utk menyampaikan rasa hati

Tapi

Seperti disambut dgn kedinginan

Bila kata dituturkan

Tiada balasan sewajarnya

Ahh..nampak sgt hati terlalu memaksa

Sejujurnya hati ini bukan mahu begitu

Tapi

Mengertikah perasaaan ku?

Fahamkah kiasan dan gurauan ku?

Apakah tiada sinar makna maksudku?

--

-

Hendak membiarkan terasa sayang

Mungkin perlukan lebih usaha dan doa

Ya

DOA

Hanya itu yg dapat membantu

Semoga Tuhan membuka sedikit ruang utk aku menetap disitu

Sedikit saja

Baru aku rasa lega

--

Jika tidak?

Cukuplah aku rasa getarnya

Walaupon tidak berpanjangan

Minda sudah menjangka sesuatu

Saat aku sudah bersedia

Mahu aku katakana pada mu sesuatu

‘ada sesiapakah selain dr aku yg rapat dgn mu?’

Jika mulutmu menjawab hanya aku saja.akan kuteruskan soalanku

‘aku sudah bersedia utk menjaga kebajikan seorg lelaki bergelar suami,yg layak menjadi imamku dan yg benar2 mahu aku melahirkan zuriatnya.’

Jika kamu menjawab

‘pilihlah sesiapa saja yg bisa berbuat demikian’

Jika itu balasan mu

Aku akan membalasnya

‘aku begitu berharap kamu lah orgnya dan semoga kamu bisa menerima aku seikhlas hatimu’

Dan

Jika kamu memberi kata putus yg baik

Maka,aku rela bersujud kepada kamu wahai bakal suamiku

Tetapi

Jika

Ini kata2mu

‘pilihlah sesiapa saja yg sesuai utk mu’

Kukira akan ku segera menjauhkan diriku dari mu

Pun jika kamu berkata

‘aku sudah mempunyai seseorg yg serasi dgnku’

Aku bersedia utk itu

Sudahnya aku harus pasrah dan redha dgn apa yg telah ditakdirnya

Sememangnya aku menantikan hikmah yg bakal tiba

Dan seharusnya aku menjauhkan diri dari mu

Kerana bagiku

Kecewa itu terlalu menyakitkan

Dan beredar itu memulihkan keadaan

Seharusnya aku perlu redha hatiku kepada Tuhan ku

Dan saat ini

Hatiku sayu

Mengalir air mataku

Saat aku mendengarkan telingaku

Bait2 lagu DOA-AISYAH

“Tuhanku dalam Termanggu Ku sebut NamaMU biar susah sungguh,mengingat kau penuh sendu”

“Tuhanku CahayaMU panas suci bagai kerdip lilin dikelam sunyi’

“Tuhanku Aku hilang bentuk kembara dinegeri asing’

“Tuhanku pintuMU ku ketuk aku tak bisa berpaling”

No comments: