Wednesday, August 29, 2012

Musim mengawan datang kembali dan rasionalnya aku masih single.

aku tgk kat fb org dok sebok post pasal perkahwinan Ustaz Don dan Husna kan..So aku pon nak join sekaki padahal xde pon minat ape nye.Tapi ade 1 part ni yg aku suka dan suka serta sukaaa..

ihsan : mukabuku

Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan di tempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Bagi aku la kann,pekara diatas sudah cukup utk sebuah walimah perkahwinan zaman sekarang tp tau je le masyarakat zaman sekarang ni klu boleh semua nak buat havoc dan gempak.Kang nampak tak mcm kaya atau kawen 'asal boleh' aje pulak kann.Aku sendiri klu boleh nak majlis yg serba simple tp xde la mcm kawen koboi tu ha.Takde upacara bersanding dan merenjis serta baling gula2 mcm pakcik makcik aku buat (sakit kepala aku terkena balingan gula2 Hacks) zaman dulu2.Macam ayam pulak la kann..hahhaa.

Tapi seyes aku ckp dan dh ckp kat mak aku bahawanyee...Duit hantaran aku mesti banyak dan banyak tu mesti lebih dr RM10k...haaaaaaaaaaa...ade sebab tu aku nak letak harga diri sendiri sebanyak tu.Banyak ke???ade lg banyak kot.
Rasional

1) duit tu aku tak akan sentuh utk majlis kawen dan segala perbelanjaan aku guna duit simpanan sendiri.Aikk xkan nak bg mkn org yg dtg majlis pakai duit org bagi kot..even dah jadi suami sah kan.

So,rasionalnye...nak kawen kene la simpan duit dari sekarang..jgn esok nak kawen baru harini nak simpan seposen setiap 20 minit kot.kompom xcukup walaupon simpan rm1k/bulan selama 2 tahun (itu kalu nak buat kenduri guna dewan+katering...zaman skang la katekann).Nak pinjam bank???kalau rm16k berapa tahun nak abes ye?agak2 anak dah skolah darjah bape?
ahhh tu lain cerita.

2) duit tu aku guna untuk buat deposit rumah teres yg akan kitaorg duduk smpi akhir hayat.Kalu umah 2 tingkat harga rm200k deposit rm20k pon dh oke cume sakit sikit la tiap2 bulan nak membayornyee kannn.haha.

So, rasionalnye.....xkan nak menumpang mak bapak kot lepas kawen.Malu la sikitt,mane pegi tanggungjawab membina keluarga sakinah??.Lain cerita kalau suami anak bongsu dan kesayangan si emak mertua.Haa yang itu memang 'paksa rela' kene ngadap mak mertua hari2.Nak2 pulak mak mertua jenis cerewet dan cerewettt...haishhhh merana hidup kannn.Nak menyewa rumah????aku rase kan,duit sewa rumah tiap2 bulan tu lebih kurang same aje ngan bayar duit umah sendiri tiap2 bulan.So,mane yang lagi untung??..tapi,sampai bila nak duk umah sewa???anak sorg dua oke lagi tp kang anak dah berderet xkan nak melepett kat umah sewa lagi? dan mostly la umah sewa banyak umah apartment atau flat.Tu kalau kenduri kendara,xke susah.Dan sejujurnya aku gayat kalu dok umah tinggi2 ni.haha..

3) Kenduri kejap je,preparation punye berbulan2...guna duit beli itu ini,tak ke membazir dan memeningkan kepala?.Aku tgk ade yg buat event bertunang lain,nikah lain,kawen lain.Pastu jarak2 waktu tu jauh plak tu..berbulan jugak.Kan elok kalau dijalankan sekaligus.Jimat skit belanja kann.Ehhh bukan kedekut yee.

So,rasionalnye.....tak menyusahkan orang.Kawen ni memerlukan ramai org utk membantu start dr warna spender kene matching sampailah warna bunga manggar kene pelbagai.Ahhh remehh tahu.Aku selalu dgr dugaan org2 bertunang ni.Mau tak bnyk dugaan nye..bertunang bukan main lama..jarak lama tu bg mcm2 masalah dan tau je la nafsu dan syaitonnnn punye keje camne.So,aku nanti senang dan simple aje...2 hari 1 malam.Plan sabtu pagi tu nikahh...xde tunang2 bagaii.Pastu ahad tu sanding dan nak nampak lebih meriahnye perkahwinan tu...bawak hantaran pada hari ahad.Haa baru nampak meriah kawennyee.Xpayah nak pelamin bagai kann.Cume yg penting,gambo kawen tu haruslah hebat dan gempak.

4) kehidupan lepas kawen pulak nanti mesti jadi perbualan orang.Oh mak aku suka jugak jaga tepi kain org dan aku anggap itu bukan 1 kesalahan sebab aku jadikan semua tu pengajaran.Contohnye mak aku ade cite pasal jiran aku ni yg anaknye dah mengandung dan bakal lahir pada bln 11 ni dan yg jadi kemusykilan nye,bulan berapa dia kawen ritu eh sbb rasenye baru aje lagi.Ahaaaa...agaknye bunting pelamin kot.Bagi aku kehidupan selepas kawen tu lagi penting dr mase majlis kawen.
So,rasionalnye.....xkan nak berhabis duit masa kawen kot.Dah kawen nnt haru biru plak nak membayor hutang kawen kannn.Tak jeles ke org lain lepas kawen pakai kereta baru,umah baru tp diri tu xde perubahan ape pon.Memanglah rezeki tu Tuhan nak bg tapi tak henggat plak duit berabis mase nak kawen tu kann jemahhhh.Bagi aku,biorlah majlis kawen aku tu serba ringkas dan mengikut syariat islam dan aku tak kebulur lepas kawen.Itu aje.

Oke,itu antara rasionalnye aku dlm perkahwinan dan pasal tu la aku lom kawen sampai sekarang dan sabtu ni Insyaallah umur aku dah 26 Tahun.hahahahah nampakkk nampakkkk aku mmg muda remajaa.Mak aku sendiri pon gelisah aje aku tgk bile aku still single lagi skang ni.Dan yg paling tragis sekali,kalau cite pasal kawen aje,aku ngan mak mesti nak bertekak.Aku pon xtau pasal pe.Mungkin sbb mak aku tgk aku ni sgt pemalas kat rumah dan kebanyakkan keje rumah mak aku buat.Aku bukan ape,sebenarnye aku malas dan paling tak bleh blah kalau aku rajin sikit mulalah mak aku cakap..

'rajin anak emakk,dah boleh kawen ni" dannn nampak sgt mcm perli aku kann dan pastu mula la nak bertekak balik dan aku pon jadi malas balik.Xde ke ayat motivasi yg lebih menaikan semangat aku utk rajin buat keje umah???Contoh macam...

"Wahhh,bersihnyee..."..ok,fullstop smpi situ aje.Itu dh membuatkan aku rajin dan rajinnn.Ini tak..ade je nak membahan aku tp mostly aku in out dengar aje.

Dan aku berfikir bahawa 

1) lelaki zaman sekarang susah nak jumpa yang berkualiti.Rasionalnye...ade yg sibuk nak kawen 2,3 dan 4 walaupon sedar diri tu tak mampu dr segi kewangan.Eh,banyak cerita aku dgr tentang faktor penceraian berpunca dari masalah kewangan.Betul ke?aku tak pasti.Jadi nak jumpa yang betul2 berduit dan mampu itu agak susah dan kalau jumpa pon dorg opkos pilih yang lawa2 dan cun melecun walaupon perangai buruk sbb bg dorang,perangai boleh diubah.Muka kalau dah buruk,buruk jugak.Huhhh sungguh terasa aku yang tak berapa nak muka mcm Dato' Siti Nurhalijahhh nih.

2) lelaki kaki kikis???..aku tak pernah jumpa lagi dan esok lusa mane la tahu kannn.

3) lelaki pemalas dan dannn...belum jumpa tp esok lusa xtau la kann.

4) lelaki kurang pendidikan tapi rajin.Ha yang ni aku tak kesah sangat janji rajin itu aje.Tapi ade ke?entahlah.

5) lelaki kaya raya dan hensem serta baik budi pekerti dan ilmu akhiratnya...hamboiii kemainnn tapi aku belum jumpa lagi dan maybe akan jumpa.Hopefully...

6) apa guna kawen kalau suami tak sujud mengadap Tuhan.Mase raya haritu aku pernah jumpe sorg kawan ni yg bg aku menjaga solatnya (ahh pk baik aje okk)..pegi raya umah org sempat nak bersolat sedangkan kwn2 lain buat muka poyo plak.Hadehhhaiiii sejuk hati jemahhh tauu tgk budak tu dan kebetulan sekufu dgn aku (kroni jawa).Tapi hati  ni xberkenan.Susah sikit nak jumpe org mcm tu dan aku pon kdg2 tuang jugakk.hahaha.Tapi aku kalau boleh nak cari lelaki yg menjaga solatnya sbb aku yakin dia boleh jaga aku.Tapi ade lagi ke zaman skang ni????Kalau jumpe,gitau aku nnt.

Bagi aku la kann,usia mcm aku ni mmg harus kawen tp bila difikirkan aku dh sedia ke????.Nak pikul tanggungjawab????klu tak nnt nak menjawab kat depan Tuhan payah tuu.Jadi isteri/ibu ni nampak complecated kot.Nak masak,basuh,layan suami,anak lagi,mertua..bla..bla..blaa..susah tu tapi mak aku cakap kene pandai manage time tp taulah aku ni mcm kucar kacir sikit.kang laki aku xmakan,anak aku tak mandi,susah pulak.Jadi aku belum sedia utk commited sebagai seorg isteri ape lagi kekasih bagaii..huhh letih tau nak jaga hati org ni.

Aku masih lagi mengenal hati budi seorg hamba Allah ni dah lebih dr setahun tp aku masih lagi belum sedia utk lebih dr seorang manusia yg tido sebelah ade org.TAPI aku penah gak la sesaje ckp pasal kawen dan mula2 mmg manusia tu xcited ajak kawen tp aku pulak yg kecut dan totop topik terus.Nampak kannn???aku sesaje je nak menduga dan bile aku cube naikkan topik kawen tu balik,manusia tu pulak yg off topik.So,aku xleh cakap ape la kann kang nampak mcm pressure plak dia.So,aku lebih selesa mcmni dan anggap hubungan kitaorg tu mcm kawan biasa.
Jadi semua rasional diatas  membuatkan aku masih single dan yang paling penting dalam diri aku.Aku belum puas nak jaga mak abah aku dan kalu boleh aku xnak terlepas sesaat pon nak memandang mereka.Dan impian utk mendapat lelaki kaya dan soleh itu masih belum pudar..hahhahhahah

No comments: