Wednesday, February 13, 2013

Jodoh Dan Takdir

dikopipes dari blog kak cujen..mai la terjah SINI


"Allah tak tetapkan jodoh, manusia sendiri yang pilih jodohnya. Kebanyakan orang Melayu Islam suka bercakap tentang takdir, tapi pengetahuan tentang takdir tak mendalam. Yang ditulis sejak azali ialah apa dan siapa yang dipilih oleh manusia, kerana Allah SWT tahu sejak azali siapa yg akan dipilih oleh manusia sebagai jodohnya, kerana Allah mengenal manusia lebih dari manusia kenal dirinya sendiri. 

Apakah dengan tertulisnya pilihan manusia itu, maka dia tidak boleh memilih orang lain? Sudah tentu boleh. Pastinya juga ada takdir yang telah ditulis tentang Fizz SEKIRANYA dia MEMILIH untuk berkahwin dengan Almy. Takdir ni bukan satu je yang ditulis, tapi ada banyak cabang, selagi namanya Qada'. Apa akan jadi bila Fizz pilih Almy, ada takdirnya. Kalau pilih Azlyn, ada takdir yang lain. Kalau pilih tak kawin pun ada pula takdir lain. Dan bila Fizz dah buat pilihan, jadilah Qadar, ketetapan yang telah berlaku, dan tak boleh diubah lagi. Apakah pilihan Fizz itu betul, salah atau terbaik? Itu belum pasti. Hanya Allah yang tahu siapa pilihan terbaik buat Fizz, oleh sebab itu, orang Islam disarankan bersembahyang istikharah untuk ditunjukkan yang manakah pilihan terbaik.  

Allah benarkan pilihan manusia, biarpun yang buruk, bukan kerana dia suka, tetapi kerana kebebasan manusia untuk memilih. Setiap pilihan itu akan dipertanggungjawabkan pada manusia di akhirat. Itu sebab Nabi pernah kata,”PILIHLAH isteri kerana agamanya, nescaya engkau akan selamat di dunia dan akhirat. Untuk mengatakan jodoh Allah yang tentukan tu sebenarnya salah dalam konsep Qada' dan Qadar. Manusia diberi kebabasan untuk memilih dan membuat keputusan dalam hidupnya. Dalam kes ini, jodoh itu dipilih oleh Fizz sendiri. In a relationship, menuju pada perkahwinan, you both have to want the same thing. Di sini, Fizz mmg tidak piilih Almy, sebaliknya Azlyn, dan Azlyn pun pilih untuk terima Fizz. Kalau tak nak, apa pun tak jadi. 

Memang ada kes di mana Allah tak beri keizinan untuk satu pasangan bersama, contohnya, lelaki A dan perempuan B dah pilih untuk berkahwin, sama-sama hendak antara satu sama lain. Tapi datang pula faktor luar yang tak dapat dikawal, contohnya lelaki A accident patu meninggal, maka ini ialah kes di mana Allah tidak izinkan pilihan itu berlaku. Yang ini baru takdir terlibat ya. Bagi aku, mengatakan 'tak ada jodoh itu' perbuatan lepas tangan terutamanya bg pihak yang 'tidak mahu' hendak menyalahkan takdir sedangkan diri sendiri bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan masing-masing. 

Dan kalau Allah izinkan pasangan yang dipilih manusia itu, tidak bermakna itu ialah pilihan terbaik. Allah cuma izinkan pilihan manusia, walaupun salah pilihannya itu, kerana itu ialah tanggungjawab manusia untuk memilih. Pilihan dia mencorakkan takdir hidupnya dan dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat untuk pilihan-pilihan yg dia dah buat."


Jodoh tu sebenarnya pilihan kita. Allah cuma membenarkan pilihan yang telah kita buat. Tapi, orang suka salahkan takdir bila terjadi kes-kes takde jodoh macam ni. Konon-konon dah takdir yang menentukan perkara-perkara macam tu. Macam la Allah tu kejam. Walhal pilihan ditangan kita. :)

ok,terkesima aku dengan ayat2 kat atas ni.Apalah agaknya jalan hidup aku nanti.

2 comments:

AinNur Haris said...

thank u 4 sharing this..
akak pun baru tahu mcm tu rupanya konsep jodoh ni.. :)

istikharah lah dik...
cuba dulu..mungkin ada sesuatu yg Allah nak bagitahu.. :)



.

AkuBukanLelaki said...

insyaAllah kak,sy cuba