Monday, December 31, 2012

entri terakhir 2012

30 minit lagi sebelum memasuki tahun baru 2013..umur baru ye..lagi 3 tahun nak 30.fuhfuhh fuhh.
Bercerita mengenai sepanjang tahun 2012,rase takde yang menarik.As usual mcm 2011.Cuma beza aku dah ade org punya dan bakal jadi hak dia mungkin penghujung 2013.Doakan kami ye.
Seringkali aku teringat kisah lama dia,biarpun pada mulut dia,dia dh lupa tp dlm hati mana tau kan.Haishh kuat berperangsaka betul aku sekarang.Bagi aku,biarlah Tuhan yg menentukan jalan hidup aku ni.Just Go On aje.Semoga tidak terpesong dr landasan.Oh ye setiap org mesti ada wishlist kan?.Kejap aku nak tgk balik wishlist aku tahun 2012.

AZAM Tahun baru 2012 - aku nak pakai braces sbb gg aku xtersusun TAPI TAK TERCAPAI disebabkan masalah kewangan yg lebih tertumpu pada projek2.Fuhh boros sebenornye.hahah.

AZAM Tahun baru 2011 - 1- aku nak dean list-BELUM TERCAPAI SAMPAI SEKARANG 2012.haaha

2- aku nak masuk any event/pertandingan yg bleh popularkan artwork aku aka dpt duit- ALHAMDULILLAH aku menang gold dan perak utk design innovation.Aku pun bengong tak percaya aku menang.Hahahha

3- aku nak jadi muda remaja/stylo keremajaan...bg aku nampak cam budak2 baru abes SPM - Tak dapat dinafikan ade student aku ckp aku umur 18 TAHUN!!!..tak kurang jugak yg cakap umur aku 35 TAHUN.heh.

4-aku nak ade pakwe - ALHAMDULILLAH dah berpunya dan akan berkahwin 2013.Wohoooo~

5- xmo tinggal solat dahh....ON TIME okehhh - AKU USAHA yeee.heheh.Tapi skang ade org jaga solat aku.Mekasin abg ;-)

6- kumpul buku2 sampai penuh rak - Separuh lg nak penuh.Kumpulll lagiii..




Hah,tu je la setakat ni.heheh...Dan untuk AZAM 2013 ni...

1- Nak jadi cantik dan terpelihara.heheh
2- Solat cukup+solat sunat+ceramah agama mesti pegi.
3- Jadi budak rajin.selama ni aku pemalas tau.hahh
4-Suka memasak.Biase aku masak tak sedap pun.So kene sedapkan jugakkkkk.
5-Beli baju labuh2 dan tudung panjang tutup dada.No sexy2.
6- Jadi cikgu yg berdedikasi,bersemangat jitu dan mulia.

Dan yg terakhir sekali...aku mohon doakan aku dan dia kekal hingga akhir hayat.Kami merancang utk hidup bersama mgkn pada tahun 2013 atau hujung tahun 2014.
Aminnnnnnnnnnn..










Sunday, December 30, 2012

buku lama dibuka PART 3

29 Disember 2012
8.33 PM

Semalam aku smpt bicara dgnnya.Berdebar hati aku rasa bilamana mahu mendengar suaranya.Jelas airmataku mengalir laju tatkala topik itu muncul dan aku dapat rasakan ia tidak akan lenyap barangkali.Aku cuba kuatkan hati dan jiwa utk menghadapi semuanya.Sungguh aku syg dia dan mahu menjadi isterinya yg sah.Dia mmg bukan anak org kaya raya dan tidak berpangkat pun.Dia hanya DUDA kampung dan tidak punya apa2 yg perlu dibanggakan.Aku redha dan berusaha mengubah kemiskinan yg dilalui.Aku rindu padanya.Terlalu sgt rindu.Aku dah bersedia berumatangga dengannya cuma bukan dalam masa terdekat.Mungkin 2 tahun lagi.Setelah hidup aku sendiri kukuh.Dia nampaknya begitu berusaha.Aku cuba mengubat hati dgn membaca tulisannya diblog.Mungkin dia tak tahu aku skodeng blognya.Dari situ aku kenalinya.Aku ingin tahu semuanya supaya aku sendiri tidak menyesal.Aku xnak org ckp....Punyalah ramai bujang,duda miskin jugak kau pilih.Allahurabbiii.........tetapkanlah hatiku dgn apa yg kau rencanakan untukku Ya Allahh..

buku lama dibuka PART 2

28 Disember 2012
11:27 AM.

Hari aku tidak bersuara dengannya.Jiwa aku tenang kat kampung ni.Kebetulan aku balik kg Perak kejap.Lama tak balik,rindu kat nenek.Rasa seperti nak tinggal lama pulak kat sini.Aman hidup aku.Aku sering teringat apa yg berlaku hari lepas tapi aku cuba menyingkir perasaan itu.Aku cuba tenangkan diri.Malamnya aku tak dpt tahan jiwa,aku call huda minta penjelasan.Hatiku merintih dan airmataku jatuh kali kedua.Betapa huda sgt menasihati aku untuk berserah pada Tuhan yang 1.
Telah aku tekad utk menjadi isteri kepada dia,kini aku terpaksa berserah seadanya.Dugaan apakah ini?.Aku harus teruskan langkah...semoga akan ada sinar dihadapan.Aminnn

buku lama dibuka PART 1

27 Disember 2012

semalam..erkk 2 hari lepas.
aku rasa separuh nyawaku pergi...saat aku berdepan dengan dugaan yang terpaksa aku hadapi jika aku teruskan.Ada apa dgn status?????..aku memaksa sehingga dia bersuara....DUDA dan isteri masih hidup..Banyak aku rasa dia puji ex-wife dia.Sehingga aku terasa sakit menderita sehingga ke hari ini.Mana mungkin hilang kesannya...aku jadi buntuu...jiwa mati.menangis tak keruan bila tidak dimaklumkan lebih awal.Patutlah aku rasa lain macam.Rupanya Tuhan masih syg aku.Kerdil diri ini.Tersiksa jiwa.Kini aku hanya meneruskan cara dgn hati yg separuh untuknya.
Dan aku tidak menolak utk ada yang lain walaupun dia cukup sempurna buat aku.Pandangan manusia tidak dapat ku bendung.Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan utk berdepan dgn semua dugaanmu Ya Rabbi...

Monday, December 24, 2012

wishlist

bersawang dah blog aku ni.bukan ape.kes pemalas.beselah.
sekarang cuti study week
tp aku xde paper so cuti sebegini dimanfaatkan untuk menyiapkan projek utk next week dan week2 seterusnya.
Semakin hari aku semakin pemalas.Haishh penyakit betul semua keje tak nak buat.
Oh ye pasal tmpt praktikal.Dgr cite aku dpt dekat tp aku xharap pun sbb aku mmg nak jauh pun.hahahha heaven kauuuuuuuu..tapi duit xde.puihh.

oh yee
skang ni jiwa aku agak islamik juga.aku cuba men'list' kan pekara yg aku nk buat utk 2013.ehh aku nak taip 2014 lak.Haisehh umur makin tambah 1..haishhh..
Oh ye aku cuba list utk pakai NIQAB dan BERTUDUNG LABUH.
aku sebenarnya dah insaf.taknak pakai seksi2.mencikkkk dh gemok!
tapi itu bukan sebab.Sebab nya aku dah mula nak rase jadi baik.So jiwa raga kene baik.Istiqomahhhh.

doa2lah aku berubah pelan2.

Monday, December 17, 2012

M.A.L.A.S

aku paling benci bila ade kawan yang suka kaki ngadu, kaki alasan, kaki bangku eh? kaki mengumpat, kaki mengeluh, kaki mengutuk dan sebanyak kaki lah.
 ade sorg kawan aku.Jari kaki luka kene hempap pintu.Berjahit jugak.Stress aku tgk bila dia terlalu stress dengan kes kaki dia tu selama lebih kurang 4 bulan.Siap mengadu plak tu.Aku sendri jadi malu.Dia ni kenapa?.
ade lagi sorang pulak,asik mengadu tak ade duit.Ehh mase dpt duit dr AhLong ptptpu tu xberingat plak.Mewah yg amatsssssss.Pastu ngadu xde duit.Nak je aku cekik budak ni.Haishh..

Macam2 karenah budak2 ni.Aku dulu rase xde la nak mengadu bnyk. Sbb aku tahu mmg itu yg aku kene hadapi.So,hadap je la ape susah.Sabarrrrrrrr...
 Oh ye,orang single mcm aku ni mmg seorang yg berdikari dan sabar.Aminnnn

Wednesday, November 28, 2012

malam-ke2

Aku tak tipu.Aku rindu pada hamba Allah itu.Kemana dia?????
Sebak dada aku.Tak rindu ke dia kat aku?
Kenapa aku sia2kan kehadiran dia??
kenapa???

menyesal

malam ke-2

malam tadi kosong.tiada mesej diterima.

malam ni mungkin juga kosong.tiada mesej diterima juga.

malam esok?malam sebelum aku berangkat ke trip.mungkin tiada mesej diterima.

kemana dia?

sihat kah dia?

kenapa dia?

marahkan aku?

sebak hati sekarang.

Tuesday, November 27, 2012

tersembunyi

Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Cakaplah apa yang cuba disembunyikan itu.Aku sedia mendengar.Jangan sembunyikan apa2 pada aku sbb aku punya deria kesamarataan dengan kamu.Bagi aku,bila kita mula rasa nak hidup sampai mati dengan seseorang itu,jadi sebelum mengikat apa2 jua tali mati lebih baik semua rahsia diperdengarkan pada pasangan.Kelak,tak ada pergaduhan atau perselisihan faham berlaku.Tak perlu la sorokkan apa2 pada aku sbb akhirnya aku tahu dengan pelbagai cara ataupun Tuhan mmg nak tunjuk.Cuma aku nak dengar dr mulut tuan punya baan.Itu lebih jelas.

Bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
Apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitu pun orang tuaku

Emak nampak semakin tak merestui hubungan ini.Entahlah mgkn dia bukan sperti apa yg diharapkan.Aku mmg tersepit dengan keadaan tapi ade juga kwn2 bg nasihat supaya yakinkan ibu bapa dengan pilihan kita.Aku cuba untuk memepertahankan tp smpi bila jika aku sendiri tak jelas dgn perasaan dia pada aku.Aku tak mahu hubungan ini sia-sia.Itu aje.

Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah, sayangku
Janjimu janjiku untukmu

Aku mmg yakin yang dia sayang akan aku.Cintakan aku.Dan dia bersungguh2 nak berkahwin ngan aku.Tapi sebolehnya aku mahu dia jujur ngan aku.Bnyk menda yg aku xtau pasal dia.Dia terlalu menyimpan.Sehingga aku naik angin mlm td.Tak dapat tahan perasaan.Tetiba jadi panas.Ya,aku yg panas tp dia.Tau x dia buat ape?.....trus dia baca ayat Quran dan waktu tu aku pakai headphone mmg dgr sgt2 suara dia mengalunkan ayat Quran.Hati aku sebak tetiba.Kacau bilau jadinya.Ya Allah,apa semua ini?.Tergamak aku mula nak membencinya demi mak.Sedih aku melampau.

#CORUS#


Takkan ada yang pisahkan kita
Sekali pun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di surga

Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku ke mana kau mau
Janji ku padamu
Jiwa dan ragaku mati pun ku mau


Aku cuba kuatkan semangat.Kembali seperti dulu.Hanya fokus pada diri aku sendiri.Tapi sejujurnya aku sgt menyayangi dia.Perasaan mula timbul sejak kami mula rapat.Dan mana mungkin aku tinggalkan dia.Bagi aku dia cukup sempurna.Boleh membimbing aku seadanya.Aku cuba kawal diri supaya tidak marah atau merajuk.Tapi...............................semampu aku menahan.
Aku sudah membayangkan akan hidup mati bersama dia.Melalui kehidupan sebagai seorang ibu dan ayah.Sungguh aku sedang berusaha ke arah itu dan dia juga begitu.Tapi aku cukup risau jika aku terlalu mendesaknya.Semua nya salah aku dan aku tahu itu.Duhai hati,jgn lah terlalu memikirkan yg bukan2.Kuatkanlah semangat dan tabahkan hati aku dalam mengharungi hubungan ini.Semoga diberkati seluruhnya.





lagu ni dah aku ulang dengar sebanyak 15 kali/hari.sekian....

Friday, November 23, 2012

tak ku sangka hujan dipertengahan jalan

amboii tajuk kemain..sebenarnya hati aku ni sedih dan sedang menangis.Tak tau nak cite ngan sape dan sebenarnya aku lebih suka simpan syok sensorang.Padahnya.

semalam aku tunjuk jugak gambar pakwe aku kat mak.Sebab mak sibuk nak tgk...dan aku tak sangka sampai sekarang aku terasa hati+kecik hati ngan mak.

Dan harini kerap kali mak gelarkan pakwe aku tu 'bangla' mgkn sbb muka dia mcm bangla kot tp xde la aku tgk mane bangla.

Hati ini sgt sukaria sbb mak tak komplen pun tapiiiiiiiiiiiiiiiiii...................

Ptg td bermula segala2nya.Sedang aku berborak ngan mak...

mak : ko betul ke nak kawen ngan budak tu?
aku : ye betul la mak.Tak kan main2.
mak : sebenarnye dia tu keje ape?.
aku : ye kenapa? (aku malas nak cerita sbb dia bukan lah bergaji tetap)

mak : mak bukan ape...dah la harta xde.Kereta takde,amik ko pakai kereta kampeni.Bapak dia tak keja kan?
aku : (dah mula xsedap hati,nmpk mcm nak reject)...Haah.Ye kenapa pun.
mak : haa bapak dia lagi xkeja.Dah tu asik balik kg aje.Kalau betul nak bg ko 20ribu tu mesti pinjam duit kampeni.
aku : mak ni kenapa?.Mak kalau tak suka ngan budak tu,ckp je lah.
mak : dah ko suka.Ape2 nnt tanggung sendiri.
aku : abis tu?
mak : bukan ape,dah ade nampak kan.Ko tgk kakak ko tu.Tu semua bil rumah+keta dia bayar.Abg ipar ko tu mmg semata2 bayar umah je la tu.Tu pun umah abah yg bg diposit.
aku : mak tak suka ke?.Tak suka xpe lah. (aku dah sebak time tu)
mak : macam bangla la.Kot la dia putih,ade harta ok lah.
aku : senang mcm ni la..Dah org tak yah la kawen sampai bila2.

aku trus masuk umah,masuk bilik kunci pintu dan menangisssssssssssssssssssssssssss
aku tak sangka la mak berfikir mcmtu
nampak sangattttttttttttttt mak nak yang hensem,kaya dan berharta.
tak ckp pun soal ibadat,budiman alim soleh semua tu.
Ya Allah mmg aku keciwa sgt2.
Aku mmg rasa yg aku tak kan kawen smpi aku mati sekalipun.
Disebabkan pekara itu.
Aku mmg sedar diri sbb aku ni hodoh,bodoh dan biol.
Jadi ape nak dpt yg sempurna???

Aku menangisssssssssssssssssssss dr ptg smpi skang ni.Mase mandi air mata mencurah2.Hati sakit.Mase solat pun air mata mencurah2 hati tak keruan.Aku rase mcm nak balik kg jumpe nenek aje.
Nangiss dan terus nangissssss..
Bagi aku,dia dah cukup sempurna dimata aku.
Dia jaga solat aku.
Dia jaga aurat aku.
Yang penting dia selalu berdoa untuk aku dan hubungan kami.
Dan aku yakin walaupun dia tak berharta apa...dia mampu jadi suami aku.
Tapi makk..
hati aku semakin buntu.
mmg aku menangis saat ni.
hati pedih
hubungan aku tak pernah berjaya.
mgkn bukan jodoh tp sebenarnya org yg menyusahkan hubungan aku.
Sebak hati ini.
Rasa aku mahu bersendiri.
Hidup sorang2
Tak perlu ada suami

hanya mak abah
itu agaknya mereka mahukan
sampai bila2 pun aku tak kawen.






Thursday, November 22, 2012

Cerpen aku dh publish....yeyeah...

sila layari blog ini : http://penulisan2u.blogspot.com/2009/02/cerpen-izinkan-aku-bahagia.html

Tuesday, November 13, 2012

rasa hati

aku mula rasa rindu
rindu yang teramat2 sgt.Rase nak telepon aje tapiiiiiii............
aku mula rasa sayangg
sayang yg teramat2 sgt
tak tahu la kenapa perasaan tu wujud.


aku ngah keseorangan sekarang.Mak abah,adik balik kg.Ingat balik harini.Td ptg mak call ckp balik esok.Ohhhh sedih tau.Rumah sunyi sangat.Rase mcm nak nangis!.Rindu kat mak.Rindu kat orang2 yg dalam rumah ni.Sebak pulak aku.Heh.

eh kau.Cepat lah muncul.Aku rindu tahuuu.rindu yg teramat sgt.Nak dgr suara dan tolong temankan aku wat keje ni bg siap.Ohh aku rindu.

Aku mula excited nak kawen tahun depan.Dah ready kot aku.Aku nak cpt2 dpt anak.Buat penyeri cinta kami.Aku nk jadi isteri yg solehah dan ibu kepada anak2 kau.Aku syg kau sgt2.Haishh berangan siot aku.Hahha patutlah bnyk jerawat.
RAse nak jeritttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

cepatlah kita kawen!!!!!!!!!

gila betul aku harini.

Sunday, November 4, 2012

geram

pekara paling aku benci :

org mempermainkan dan melengahkan menda yg aku rase sgt serius.Kdg2 aku rase mcm geram + nak bunuh2 je org tu.Mati lagi bagus!.

Thursday, November 1, 2012

Jumaat

jam 1:11am
harini hari jumaat.Separuh dari painting yg menggunakan oil dah aku calit td.rase xselesa,aku stop buat.Esok sambung.Aku harap dalam masa 5 harini siaplah painting aku.hurmmm.

esok hari jumaat.rase mcm nak pi tgk wayang tp xtau nak pegi ngan sapa dan tgk cerita apa.heh...kaki wayang sudah bersara.heheh..Hari rabu lepas aku dah pegi shopping kat jusco.Dapat la beli sweater kaler hijo.hehe.

Oh ye..aku buzz ym kau,kau xbls.Skype pon xon.Mesti ngah membuta la tuh.Yela semlm borak skype smpi kol 4.10pg.Aku surrender dulu membuta.tak tahan mata wohhhhh...

Esok aku nak amik gaji.Bulan ni rase xboleh menyimpan langsung (seperti bln2 lepas jugakk) sbb next week aku ke melaka trip uitm..then hujung bulan ke Cameron plak.Hurmmm aku dh rancang nk beli bnyk menda.hehehheheh...

Wednesday, October 31, 2012

31/10/2012

entri bagi hari terakhir bulan sepuluh.

Kuliah
Hurmm seperti biasa dengan aku ambik 7 subjek sem ni.hebat kan??hahah.Sebenarnya aku still xpaham lagi sistem Uitm ni kalau nak tahu berapa jam kredit current semester.Kalau kat Unimas dulu,mmg ade taip kat slip daftar.Tapi aku rase sistem Uitm lg mudah dr Unimas yg perlu aku balik awal 2/3 hari sebelum hari pendaftaran subjek utk berebut amik subjek elektif.Mcm cilake je sistem rebut2 + kacau bilau.Tapi xtau la sekarang Unimas camno dan aku tgk sekarang dah maju.Mcm2 ado kat Unimas tu.Dan aku rase mcm nak berkhidmat aje ngan Unimas.hehehe.Untuk sem ni jugak,aku dah dilantik dgn mcm2 jawatan yg menyusahkan hidup aku.Tukang cari tempat utk lawatan Melaka dan penginapan di Cameron.Gila jugak aku rase dgn jawatan tak seberapa hebat ni.tapi mgkin ade org percaya aku boleh buat,so aku go on aje walhal keje sume org buat,aku ready aje.hahahahha..Kerja2 skola aku banyak tertangguh awal2 sem dulu sbb takde mood nak blaja balik setelah cuti lama.Heh tapi kene buat jugak so terkejar2 aku cuti ni tp sempat lg menghabiskan duit shopping kat jusco.Hahha..ok la tu hilang stress aku kann..Ape pun aku cuba utk maintain pointer aku 3above sbb last sem akan kuar surat sambung master if pointer 3above.so..stunggle hard lorh.aku mmg nak sambung master and got if b4 aku 30 tahun.hehehhe.Tapi its too hard for me coz aku keje tusyen dan blaja.Guling2 jugak.Tapi aku perlukan ilmu yg tinggi dan duit.So,tahan diri je le.Sem ni aku bnyk telan supplement.Aku try 2 jenis iaitu VCO dan Fish Oil.Aku pon xtau fungsi nye tp telan je la.hahaha.Ngat nak try collagent sbb aku tak mau tua woooooooo.hahah

Kawan
Hurmm nampak gaya sorg demi sorg kawan aku dah kawen.Batch aku paling muda kawen.Batch lain xde yg dh kawen.Hahha nampakkk nampakkkkkkk batch aku budak2 pling lawa.kann kannn kannn..2 org dah kawen dan sorg dh bertunang dan bakal kawen bln 2 ni.Nampak gaya hebat2 suami/calon suami mereka.Seorg tu paling lawa dlm kelas dan suaminya seorg assistant management kat KPM dan dia ckp kat aku ritu gaji suami dia RM6000/bln.Fuhhhh mmg xdinafikan la wang hantaran dia RM13K...fuhh fuhhh fuhhhhhhhhhhhh...Lelaki itu punya kereta VIOS dan rumah 2 tingkat.Untungnyaaaaaaaaa dan padanlah korg berdua lawa+hensem.Yang sorg lg tu setakat ni very hard life after married tp Allah swt murahkan rezeki kannn.Kawan aku tu mengajar tusyen dan berniaga kat fakulti.Alhamdulillah.Suami dia masih belajar kat ptptl dan abes same skali ngan dia.Kawan aku tu dekan setiap sem tp suami dia repeat 2 sem.Erkkkkkk academic tak melambangkan kematangan ye.Hahah..Tapi aku salute la dgn kwn aku tu,dia seorg yg rajin dan bersemangat.Bila dia dgn aku,ade jugak dia cerita skit2 pasal kesusahan dia selepas kawen dgn hutang kereta dan sewa rumah yg hanya bergantung pada duit tusyen dan berniaga kecik2 tu.Xpe la dik,dh jodoh smpi awal.Setiap kesusahan akan dibalas kesenangan kelak.Yang seorg tu baru bertunang mggu lepas dan bakal kawen bln 2 ni.Cerita dia agak sadis jugak dan aku dpt tgk saat dia jatuh bangun dlm cinta.Dulu dia pernah putus tunang disebabkan si lelaki hanya ada SPM dan bekerja sbgi tecnician.Huhhhh memilih jugak ye.Dan dia kecundang dlm cinta bnyk kali sehingga diri kucar kacir.Rambut highligt blonde,model bukak2 dan aku xpenah nmpk solatnye.Hurmmm dan akhirnya dia bertemu jodoh dgn senior mase kat Uitm Merbok dan lelaki itu punya master dan seorg pensyarah.Huhhh mmg nasib la ko dpt laki kaya hantaran RM12K.Dan kesan positif dari itu,dia rajin solat dan sudah full bertudung.Alhamdulillah semoga walimahnye cepat.Ohh itu kawan yang masing2 berusia 24 tahun dan aku (4 tahun lg ke usia 30) dan Kak Bedah (31) senang melihat adik2 bertemu jodoh.Aku tgk Kak Bedah relek aje tp ada kala kelam kabut jugak dia.Hhhahah biasalah perempuan......

Kerja
Jadual aku seperti biasa cuma aku bnyk cuti sbb banyak kerja yg perlu diselesaikan.Maaflah bos....Tpi aku sebolehnya mahu pengalaman cukup 2 tahun disitu.Kerja senang dan mmg minat aku.so no wonder la aku dah setahun lebeh keje situ.Setahun naik gaji rm50.Banyak tuuuuuuuuuuuuuuu....cukup gaji aku rm700,aku nak amik kete beso skit.hahhahah.

Family
Aku rase dok ngan family paling jimat sbb dulu mase aku dok srwk,paling bnyk duit habis.hurmmm tapi smpi bila nak dok family.Aku teringin umah sendiri.Senang buat kerja.Bilik skang sempit dgn semua brg aku.hahah

Cinta
Mmg dh ade perancangan nak kawen hujung tahun depan tp semua tu plan je kan.Tapi plan2 pon kalu jadi aku kawen tahun dpn,nak kene kumpul duit ni.Paling habis rm10K utk belanja belah family aku.Belah family dia lantak laa,kenduri doa selamat pon okeh aje lgpon aku mmg xnak sanding dan lebih pada islamic skit.hehhe.Membazir tu kan amalan syaitonnn dan kenduri aku tu nnt lebih pada sedekah aje.Zaman akk aku kawen dan tunang dulu aku rase mcm kelinggg sgt.Haha mase tunang lg laa.Umah aku ni dh la sempito muat2 family aku 5 ketui je.Kebetulan paling ramai org sedara mara.Sendat rase dan aku xkuar bilik langsung.Hahhahah. Mase akk aku kawen pling rawwwww...Malam berinai laa bersanding laa tepung tawar laaa.hehh..Majlis kawen aku nnt simple aje.Sabtu malam aku nikah lepas isyak.Pengantin lelaki dan sedara mereka dikehendaki bersolat berjemaah disurau.Aku dinikahkan sambil diperhatikan oleh jemaah surau,sanak sedara,kawan2 dan anak2 yatim yg dijemput khas.hehehhe..Baru best dan terharu.Dan aku pastikan Photographer aku berkualiti tinggi even mahal sekalipon.heheh.Lepas nikah makan dan makannnnnnn.So siang tu just makan beradap dan sesi fotografi aje.Simple kan??aku nak kan majlis aku nnt diberkati Allah swt.Penghidupan aku yg baru tuu.Hurmm tu plan aku je sbb calon suami xderk lagi okeh.Dan kalu boleh la kann...aku nak seorg lelaki beriman dan berakhlak,tinggi,badan sedapp(eh?) dan berjanggut.Ala2 budak kampung mandi parit pon oke aje.Tapi tu la smpi sekarang aku belum nampak jodoh.Hurmm sabooo saboooooooooooooooooooo

Diri Sendiri
Semakin meningkat usia,semakin kebudakan plak aku.Aku skang lebih kepada ala2 budak belasan.Baju2 aku sume xnampk mcm umur nakkkk awal 30.Hehheh.Pelik jugak aku tp mgkn aku mmg budak lagi.hahahha.Skang ni nmpk diri aku nak melawa berbanding sebelum2 ni pegi kelas pakai bedak aje.hahhahah..skang try nak pakai eye shadow kaler pelik2 dan yg pasti kene pakai eye liner supaya mata aku nmpk besar dan td aku dh beli lipstik kaler oren utk pakai hari..OREN?????????????.cantik apeeeee.
What aver pon..aku mahu cantikkkkkkk.


Friday, October 26, 2012

syahdu

sila baca blog INI sambil dengar lagu MUARA CINTA- HAFIZ dan DATO' SITI
mesti anda akan dpt rasa feeling melampau
kalau tak rasa
memang HATI KERING betul

Saturday, September 29, 2012

kenduri kawen

seminggu sebelum kenduri kawen rina
pasang niat
"moga2 ade la jodoh aku nnt"

sampai kat tempat kenduri rina
mata meliarrrr
aishh apsal bnyk lelaki muda2 je niiii

sibuk berposing sane sini
aku rase,aku lah paling cantikkk
haha
baju cantik okehhh
orang nya???
COMEL

time amik pic ngan rina
gile bnyk posing
haaa mesti muka aku pelik
hahahaha

pastu tunggu bebudak kelas sampai
sampai juakk tu tp selepas aku mnghabiskan 2 cwn air sirap,bubur dan beberapa keping tembikai.
ehh cantik baju lea..hijau pastu tudung kuning..untunglaaaa...bakal suami pensyarah..aku??

okehh utk 1jam kendiann semua kwn2 aku sawan gambo...hahahha
kak yana mmg xselesa laa
hahahha kene paksa amik gambo
cameraman tu dok usha2 dia jer.

Tuesday, September 25, 2012

semakin hari semakin sibuk

keje banyakk
jadual tunggang langgang
blaja..tusyenn..arghhh stressss

mak bedah dah balik bulan madu
kemain heboh ................."SERONOKNYAAAA KAWENNNN!!"

ehehh
baru semggu jadi binik org
kawen ni bukan utk sehari dua

tapi
ayat perli tak tahan
bukan kene aku sorg je
kak Peah pon kene lagi dahsyat

haha
gelak je la
belum masa nye aku nak berlaki
aku masih nak berkaraoke,berjimba2,pakai baju seksi2 dan trendy juga balik pukol 1/2 pagi


nanti dah kawen tak boleh buat perangai huduh camtu.
kene jadi isteri solehah
solat tak leh tuang2
haha

Wednesday, September 19, 2012

Penyesalan Lalu

lakukan sesuatu utk diri sendiri.Bagi aku,aku cuba nak tahan tp................................tewas!.
26hb 10 permulaan pada ketidakwujudan diri.
Bertahannnnnnnnnnnnnnnnnn!
Bertahannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!



Monday, September 17, 2012

Dosa Semalam

Selagi masih bernafas...selagi itu pintu taubat masih terbuka.Semoga Allah swt permudahkan jalan dan segala urusan.

15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya :

1. Perempuan itu comot.
Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..

2. Perempuan yang cerewet.
Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!

3. Cemburu yang melampau.
Cemburu sememangnya tanda sayang. namun apabila diekspresikan secara melampau, maka ia boleh mengundang rimas si lelaki. bayangkan kalau sampai tahap lelaki tak boleh menjeling ke arah lain, terus nak jeles. awas.. itu menimbulkan benci si lelaki.

4. Perempuan yang cincai, cuai.
Cincai dan cuai terjadi apabila tidak memberi sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu. cuba dan berusahalah untuk jadi seorang yang kemas dalam melaksanakan tanggungjawab. buat kerja dengan kemas, kan lawa..

5. Perempuan bermulut celupar.
Tak menjaga bahasa yang keluar dari mulut sangat berbahaya. kalau mulut bau longkang, mungkin ada yang masih tahan, tapi kalau bahasa setaraf dengan longkang, silap-silap kerusi meja boleh terbang. ada je lelaki yang diam, tetapi dalam hati mungkin akan timbul benci. take note yang ini..

6. Cabul. melawan cakap suami.
Tak salah melawan kalau memang perkara betul. melawan tak pasal-pasal tu yang bahayanya. suami dah bagitau jangan beli karpet abang pakistan, nak jugak beli. padahal karpet tahun lepas berlambak dalam stor. selalu sangat buat, fed up lah si suami..

7. Mencabar pasangan.
Bukan bermaksud orang lelaki tidak boleh menerima cabaran, tapi kalau cik kak cabar yang bukan-bukan? mau rasa terhina si lelaki.

8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..

9. Caci, mencela, mengutuk.
Perkara yang dinamakan mencaci, mencela, mengutuk ni, semua orang tak suka. kalau mengkritik, biarlah dengan berhemah. lagi lah kalau depan orang ramai, jangan caci maki. selalu jugak saya dengar cik kak mencela suami sendiri depan orang. ayat 'abang ni lambatlah..' itu pun mencaci tau. selalu buat, bahaya tu..

10. Canggah. membangkang tak sudah-sudah.
Bukanlah bermaksud si isteri langsung tak boleh nak berbahas. kalau dah si suami salah, bersabar dulu, carilah waktu tenang untuk canggah dengan cara yang berhikmah. jangan cik abang tengah panas terus nak bangkang.

11. Culas. perempuan yang malas melampau.

Bila sampai point ni, teringat drama Dalil Cinta lakonan Fahrin Ahmad yang mendapat isteri super malas. sikap malas melampau sampai diri sendiri tak terurus memang dahsyat lah. buang sifat malas untuk jadi lebih disayangi.

12. Curiga yang keterlaluan.
Apabila langsung tidak dipercayai, lelaki akan punya kemahuan untuk memberontak. berilah kepercayaan kepada lelaki tetapi jangan melampau. si lelaki pulak, jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. sekali kepercayaannya hancur, susah untuk si dia yakin buat kali kedua.

13. Perempuan yang curang.
Ini memang benar-benar nyata. kalau lelaki itu menerima perempuan yang curang, maksudnya dia ada potensi untuk berlaku curang. please lah.. cuba sedaya upaya untuk setia. kalau tak serasi jugak, mohon dengan cara yang betul. jangan curang..

14. Canggih yang melampau.

Ini trend zaman sekarang, semua benda nak matching. apabila sudah sampai tahap melampau sehingga pasangan tak dapat nak mengadakan, ia boleh mengundang keretakan rumahtangga. bayangkan kereta kaler merah, garaj kete pun kena merah, sofa ruang tamu kena merah, kasut kena merah. saya pernah jumpa kes bercerai sebab suami tak dapat beli tv besar!!

15. Chance tak ade.
Kalau semua benda yang pasangan mintak tak boleh, jual mahal.. camane? nak suruh si suami ketuk lutut?


paste dari : http://www.budakmalaysia.com

Friday, September 7, 2012

Ajak Kawen

aku ajak kawen...dia mcm tak berminat...Jadi,aku putus harapan.Baik aku carik org lain yg memang nak kawen bukan nak main2.

Nekad aku begitu.Aku xmau serius dengan dia.Aku pikir aku boleh dapat org lain.Yang lebih rasa pk masa depan.Kang kalu aku berharap...harapan aku mungkin musnah.Aku nak buat apa?menangis pun tak guna.Hidup ini sekali aja.

Tak perlu aku nak jaga hati org,tp hati aku merana.Jodoh ditangan Tuhan.Serah segala dan redha akan ketentuanNya.

Tuesday, September 4, 2012

eh,lelaki

lelaki ni macho depan kengkawan die je. bile dengan makwe, die punya manja sampai pijak semut pun, semut kata "tolong la pijak lagi. tolong lah!".


semut pun cakap.........."kaki ko busuk,penuh cagu"

Saturday, September 1, 2012

sebak

harini hari jadi aku yang ke 26..ramai jugak member2 yg wish iaitu member2 fb je la.Tapi cukup sadis sebab org2 yg paling dekat dgn aku langsung xhiraukan aku.Padahal dah tau kot besday aku harini.So,jadinye harini hari paling sedih sbb aku rase mcm xwujud dlm rumah sendiri..ehhh rumah mak abah la.aku menumpang aje.

untuk hari jadi kali ni..aku cuma mengharapkan 'kebebasan' untuk diri aku dlm membuat keputusan samada dlm hidup atau kerjaya aku.Aku rase,aku dah cukup boleh untuk jaga diri sendiri tapi mak abah mcm tak percaya dgn ape yg aku lalui sejak umur aku belasan lagik.Bukan nak eksen boleh hidup sendiri tp sampai bila aku nak hidup hanya bergantung pada mak abah?.Aku teringin nak belajar berdikari dan hidup atas usaha kaki sendiri tapi............................

dulu aku penah suarakan pada mak yg aku nak hidup luar,duduk dengan kawan2,merasa bayar umah sewa dan makan masak sendiri dan yg paling penting,buat assignment xpayah pk nak cpt2 balik umah.Tapi............mak sendiri ckp. 'boleh ke ko bayar sewa umah?".."cukup ke makan?'...

Aku terfikir jugak.Kenapa cakap macam tu?.Kalau mcmtu la gayanye,alamatnye mmg aku hidup makan pakai selamanye ditanggung.Aku bukan jenis mcmtu.Aku lebih selesa hidup berdikari dan berbakti pd mak abah aje.

Sekarang ni pon aku masih lagi keje part time utk tanggung diri sendiri.Sebab dlm usia 26 tahun ni aku masih lagi digelar pelajar.Ya,belajar untuk kepuasan mak abah walau aku sendri blurr tentang kerjaya aku nnt.Keje part time tu klu di ikotkan aku mmg penat+letih nak mampus.Tido xcukup,rehat xcukup,tergesa2 nak pegi kelas.Tapi......................................bg aku,aku lebih senang begitu sbb rezeki yg aku dpt tu hasil usaha aku.Mak abah mmg xpernah halang aku keje atau berhenti.Kalau aku keje,dpt la aku isi minyak kete hari2.Dapatlah aku beli brg2 peribadi guna duit sendri.So,mmg aku rase boleh dikira bape kali abah mak kasik aku duit poket.Dan aku xberkira sgt la bab tu sbb hari2 aku makan kat rumah.So,nak bg ke tidak aku xkesah sgt sbb aku tiap2 bulan gaji masuk tp sampai bila aku nak keje gitu?.Muka aku mmg pucat lesi xcukup rehat tapi......................................

Bab kekeluargaan ni aku mmg tak faham langsung..Dalam hati aku selalu kate..."Harta banyak pon tak guna kalau family suka buat hal sendri".

dah 26 tahun

mak aku cerita,tempat aku lahir dulu kat kawasan dapor umah setinggan kitaorg dulu.Eh mcm kelakar dan sekarang aku amat malas masuk dapur.Kontra bukan?..itu cerita 26 tahun dulu.

26 tahun sekarang,aku masih dibawah jagaan mak abah dan mungkin 2 tahun dari sekarang,mungkin aku dibawah jagaan suami aku pulak.hehe.


Wednesday, August 29, 2012

Musim mengawan datang kembali dan rasionalnya aku masih single.

aku tgk kat fb org dok sebok post pasal perkahwinan Ustaz Don dan Husna kan..So aku pon nak join sekaki padahal xde pon minat ape nye.Tapi ade 1 part ni yg aku suka dan suka serta sukaaa..

ihsan : mukabuku

Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan di tempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Bagi aku la kann,pekara diatas sudah cukup utk sebuah walimah perkahwinan zaman sekarang tp tau je le masyarakat zaman sekarang ni klu boleh semua nak buat havoc dan gempak.Kang nampak tak mcm kaya atau kawen 'asal boleh' aje pulak kann.Aku sendiri klu boleh nak majlis yg serba simple tp xde la mcm kawen koboi tu ha.Takde upacara bersanding dan merenjis serta baling gula2 mcm pakcik makcik aku buat (sakit kepala aku terkena balingan gula2 Hacks) zaman dulu2.Macam ayam pulak la kann..hahhaa.

Tapi seyes aku ckp dan dh ckp kat mak aku bahawanyee...Duit hantaran aku mesti banyak dan banyak tu mesti lebih dr RM10k...haaaaaaaaaaa...ade sebab tu aku nak letak harga diri sendiri sebanyak tu.Banyak ke???ade lg banyak kot.
Rasional

1) duit tu aku tak akan sentuh utk majlis kawen dan segala perbelanjaan aku guna duit simpanan sendiri.Aikk xkan nak bg mkn org yg dtg majlis pakai duit org bagi kot..even dah jadi suami sah kan.

So,rasionalnye...nak kawen kene la simpan duit dari sekarang..jgn esok nak kawen baru harini nak simpan seposen setiap 20 minit kot.kompom xcukup walaupon simpan rm1k/bulan selama 2 tahun (itu kalu nak buat kenduri guna dewan+katering...zaman skang la katekann).Nak pinjam bank???kalau rm16k berapa tahun nak abes ye?agak2 anak dah skolah darjah bape?
ahhh tu lain cerita.

2) duit tu aku guna untuk buat deposit rumah teres yg akan kitaorg duduk smpi akhir hayat.Kalu umah 2 tingkat harga rm200k deposit rm20k pon dh oke cume sakit sikit la tiap2 bulan nak membayornyee kannn.haha.

So, rasionalnye.....xkan nak menumpang mak bapak kot lepas kawen.Malu la sikitt,mane pegi tanggungjawab membina keluarga sakinah??.Lain cerita kalau suami anak bongsu dan kesayangan si emak mertua.Haa yang itu memang 'paksa rela' kene ngadap mak mertua hari2.Nak2 pulak mak mertua jenis cerewet dan cerewettt...haishhhh merana hidup kannn.Nak menyewa rumah????aku rase kan,duit sewa rumah tiap2 bulan tu lebih kurang same aje ngan bayar duit umah sendiri tiap2 bulan.So,mane yang lagi untung??..tapi,sampai bila nak duk umah sewa???anak sorg dua oke lagi tp kang anak dah berderet xkan nak melepett kat umah sewa lagi? dan mostly la umah sewa banyak umah apartment atau flat.Tu kalau kenduri kendara,xke susah.Dan sejujurnya aku gayat kalu dok umah tinggi2 ni.haha..

3) Kenduri kejap je,preparation punye berbulan2...guna duit beli itu ini,tak ke membazir dan memeningkan kepala?.Aku tgk ade yg buat event bertunang lain,nikah lain,kawen lain.Pastu jarak2 waktu tu jauh plak tu..berbulan jugak.Kan elok kalau dijalankan sekaligus.Jimat skit belanja kann.Ehhh bukan kedekut yee.

So,rasionalnye.....tak menyusahkan orang.Kawen ni memerlukan ramai org utk membantu start dr warna spender kene matching sampailah warna bunga manggar kene pelbagai.Ahhh remehh tahu.Aku selalu dgr dugaan org2 bertunang ni.Mau tak bnyk dugaan nye..bertunang bukan main lama..jarak lama tu bg mcm2 masalah dan tau je la nafsu dan syaitonnnn punye keje camne.So,aku nanti senang dan simple aje...2 hari 1 malam.Plan sabtu pagi tu nikahh...xde tunang2 bagaii.Pastu ahad tu sanding dan nak nampak lebih meriahnye perkahwinan tu...bawak hantaran pada hari ahad.Haa baru nampak meriah kawennyee.Xpayah nak pelamin bagai kann.Cume yg penting,gambo kawen tu haruslah hebat dan gempak.

4) kehidupan lepas kawen pulak nanti mesti jadi perbualan orang.Oh mak aku suka jugak jaga tepi kain org dan aku anggap itu bukan 1 kesalahan sebab aku jadikan semua tu pengajaran.Contohnye mak aku ade cite pasal jiran aku ni yg anaknye dah mengandung dan bakal lahir pada bln 11 ni dan yg jadi kemusykilan nye,bulan berapa dia kawen ritu eh sbb rasenye baru aje lagi.Ahaaaa...agaknye bunting pelamin kot.Bagi aku kehidupan selepas kawen tu lagi penting dr mase majlis kawen.
So,rasionalnye.....xkan nak berhabis duit masa kawen kot.Dah kawen nnt haru biru plak nak membayor hutang kawen kannn.Tak jeles ke org lain lepas kawen pakai kereta baru,umah baru tp diri tu xde perubahan ape pon.Memanglah rezeki tu Tuhan nak bg tapi tak henggat plak duit berabis mase nak kawen tu kann jemahhhh.Bagi aku,biorlah majlis kawen aku tu serba ringkas dan mengikut syariat islam dan aku tak kebulur lepas kawen.Itu aje.

Oke,itu antara rasionalnye aku dlm perkahwinan dan pasal tu la aku lom kawen sampai sekarang dan sabtu ni Insyaallah umur aku dah 26 Tahun.hahahahah nampakkk nampakkkk aku mmg muda remajaa.Mak aku sendiri pon gelisah aje aku tgk bile aku still single lagi skang ni.Dan yg paling tragis sekali,kalau cite pasal kawen aje,aku ngan mak mesti nak bertekak.Aku pon xtau pasal pe.Mungkin sbb mak aku tgk aku ni sgt pemalas kat rumah dan kebanyakkan keje rumah mak aku buat.Aku bukan ape,sebenarnye aku malas dan paling tak bleh blah kalau aku rajin sikit mulalah mak aku cakap..

'rajin anak emakk,dah boleh kawen ni" dannn nampak sgt mcm perli aku kann dan pastu mula la nak bertekak balik dan aku pon jadi malas balik.Xde ke ayat motivasi yg lebih menaikan semangat aku utk rajin buat keje umah???Contoh macam...

"Wahhh,bersihnyee..."..ok,fullstop smpi situ aje.Itu dh membuatkan aku rajin dan rajinnn.Ini tak..ade je nak membahan aku tp mostly aku in out dengar aje.

Dan aku berfikir bahawa 

1) lelaki zaman sekarang susah nak jumpa yang berkualiti.Rasionalnye...ade yg sibuk nak kawen 2,3 dan 4 walaupon sedar diri tu tak mampu dr segi kewangan.Eh,banyak cerita aku dgr tentang faktor penceraian berpunca dari masalah kewangan.Betul ke?aku tak pasti.Jadi nak jumpa yang betul2 berduit dan mampu itu agak susah dan kalau jumpa pon dorg opkos pilih yang lawa2 dan cun melecun walaupon perangai buruk sbb bg dorang,perangai boleh diubah.Muka kalau dah buruk,buruk jugak.Huhhh sungguh terasa aku yang tak berapa nak muka mcm Dato' Siti Nurhalijahhh nih.

2) lelaki kaki kikis???..aku tak pernah jumpa lagi dan esok lusa mane la tahu kannn.

3) lelaki pemalas dan dannn...belum jumpa tp esok lusa xtau la kann.

4) lelaki kurang pendidikan tapi rajin.Ha yang ni aku tak kesah sangat janji rajin itu aje.Tapi ade ke?entahlah.

5) lelaki kaya raya dan hensem serta baik budi pekerti dan ilmu akhiratnya...hamboiii kemainnn tapi aku belum jumpa lagi dan maybe akan jumpa.Hopefully...

6) apa guna kawen kalau suami tak sujud mengadap Tuhan.Mase raya haritu aku pernah jumpe sorg kawan ni yg bg aku menjaga solatnya (ahh pk baik aje okk)..pegi raya umah org sempat nak bersolat sedangkan kwn2 lain buat muka poyo plak.Hadehhhaiiii sejuk hati jemahhh tauu tgk budak tu dan kebetulan sekufu dgn aku (kroni jawa).Tapi hati  ni xberkenan.Susah sikit nak jumpe org mcm tu dan aku pon kdg2 tuang jugakk.hahaha.Tapi aku kalau boleh nak cari lelaki yg menjaga solatnya sbb aku yakin dia boleh jaga aku.Tapi ade lagi ke zaman skang ni????Kalau jumpe,gitau aku nnt.

Bagi aku la kann,usia mcm aku ni mmg harus kawen tp bila difikirkan aku dh sedia ke????.Nak pikul tanggungjawab????klu tak nnt nak menjawab kat depan Tuhan payah tuu.Jadi isteri/ibu ni nampak complecated kot.Nak masak,basuh,layan suami,anak lagi,mertua..bla..bla..blaa..susah tu tapi mak aku cakap kene pandai manage time tp taulah aku ni mcm kucar kacir sikit.kang laki aku xmakan,anak aku tak mandi,susah pulak.Jadi aku belum sedia utk commited sebagai seorg isteri ape lagi kekasih bagaii..huhh letih tau nak jaga hati org ni.

Aku masih lagi mengenal hati budi seorg hamba Allah ni dah lebih dr setahun tp aku masih lagi belum sedia utk lebih dr seorang manusia yg tido sebelah ade org.TAPI aku penah gak la sesaje ckp pasal kawen dan mula2 mmg manusia tu xcited ajak kawen tp aku pulak yg kecut dan totop topik terus.Nampak kannn???aku sesaje je nak menduga dan bile aku cube naikkan topik kawen tu balik,manusia tu pulak yg off topik.So,aku xleh cakap ape la kann kang nampak mcm pressure plak dia.So,aku lebih selesa mcmni dan anggap hubungan kitaorg tu mcm kawan biasa.
Jadi semua rasional diatas  membuatkan aku masih single dan yang paling penting dalam diri aku.Aku belum puas nak jaga mak abah aku dan kalu boleh aku xnak terlepas sesaat pon nak memandang mereka.Dan impian utk mendapat lelaki kaya dan soleh itu masih belum pudar..hahhahhahah

Thursday, August 16, 2012

jangan tido lepas zohor masuk asar

mimpi paling mengarut aku rase..dan akibat dengar lagu Shaheizy Sam+Yana Samsudin melebihi 5 kali.

Kelibat Darl masuk dalam kete dan dok blakang pulak tu disebabkan adik aku yg drive.Eh macam bos pulak dia.Pastu menyusul pula Ayu (manager ) aku ikot masuk dalam kete dan dok disebelah Darl.Eh...motip pehal lak Ayu dok sebelah Darl????.Dorang kenal ke???...

Dalam kete,kami 4 org mendiamkan diri.Tapi hati aku tak diam.Pk Darl curang ngan aku.Ohh sampai hati kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! dan akhirnya Darl ngaku jugak dia punya skandal ngan Ayu.

Ohh sedih gilakkk dan rasa nak lari jauh2 sambil nangis2 penuh kehibaan.Huh,tragik kannn??

Tiba-tiba...................................terdengar
periuk belanga 'meriah' didapor.
Celik2...eh,dah pukul 6pm?????Ahh,sialan betul.Sungguh tragik mimpi aku.
Nilah balasan carik pasal nak membenci org,last2 rindu 2 hari putus hubungan.Padan muka gua!.

Tapi...pelakon tambahan tu camne leh masuk suka2 hati je??pelik pelikkk

Tuesday, August 14, 2012

Menanam Kebencian

sekarang bagi aku.aku memutuskan hubungan di telefon dan ym+skype.Tapi aku ikut perkembangan dia di blog.Mujur ada tulisan-tulisan luahan perasaan dia.Jadi itu masih dikira mengambil tahu kan?.

Aku perlukan masa.Masa utk kembali kepada aku yang 'single'...Rimas bila 'couple' ni.tambah2 lagi,ostat ostajah ade yg kate COUPLE ITU HARAM...dan aku rase mmg nahrommm dan merugikan aku.Dah la haram,dpt dosa lagi.

Senang cite,kalu dia jodoh aku,dia akan ajak aku kawen.Bukan aku yg ajak dia kawen.Terhegeh2 nama nye tu.

Biarlah aku seksa hati dan perasaan dia tp jgn sampai aku plak yg terseksa!

Ohhh hati perasaan,tabahlahhh dikauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

hati ini

aku bosannnnnnnnnnnn
bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


nak larik xtau nak pi mana?...rase mcm nak nangis yang amatttt..uishhh cool bebehhh..cool...dah la ngah period.moody sangat lo.kesiann..sejak 2,4 mmgu atau senang cite sejak mula puasa ni hati dan otak aku ni dok teringat si sotong kering (fairif) tu jer.Apsal tahhh.kacau bilau hati aku ni.Walhal org tu ngah bahagia ngan anak bini.Aku yg dok teringat laki org tak tentu pasal.haduhhhhh...mmg sah la cinta itu membunuhku.Menyesal plak aku rasa aku kenal dia.Aku dok teringat lagi ape yg dia buat kat aku.Sampai sekarang aku rase pekara tu tak logik dan sengaja direka2 utk berpisah.Hah,senang betul laa lelaki camtu.Kadang2 aku jadi tensen pon ada dan pelik jugak.tatau la pasal pe aku boleh teringat kat dia dan seyes aku rasa klu kami hidup same dan xde halangan bodoh tu,agaknye dh beranak pinak aku,xde la status skang ni 'bujang xtau sampai bila'.Entah la bila aku dpt betul2 lupakan dia dan sememangnya aku nak lupakan dia sungguh2.Tapi tu la..payahhhh even dah nak 3 tahun semua tu berlalu.Hanya masa menentukan.

Hal si Hairul ni lagi membosankan dan memualkan aku.Dalam otak aku ni,aku nak seorg pakwe yg tinggi dan berbadan tegap,kaya raya,banyak harta dan budiman.Tapi Hairul jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh beza.Dan semakin lama aku semakin mual dgn dia.Rase menyampah pon ada.Kejap rasa suka,kejap rasa menyampah.Haishhh menyeksa org betul aku ni tp tulah aku sendri tak paham dengan diri aku.Ape yg aku rase sekarang ni,aku mmg nak menjauhkan diri dari Hairul.Hahah bole gitu?Kejam kan aku?.Entahlah bg aku,Hairul layak dapat perempuan yg lagi baik dr aku.Hairul tu baik bg aku dan aku org yg bodoh yg tak faham dgn kebaikan org.Waaaaaaaaaaaaaaaaa..rase mcm nak nangis pulak.Tahannn tahannnnnn...

Aku tak suka betul mainan perasaan.Kan best kalu aku ni hati batu.hati kering..

Thursday, August 9, 2012

Crafty

sem depan ade subjek craft...jadinye..perlu lebih kretif oke.utk dapat A+

link
http://diycrafts.blogspot.com/2011/01/hydrangea-felt-flower-pins.html

Friday, August 3, 2012

separuh jiwaku pergi..ohh

harini result keluar..dari semlm jantung tak henti2 berdegup dan xcited gila nak cek.soo cek email mlm td xde lagi dpt email dr uitm.makanya tido dgn tak tenteram.Pastu pagi2 tersedar kol 12 lebeh.ha???pagi ke tu?hahhaha

1st bukak pesbuk..perghhhh member dah cek.Then bukak email..tawakal abes dah ni.Cek result..tgkkkk result...............takde A??????????????????????..jantung berenti kejap.thennn Alhamdulillah semua lulus,kira okeh la tu tpi hampa sangat sbb takde A.Aku rase dah sehabis giler aku wat keje cik rai tp dia tak bagi aku A?..mana silapnye???.

Pastu aini call..girang gemiranggg je bdk ni.Dia ckp dia dapat A- utk cik Rai.Apakah???..dapat 3 A pulak tu..Fatawi,raiha dan 1 lagi xtau yg mane.Gilaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!...Aini final painting tak siapp tuhhh,second project cacat..1st projek biasa jer..RWB hampehhh pon dpt A.aku??????????????????..mase tgk kat RWB tu dia tulis EXCELLENT lagii tp bila tgk result................haduhh nak menangis aku.Aku mmg target sem ni aku dpt dekan.tapi.....................................current sem pointer 3.12 then GPA 3.06.Mmg la naik tp aku tak puas hati kottt..Haduhh mmg keciwakk aku rase.Tapi nak cek balik mmg tak laa coz paper tu xdak final.Haduhh sedehh siot...

Sem depan???? aisimennn en Adi plak.si cerewet tu,mmg mampus la aku.Dalam hati aku ade gak berkata2...cik rai ni tak puas hati ke ngan aku?????apsal pompuan ni????hahhh buruk sangka..hahahah..

Aku perlukan semangat baru.............ohh semangatttt kemari kauuuuuuuuuuuuuuuuu...

Wednesday, July 25, 2012

arranged married

tulis sambil dgr lagu Christina Perri - A Thousand Years  q(*v*)p

i was walked thru my fb members to find new design of shawls,searching for the cheap and beautiful shawls to buy..haha really kedekot of me kan.And klik the Modish shawls then i found that really nice shawls and cheap to buy for raya.Then i was read the comment in the bottom then found that i comment to attract about more info about that....'pakai tudung macam dena bahrin'...the name "Dina Bahrin" bring me along to this blog

http://denakamarulbahrin.blogspot.com/

honestly,when i read about their n3 and mostly i liked.The story about himself ,about arranged married and so on.And it will be remind me last night at tuition classes that my student asked me about the question.

'teacher,u already married?"

me : geleng2 and then angguk2...* confuse right?hahaha

'but teacher u told me last month that ur really got married right?

me : im going to be married but not now dear...*Fuhhhh the true story is...i dont noe when i got married.haha

"teacher what do u think that our age have some boyfriend?"

me : * its really geography classes or psychological classs?? 2nd confuse yawwwwww. Okk for me thats not the problem if ur study does effect anything.Even ur parents noe about it but tell ur parents that 'boyfriends' is BOY-FREIND only but control urself..hahha

'but thats going to begin and our parents think that the negative ways.Teacher u arranged married or not?

me : *blink2 eyessss........Hopefully i want to be that kind of way but until now,i never found that my parents want to be that.hahahah.. innocent right??

Actually im very hoping that arranged married its gonna be to me.So sweet moment u noe and based on that blog,its really that the married are blessed with family and other even she have a boyfriend before that.Hahah for me as long as that future husband (arranged married) rich and kindful person,why not give the chance and hopefully happiest until jannah.Oh my,I really doesn't appreciate what i have now-Airul.

Nearly the days,i really bored with him.Hah always msj,call and ym...Sumtimes that he want to call me,i try to avoid it because i think that nothing want to say and sumtimes it makes me tired gilaaa nak melayan.Huh..i think that want to make the 'jurang' for ours miss each others.But now,jadi menyampah pulak aku.huh.

So,i hope that my parents do that arranged married..netau dpt lelaki hensem,bagus dan kaya.kahakahakahkah

its dreaming laaaaa..hahaha