Waktu dinihari mencelik kan mata,line internet masuk dalam enset Samsung Galaxy Ace.Automatik aku dh set masuk Yahoo Massenger.Tup2 muncul Airul di talian online YM.
Airul : Mak aku mimpi aku nak gi jauhhh,Dalam mimpi tu aku mintak halal makan minum
Tersentak aku dibuatnya.Kenapa sampai mcmtu sekali wahai mimpi?..Aku masih sayangkan manusia bernama Airul ini.Dia cukup perfect dihatiku kini.Aku cuba sedapkan hati diri sendiri dgn berkata itu hanyalah mimpi belaka.mana mungkin terjadi sebenarnya.Seperti biasa kata2nya hanya ‘pikir positif’.Wahai sayang,mcmana aku nak pk positif kalau itu kata2 yang bakal berlaku?
Perbualan malam tadi membuatkan diri aku tersasul sikit.Tetiba nak sebut awak......abang...ayang....berdetak jantung hati aku bila kedengaran suara Airul yang aku rindu itu.Sungguh aku rindu dan aku dpt rasakan bila dgr suara Airul,aku terasa dekat dia disebelahku.Ingin kudakap dan meraung sepuas hati,jauh pulak kan..Aku terdengar dia memanggil aku ‘yangg’...perkataan yang tidak asing lagi bg kami.Terasa sesaat aura kebahagiaan dan ia cukup bg aku walaupon sedikit kedengaran.
Dan saat dia memanggil aku dengan perkataan ‘myprincess’..’sayang’...saat tu berderai air mataku.Tidak tahu kenapa jadi begitu.Hatiku begitu tersentuh dgn panggilan itu dan aku dpt rasakan panggilan itu ikhlas dr Airul.Mana mungkin membendung perasaan sayu aku bila kata2 nya pg tadi menjadi kenyataan.Bila dia tiada nanti,bagaimana aku nak berdepan dgn semua nya.Telah ku bilang pada keluarga khususnya mak yang Airul adalah jodohku.Mana mungkin nanti saat dia meninggalkan aku,aku masih lg katakan dia adalah jodoh ku?.
Jika nanti ia benar2 terjadi....
suara siapakah yang akan kedengaran ditalian saat ku katakan ‘aku rindu kat kau’...............................................
bila aku log in YM nanti,siapakah manusia yang akan menegurku dengan tiba2 dengan kata2.........................’yanggggggggggggggggg’...................
saat aku nak berbalas mesej di enset,kepada siapa harus ku hantar pesanan itu....................
Ah,sungguh aku tak boleh.Berderai air mataku bila mengenangkan ketiadaan Airul nnt.Sungguh filem The Japanese Wife yg Airul mahu ku tgk tu sedikit sebanyak berkisarkan tentang kami.Mana mungkin jadi begitu wahai sayangkuu.
Aku begitu berharap Allah swt mudahkan perjalanan hidup kami.Semoga Tuhan berikan aku peluang utk bersama org yang disayangi..Mula dulu aku berfikir tentang cinta lama.Ditinggalkan kekasih,Kekasih hati berkahwin dgn org lain,Tidak ada keserasian dan segala mcm kisah cinta aku cuma dipisahkan dengan maut sahaja belum terjadi.Ahhh sungguh aku tidak mengharapkan itu.
Saat berada di dalam hidup Airul,aku berasa dia seorang lelaki yang membawa aku kepada Tuhan Yang Maha Esa.Dia seorang yang penyayang dan bg aku dia seorang manusia yang redha dengan jalan takdir hidupnya.Itu setakat setahun lebih aku mengenali Airul.
Hatiku sejuk tatkala mendengar suara ketawa riang Airul dihujung talian.Seringkali begitu,belum sempat memulakan ayat,sudah kedengaran gelak tawanya dihujung talian.Saat itu aku merasakan dia adalah manusia yang sentiasa ceria walaupon masalah dikeliling otak.Dan setiap butir bicaranya akan kedengaran gelak tawanya sehingga aku sendiri tak faham dengan kata2 yg bukannya lawak.Ya Allah saat ku dengar gelak tawanya..aku merasakan semua masalah aku hilang..
Air mataku berderai untuk kesekian kalinya saat mengenangkan kata2 Airul pagi td.Sungguh aku tak mahu kehilangan dia.Setiap hari berhubung,setiap hari membaca karangannya di blog.Mana mungkin 1 hari nnt aku kehilangan semua itu.Tidak..aku tidak mahu.Lebih baik berpisah Cinta DiKianati daripada berpisah Jasad oleh Ajal Maut.
Disaat sekarang ini,aku akan cuba sedaya upaya usia aku untuk dekat dihatinya.Akan aku siapkan lukisan itu utk kamu Airul.Akan ku doakan kesejahteraan mu.Akan ku persiapkan diriku untuk mu dan paling membuatkan aku bahagia saat aku mendengar kata2 mu ‘menjadi suami mithali utk aku’...mana mungkin aku menganggapmu seorang teman biasa.Bagi aku,kau tunanganku secara rahsia.Ya...akan aku jaga hubungan ini.Semoga Allah swt tahu yang aku memerlukan kau.Aku akan tunaikan impian Bukit Ampang tu ya.Salam sayang cinta sepenuh hati....
No comments:
Post a Comment