aku mencari bahagia dalam hidup aku.Tapi bahagia itu kian lari jauh meninggalkan aku dan kelukaan semakin mendekati.Mampu ke aku nak hadapinya sekarang ini?...lelah aku dgn semua ni..
tepat azan asar berkumandang...hairul menjejakkan kaki kerumah aku.Dengan membawa seplastik mangga manis dan sebuah beg kertas comel yg mengandungi sebuah buku agama.Sampai ke hari ini aku belum sempat nak membaca isi kandungan buku itu.Terima kasih yee.Epik sungguh rasa.Oh ye sebenarnya hairul dtg ke rumah aku utk berkenalan dgn lebih rapat lg dgn keluarga aku.Suasana meriah menyambut kehadiran hairul.Hurmm nampak mak abah serasi jugak bila terdengar gelak tawa mereka.Aku hanya duduk terperuk di dapur sahaja.
Tapi ceritanya berlaku sebaik sahaja hairul balik kerumah.Bagi aku la kan,tak sepatutnya soal harta di persoalkan dan tujuan sebenar hairul adalah utk berkenalan sahaja.Tapi ceritanya lebih kearah soal perkahwinan.Aku sebenarnya terkedu.Tapi dah lepas....
Terlalu sakit rasanya nak diceritakan..semlm lagi aku dah rase 1 perasaan keciwak bila mak cakap dia 'was was' dgn hairul.Alkisahnya mak harap hairul itu hensem,kerja kerajaan dan punya kereta tapi sebaliknya pula yg dilihat..Jadi sampai ke hari ini aku telan segalanya.Memang hakikat yg akan aku terima yg mak tak berkenan dgn hairul.Pedih jugak hati ni nak tanggung.Setakat ini bg aku hairul cukuplah ape adanya manusia.Mak ulang2 kali ckp,ape2 jadi nanti mak tak ambil tahu.Apakah????..yg mendoakan sebegitu dan aku aku hanya menahan tangisan dlm hati sebenarnya.
Mak berkata berikutan kisah2 negatif yg didengarnya dr mulut2 manusia lain dan dia umpamakan hidup aku akan jadi sebegitu kelak aku berkahwin dgn hairul nnt.Sebak aku jadinya dan seolah2 aku nak meraung aje biar semua org dengar..
Alangkah bagusnya kalau mereka merestui...Aku akui perkahwinan hairul yg lalu pun disebabkan masalah yg sama iaitu xmak mertua tidak merestui kerana hairul ni miskin dan tidak bekerjaya besar.Ibubapanya pun miskin.Sibapa tukang paip dan si ibu ikut kerja katering.
Sebak hati aku menahan tangisan...aku perlu tabah dan berfikiran rasional.Hajat hati nak sambung master dah ditolak mentah2..Siapa manusia utk mempertikai rezeki yg Tuhan bagi??.Aku sekarang ini tersepit dlm keadaan.Rasa nak lari jauh2 dan tenangkan fikiran.Jauh mana aku nak lari sedangkan arwah nenek dah pergi jauh dr aku.Ahh aku rindu nenek.Aku lebih suka kalau nenek yg nasihatkan aku selain mak sendiri...Nenek,nape pergi cpt sgt???? :-(
Aku punya keputusan yg aku rasa itu jalan terakhir...aku tersepit antara hairul dan mak...Jadi,aku sendri akan tangguhkan segalanya.Tangguh segalanyaaaaaa...sehingga ada pengakhirannya tak kiralah bahagia atau duka..Kalau hubungan aku dan hairul bertahan,aku harap aku dpt menjaga diri.Tapi jika tidak,aku dah lelah dgn semua ni.Jiwa aku mati.Takda kebahagiaan dan keseronokan dlm hidup..Aku akan tangguhkan..Fokus pada kejayaan yg akan aku kecapi.Itu lebih membahagiakan.Lupakan segala perasaan aku.Aku dah cukup tersiksa..Aku redha kalau Tuhan takdirkan aku seorang diri sampai mati.Bagi aku restu keluarga itu penting..Aku dah mati akal utk buat sesuatu.Jiwa mati,hati kering kontang sudah..Jadi keputusan aku,aku akan tangguhkan..tangguh sehingga hairul tak mampu tunggu.Ya,itu jalan aku.Aku sakit utk semua ni..Aku manusia biasa yg mahukan kebahagiaan...tapi segalanya aku telah putuskan.Keputusan aku dlm hidup ini.....Maafkan aku hairul,aku berharap restu itu tp ia mmg bukan utk aku buat masa ini..Kalau kau tak mampu,kau pergilah jauh.Kau bencilah aku tp sebenarnya aku tahu...
1 comment:
Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.
http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html
Thank you Cik Gadis Macho :)
Post a Comment