Selepas Fardhu Subuh | |
Ar-Rahiim ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim (Berulang 100X) | Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan. |
Ya-‘Aziz ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ (Berzikir 40X Setiap hari selama 40 hari) | Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh. |
Al-Fattaah ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ (Berzikir 71X) | Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia. |
Ya-Majiid ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ (Berzikir 99X) | Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya. |
Ya-Hamiid ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ (berzikir 62X) | Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya. |
Ya-Hamiid ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ (berzikir 99X) | Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri. |
05. | ||
Selepas Fardhu Zohor | ||
Ya-Samii’ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ (Membaca 100X) | Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya. | |
Selepas Fardhu Maghrib | ||
AR-RAAFI’ ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ (Berzikir 100X atau 40X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat | Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah. | |
Ya-Mu’izz ﺍﻟﻤﻌﺯ (Menyebut 140X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat | Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala. | |
Ya-Hamiid ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ (Berzikir 62X) | Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya. | |
Selepas Fardhu Isyak | ||
AR-RAAFI’ ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ (Berzikir 100X atau 40X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat | Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah. | |
Ya-Mu’izz ﺍﻟﻤﻌﺯ (Menyebut 140X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat | Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah. | |
Ya-Aakhir ﺍﻻﺨﺮ (Berzikir 100X) | Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya. | |
Ya-Rasyiid ﺍﻟﺮﺸﻴﺩ (Berzikir 100X) | Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah segala amalannya di terima. |
Selepas Fardhu Jumaat | ||
Ya-Allah-Ya-Haiyu (Berzikir 100X sebelum solat Jumaat) | Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan. | |
Ya-Dzaahir ﺍﻇﺎﻫﺮ (Membaca 15X) | Barang siapa yang membaca “Ya-Dzaahir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya. | |
Selepas Solat lima waktu | ||
Ya-Allah ﺍﷲ (Berzikir 66X setiap 66 hari) | Barang siapa berzikir “Ya-Allah” 66 kali selama 66hari tiap-tiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi. | |
Ya-Rahmaan ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ (Berzikir 100X) | Barang siapa berzikir “Ya-Rahmaan” 100 kali tiap-tiap hari setiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya terhindar daripada sifat lupa dan lalai. | |
Ya-Rahmaan ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ (Berulang 100X) | Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan” 100 kali setiap selepas solat fardhu dirinya akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih. | |
Ya-‘Aliim ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ (Berzikir 100X) | Barang siapa berzikir “Ya-‘Aliim” 100 kali setiap lepas solat fardhu lima waktu, insyallah dia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf ( ertinya terbuka hijab : nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata; misalnya diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di perlihatkan Allah tentang jenazah Raja Najasyi yang bernama Asyahamah. Nabi (s.a.w.) pun solat ghaib ke atas raja itu ) dan memperoleh iman yang sempurna. | |
Ya-‘Adl ﺍﻟﻌﺪﻝ (Berzikir 104X) | Barang siapa berzikir “Ya-‘Adl” 104 kali setiap lepas solat, insyallah dirinya masyhur banyak keadilan di lakukan lantas ramai yang tertarik kepadanya. | |
Ya-Haliim ﺍﻟﺤﻟﻴﻡ (Berzikir 88X) | Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Haliim” 88 kali tiap-tiap lepas solat, insyallah pangkat atau kedudukannya berkekalan. | |
Ya-Hamiid ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ (berzikir 100X) | Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 100 kali setiap kali lepas solat fadhu lima waktu, insyallah dirinya menjadi orang yang soleh. |
05 | |||||||||
A R-RAHIIM ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ | Barang siapa berzikir “Ya-Rahiim” 100 kali tiap-tiap hari, insyallah lembut hatinya dan kasih sayang kepada makhluk. | ||||||||
AL-MALIK ﺍﻟﻤﻟﻚ | Barang siapa berzikir “Ya-Malik” 121 kali setiap hari selepas waktu fajar atau ketika gelincir matahari, insyallah di bukakan pintu rezeki luas untuknya. | ||||||||
AL-QUDDUS ﺍﻟﻗﺪﻮﺱ | Barang siapa berzikir “Ya-Quddus” 100 kali setiap hari, dirinya terlepas daripada segala kebimbangan dan kecemasan. | ||||||||
AS-SALAAM ﺍﻟﺴﻼﻢ | Barang siapa yang mengulangi menyebut “Yaa-Salaam” 160 kali di tujukan kepada orang yang sedang sakit maka insyallah dapat menolong pesakit itu sembuh. | Barang siapa membaca Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrah-matullah hiwabarakatuh 100 kali setiap hari, insyallah dirinya mudah menghadapi sakratulmaut (kesukaran mengahadapi ajal yang akan berpisah dari badan) dan mudah pula baginya melakukan segala pekerjaan. | Barang siapa membaca“Salaamun Kau Lamin-Rabbir-Rahim”28 kali setiap haripada musim (wabak) penyakit melanda,insyallah dirinya terselamat daripada penyakit itu. | ||||||
AL-MUKMIN ﺍﻟﻤﺆﻤﻦ | Barang siapa mengulangi menyebut “Ya-Mukmin” insyallah dirinya terselamat daripada sebarang bencana. | Barang siapa berzikir “Ya-Mukmin” insyallah bertambah-tambah imannya. | |||||||
AL-JABBAAR ﺍﻟﺟﺑﺎﺮ | Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Jabbaar”, insyallah dirinya terpelihara daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselemat daripada kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan. | ||||||||
AL-MUTAKABBIRﺍﻟﻤﺗﻛﺑﺮ | Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Mutakabbir” sebelum menyetubuhi isterinya, insyallah dirinya di kurniakan anak yang sihat dan soleh. | ||||||||
AL-BAARI ﺍﻟﺑﺎﺮﻯ | Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ ” 100 kali siang dan malam, selama tujuh hari berturut-turut, insyallah dirinya selamat daripada kebinasaan dan dia tidak berasa takut ketika dalam kuburnya kelak. | Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ “ 100 kali pada setiap malam hari selama tujuh malam berturut-turut, insyallah sembuh segala penyakit di hidapinya. | |||||||
AL-GHAFFAAR ﺍﻟﻐﻔﺎﺮ | Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Ghaffaar” akan di ampuni Allah SWT segala dosanya. | Barang siapa inginkan kemewahan harta, anak dan di beri rezeki yang berkat, maka hendaklah di lazimkan membaca “Astaghfirullah Innahu Kana Ghaffaaran” sebanyak 70 kali setiap hari, insyallah di kabulkan segala keinginannya”. | |||||||
AL-WAHHAABﺍﻟﻭﻫﺎﺏ | Barang siapa yang menyebut berulangan “Ya-Wahhaab” sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah, permohonannya dimakbulkan. | ||||||||
AR-RAZZAAQﺍﻟﺮﺯﺍﻕ | Barang siapa berzikir “Ya-Razzaaq” 20 kali selama 20hari berturut-turut, di lakukan pada awal pagi sebelum makan dan minum, insyallah dia di beri kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara (ilmu). | Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Razzaaq” maka Allah akan membantu usahanya agar berjalan lancar. | |||||||
AL-‘ALIIM ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ | Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-‘Aliim”, insyallah hatinya akan di sinari cahaya nur yang suci. | ||||||||
AL-QAABIDH ﺍﻟﻗﺎﺑﺽ | Barang siapa berzikir “Ya-Qaabidh” 100 kali setiap malam Jumaat, insyallah bertambah hampir hatinya kepada Allah. |
05. | ||||||
AL-BAASIT ﺍﻟﺑﺎﺳﻁ | Barang siapa menyebut “Ya-Baasit” 10 kali pada waktu fajar dengan menadah tangan, kemudian menyapu ke mukanya maka dia dapat berdikari ( tanpa bergantung kepada orang lain ). | |||||
AR-RAAFI’ ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ | Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ “ 70 kali setiap hari atau malam, insyallah dirinya terselamat daripada orang zalim dan pencuri. | |||||
AL-MUDZILL ﺍﻟﻤﺬﻝ | Barang siapa yang menyebut “Ya-Mudzill” 75 kali, insyallah dirinya di jauhkan daripada bencana dan orang yang ingin membinasakannya. | |||||
AL-‘AZIIM ﺍﻟﻌﻅﻴﻢ | Barang siapa yang membaca berulang kali, insyallah dirinya di muliakan. | |||||
AL-GHAFUUR ﺍﻟﻐﻓﻭﺭ | Barang siapa yang menghidap pening kepala, demam dan berputus asa lalu di baca berulang kali “Ya-Ghafuur” insyallah sembuh penyakitnya. | Barang siapa yangmengamalkan sebanyak mungkin setiap hari, insyallahdoa dan permohonannya di kabulkan. | ||||
AS-SYAKUUR ﺍﻟﺷﻛﻭﺭ | Barang siapa yang menghidap sesak nafas, lelah (penat) badan atau daif matanya lalu menulis “Ya-Syakuur” 40 kali dan di hapuskan dengan air lalu di sapukan ke badan atau matanya dan juga di minum, insyallah dia mendapat berkat daripadanya. | Barang siapa yang susah hati lalu membaca “Ya-Syakuur” 41 kali dan menghembuskan nafas ke dalam segelas air kemudian membasuh mukanya dengan air itu, insyallah hatinya akan terang dan dia akan dapat menguasai dirinya. | ||||
AL-KABIIR ﺍﻟﻜﺑﻴﺭ | Barang siapa yang membaca “Ya-Khabiir” 100 kali setiap hari, insyallah akan beroleh penghormatan. | |||||
AL-HAFIIZ ﺍﻟﺤﻔﻴﻅ | Barang siapa yang membaca “Ya-Hafiiz” 16 kali setiap hari akan di jauhi Allah daripada sebarang kecelakaan. | Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di hutan belantara bacalah “Ya-Hafiiz” 99 kali, dirinya selamat daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah SWT. | ||||
AL-MUQIIT ﺍﻟﻤﻘﻴﺖ | Barang siapa yang membaca “Ya-Muqiit” berulang kali dalam segelas air lalu di beri minum kepada anak yang nakal, insyallah perangai anak itu akan bertukar baik. | |||||
AL-HASIIB ﺍﻟﺤﺴﻴﺐ | Barang siapa berzikir (mulai hari Khamis) “Ya-Hasiib” 77 kali selama tujuh hari dan pada awal pagi sebelum terbit matahari dan selepas waktu maghrib, insyallah dirinya di amankan daripada segala yang di takutinya. | |||||
AL-KARIIM ﺍﻟﻛﺭﻴﻡ | Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Kariim”, insyallah dia mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. | |||||
AR-RAQIIB ﺍﻟﺭﻗﻴﺐ | Barang siapa yang membaca “Ya-Raqiib” 7 kali, keluarga dan harta bendanya akan di jaga oleh Allah SWT. | Barang siapa berzikir “Ya-Raqiib” 50 kali dengan niat meminta di pelihara daripada kejahatan yang tersembunyi, insyallah dirinya terpelihara. | Barang siapa takut isterinya keguguran maka bacalah “Ya-Raqiib” 7 kali insyallah janin (bayi) di dalam kandungan itu tiada gugur. | |||
AL-MUJIIB ﺍﻟﻤﺟﻴﺐ | Barang siapa yang membaca “Ya-Mujiib” berulang kali dan memohon sesuatu daripadanya, nescaya akan di terima Allah SWT. | Barang siapa berzikir “Ya-Mujiib” 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyallah di kabulkan doanya. | ||||
AL-HAKIIM ﺍﻟﺤﻛﻴﻡ | Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hakiim” tanpa henti-henti dari semasa ke semasa, insyallah dirinya tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya. |
05. | ||||
AL-MAJIID ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ | Barang siapa yang menyebut “Ya-Majiid” berulang kali, Allah akan menerangi jiwanya. | |||
AL-BAA’ITS ﺍﻟﺑﺎﻋﺙ | Barang siapa yang membaca “Ya-Baa’its” berulang kali, nescaya dirinya berasa takut kepada kekuasaan Allah SWT. | Barang siapa berzikir “Ya-Baa’its” 100 kali ketika hendak tidur lalu melekapkan tangan di atas dadanya insyallah di terangkan hatinya dan di beri ilmu dan hikmat. | ||
AS-SYAHIID ﺍﻟﺷﻬﻴﺪ | Barang siapa mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapa, apabila membaca “Ya-Syahiid” berulang kali kepada anaknya, insyallah anak itu akan menurut perintah. | |||
AL-HAQQ ﺍﻟﺤﻕ | Barang siapa yang hilang sesuatu lalu menyebut “Ya-Haqq” berulang kali, insyallah akan di temui semula barangnya yang hilang itu. | Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Haqq” pada tiap-tiap malam insyallah di tetapkan hatinya berbuat taat. | ||
AL-WAKIIL ﺍﻟﻭﻜﻴﻝ | Barang siapa takut angin kencang (ribut), petir dan seumpamanya, amalkan membaca “Ya-Wakiil” sebanyak mungkin, insyallah dirinya terhindar daripada bahaya tersebut. | Barang siapa berzikir “Ya-Wakiil” 66 kali hingga 1000 kali pada setiap hari atau malam, insyallah di bukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki. | ||
AL-MATIIN ﺍﻟﻤﺗﻴﻦ | Barang siapa berzikir “Ya-Matiin” 10 kali keatas anak-anak kecil lelaki atau perempuan, insyallah mereka terpelihara daripada kejahatan zina. | Barang siapa yang menghadapi kesusahan lalu menyebut “Ya-Matiin” berulang kali, insyallah kesusahan yang di alaminya itu akan terhapus. | ||
AL-WALIY ﺍﻟﻭﻟﻲ | Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Waliy”, insyallah dirinya berkemungkinan menjadi waliyyullah(orang yang menjadi kekasih Allah). | |||
AL-HAMIID ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ | Barang siapa yang menyebut “Ya-Hamiid” berulang kali insyallah dirinya akan di kasihi dan di hormati. | |||
AL-MUBDI’ ﺍﻟﻤﺒﺪﻯ | Barang siapa yang membaca “ Ya-Mubdi’ ” sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan mengandung yang takutkan keguguran, insyallah dia akan terhindar daripada bahaya tersebut. | Barang siapa membanyakkan berzikir “ Ya-Mubdi’ ” setiap hari siang dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyallah hartanya di banyakkan dengan tiada terkira jumlahnya. | ||
AL-MU’IID ﺍﻟﻤﻌﻴﺪ | Barang siapa yang membaca “Ya-Mu’iid” 70 kali di tujukan untuk seorang yang berjauhan dengan keluarganya, insyallah orang itu akan pulang dengan selamat. | |||
AL-MUHYI ﺍﻟﻤﺤﻲ | Barang siapa yang menanggung beban yang berat lalu membaca “Ya-Muhyi” 7 kali setiap hari, insyallah bebannya akan di ringankan atau terhapus sama sekali. | |||
AL-HAYY ﺍﻟﺤﻲ | Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hayy”, insyallah di panjangkan umurnya. | Barang siapa memperbanyakkan zikir “Ya-Hayy”, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehinggakan si pengamalnya selamat daripada sifat munafik, syirik, dengki, bongkak, dendam dan lain-lain sifat seumpamanya. | ||
AL-QAYYUUM ﺍﻟﻗﻴﻭﻡ | Barang siapa yang membaca “Ya-Qayyuum” berulang kali, insyallah dirinya tidak akan menjadi lalai. | Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Qayyuum”, insyallah di hilangkan daripadanya tabiat tidur yang keterlaluan atau lalai. |
05. | Zikir setiap hari | ||||
AL-WAAHID ﺍﻟﻭﺍﺤﺪ | Barang siapa yang membaca “Ya-Waahid” berulang kali ketika keseorangan dan di tempat yang sunyi, insyallah dirinya terselamat daripada perasaan takut dan khayalan. | ||||
AS-SAMAD ﺍﻟﺻﻤﺪ | Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 125 kali waktu sahur, insyallah zahir kebenaran pada hatinya. | Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 150 kali tiap-tiap hari, insyallah kuat kehendaknya dan di tolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit dan kelaparan. | Barang siapa yang membiasakan berzikir “Ya-Samad” dan secara kebetulan dia kehilangan sesuatu barang, insyallah barang yang hilang itu akan di perolehi kembali. | ||
AL-QAADIR ﺍﻟﻗﺎﺪﺮ | Barang siapa yang lazim membaca “Ya-Qaadir” berulang kali, insyallah semua permintaannya akan di terima Allah. | ||||
AL-MUQTADIR ﺍﻟﻤﻗﺘﺪﺮ | Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Muqtadir” 100 kali setiap ketika bangun tidur, insyallah dirinya dalaminayah dan petunjuk Allah Taala SWT. | ||||
AL-MUAKHKHIRﺍﻟﻤﯘﺨﺮ | Barang siapa membaca “Al-Muakhkhir” 100 kali dalam hatinya setiap hari, dirinya hanya menaruh cinta kepada Allah. Dia tidak akan di ganggu oleh perasaan yang lain. | ||||
AL-AWWAL ﺍﻷﻭﻝ | Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Awwal”ketika memulai tiap-tiap pekerjaan, insyallah pekerjaan yang di lakukannya mencapai kesempurnaan. | ||||
AL-AAKHIR ﺍﻻﺨﺮ | Barang siapa membaca “Ya-Aakhir” berulang kali, insyallah dirinya akan memperoleh kehidupan yang baik. Pada akhir penghidupan, dia akan menemui maut dengan keadaan yang baik juga. | ||||
AL-BAATIN ﺍﻟﺑﺎﻄﻦ | Barang siapa yang membaca “Ya-Baatin” 3 kali setiap hari, insyallah dirinya akan dapat melihat kebenaran sesuatu perkara. | Barang siapa berzikir “Ya-Baatin” 33 kali tiap-tiap hari, insyallah dirinya di jadikan daripada golongan ahli yakin. | |||
AL-WAALI ﺍﻟﻭﺍﻟﻲ | Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Waali” ketika takut bahaya atau petir, insyallah dirinya berasa aman. | ||||
AL-BARR ﺍﻟﺑﺮ | Barang siapa yang membaca “Ya-Barr” berulang kali kepada anaknya, insyallah dirinya akan terlepas daripada sebarang kecelakaan. | Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Barr”, insyallah berhasil baginya kebaikan yang besar. | |||
AT-TAWWAABﺍﻟﺘﻭﺍﺏ | Barang siapa membaca “Ya-Tawwaab” berulang kali, nescayataubatnya di terima Allah SWT. | Sesiapa yang membanyakkan membaca “Ya-Tawwaab”, nescaya di permudahkan baginya jalan kembali yang benar dan di redhai Allah SWT. | |||
AL-‘AFUWW ﺍﻟﻌﻔﻭ | Barang siapa yang membaca “Ya-‘Afuww” berulang kali,nescaya semua dosanya di ampunkan oleh Allah SWT. | Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-‘Afuww” 156 kali atau lebih tiap-tiap hari siang atau malam, insyallah di bukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan. | |||
MAALIKUL-MULK ﺍﻟﻤﻟﻚ ﻤﻟﻚ | Barang siapa membaca “Ya-Maalikul-Mulk” berulang kali, insyallah dirinya akan mendapat penghormatan daripada orang ramai. |
05. | |||||
AR-RAAUUF ﺍﻟﺮﺀﻭﻑ | Barang siapa berzikir “Ya-Raauuf” 10 kali ketika marah atau di marahi orang ataupun berada di sisi orang marah lalu membaca selawat “Allahumas Sali-aala-Muhammad” 10 kali, insyallah di hilangkan perasaan marahnya atau kemarahan orang lain. | Barang siapa yang banyak berzikir “Ya-Raauuff” setiap hari pada waktu siang dan malam, insyallah sesiapa sahaja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan mereka bersedia memberikan pertolongan. Zikir ini amat berguna bagi semua peringkat masyarakat golongan manusia yang mencari keredaah Allah di muka bumi ini. | |||
AL-JAAMI’ ﺍﻟﺠﺎﻤﻊ | Barang siapa kehilangan sesuatu, maka hendaklah dia berzikir “ Ya-Jaami’ ” sebanyak-banyaknya, insyallah di kembalikan atau di gantikan sesuatu yang hilang itu dengan segera. | Bagi ibubapa yang kehilangan anak, sama ada lari dari rumah atau merantau tanpa pengetahuannya (ibubapa), jika ibubapa itumembaca “ Ya-Jaami’ ” sebanyak mungkin, nescaya anaknya akan pulang semula ke pangkuannya berkat pertolongan Allah SWT. | |||
AL-MUGHNI ﺍﻟﻤﻐﻧﻰ | Barang siapa yang membaca “Ya-Mughni”10 kali selama 10 kali Jumaat, insyallah dirinya akan beroleh rezeki yang cukup. | Barang siapa berzikir “Ya-Mughni” dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallahkian mendalam kasih isterinya. | |||
AD-DHAAR ﺍﻟﺿﺎﺮ | Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca “Ya-Dhaar” berulang kali pada malam Jumaat, darjatnya ditinggikan oleh Allah SWT. | Barang siapa berzikir “Ya-Dhaar” 100 kali tiap-tiap malam Jumaat, insyallah dirinya di hampirkan kepada rahmat Allah SWT. | |||
AL-NAAFI’ ﺍﻟﻧﺎﻔﻊ | Barang siapa membaca “ Ya-Naafi’ ” selama empat hari beberapa banyak yang boleh, insyallah dirinya tidak akan di timpa bencana. | Barang siapa (suami) berzikir “ Ya-Naafi’ ” dalam hati ketika berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallah bertambah kasih isterinya dengan mendalam dan di berikan Allah anak yang soleh. | Sesiapa yang berdukacita dan di jangkiti penyakit, cubalah amalkan membaca “ Ya-Naafi’ ”, insyallah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh. | ||
AN-NUUR ﺍﻟﻧﻮﺮ | Barang siapa membaca “Ya-Nuur” berulang kali akan mendapat cahaya Illahi dalam dirinya. | Barang siapa berzikir “Ya-Nuur” tiap-tiap hari, siang atau malam, insyallah di terangkan hati dan anggotanya. | |||
AL-BAAQI ﺍﻟﺑﺎﻗﻰ | Barang siapa yang membaca “Ya-Baaqi” 100 kali sebelum matahari terbit, insyallah dirinya terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayat dan akan kekal beroleh keampunan di akhirat kelak. | Barang siapa berzikir “Ya-Baaqi” sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyallahkedudukannya (pangkat) tidak tergugat dan jika dia sebagai usahawan, perniagaannya tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat yang tidak terkira oleh manusia. | |||
AL-WAARIS ﺍﻟﻮﺍﺮﻴﺚ | Barang siapa membaca “Ya-Waaris”,insyallah umurnya panjang. | Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Waaris” 100 kali sebelum terbit matahari tiap-tiap hari, insyallah tiada sesuatu pun yang dapat memberi mudarat pada jasadnya (anggotanya). | |||
AS-SABUUR ﺍﻟﺼﺑﻮﺮ | Barang siapa berzikir “Ya-Sabuur” 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum terbit matahari, insyallah dirinya terhindar daripada bala pada hari itu. |
1 comment:
bile la gua nk wat entry mcm ni...
gua lucah mcm gua xckup layak lg utk wat entry suci cm ni..
pe2 pun tq share ilmu..
Post a Comment