Wednesday, April 30, 2014

Selamat Ulangtahun Sebulan Lewat

Selamat Ulang Tahun Lewat Sebulan Satu Hari Abg,
30 March 1984 - 26 April 2014 (3.45ptg)
Al-Fatihah
Ayg doakan abg baik-baik disana.Semoga abg hadir dalam mimpi malam ayg untuk sekali supaya ayg dpt tgk wajah abg untuk terakhir kali,InsyaAllah.

Jeti Bagan Datoh, Perak
kali pertama kita bersua muka
Perasaan ayg : nebes gilaaaaaaa...malu sgt2.heheh
Abg ingat tak tmpt ni?
2 kali kita pegi sini sempena annyversary 1st n 2nd
Proton City Tanjung Malim, Perak


 Taman Tasik Taiping,Perak
tempat abg park kete ngan nampak tak itik terapung tu??
memori sgt..1 payung kita kongsi
Romantik tauuu..feeling woo
hahaha


Terima kasih abg utk secebis cinta ini
Akan ayg kenang sampai bila-bila
doakan ayg supaya jumpa suami sebaik abg dan kalau boleh nak seiras abg.
kehkehkeh

Monday, April 28, 2014

sesuatu yang diingati


time ni aku ngah godek2 baca balik nota2 cinta aku dengan arwah.Antara pekara2 yg aku nak higlight kat sini terlalu banyak.Takpe,aku highlight satu2..dan ini utk memory aku aje dan biarlah ia terkubur bersama doa2 yg aku kirimkan pada arwah.Semoga aku tabah!

    Jeti Bagan Datoh - tempat pertama kali bertemu
    Ipoh - Greentown ( tgk wayang kalu xsilap)
    Hot Spring Park - mandi manda
    Teluk Intan - Dating malam tgk wayang
     
a) 18 Jun 2009 - anniversary yg ke 2
b) BIRU - warna kegemaran arwah
c) 21 Jun 2009 - kami pegi Tanjung Malim,lepas tu pi Taman Tasik Taiping-balik tu sesi luah perasaan dan       pertama kali dia nangis sbb hubungan kitaorg bakal berakhir.
c) Proton City Tanjung Malim - 1st dating dan declare couple
d) 5 Ogos 2009 - arwah ckp nak beli rumah kat Proton City utk kami duduk.hmm
e) 5 Oktober 2009 - arwah nak melamar aku
f) nama gelaran arwah - Kuasa Suria Pekasa Hitam
g) 14 Oktober 2009 - Kalau abg kemalangan then meninggal,ayg jaga diri baik2 ye syg.Abg nk ayg tau yg abg sygkan ayg sepenuh hati...

:-(

h) 22 Oktober 2009 - abg rindu ayg...
Ape pun cinta,kasih syg & rindu abg pd ayg xkan berubah sampai bila2.Perasaan abg tetap cinta,syg dan rindu pd ayg biarpun ayg pergi jauh dr sisi abg...

i) 21 May 2010 - kali terakhir kami berhubung melalui mesej telefon
j) 17 Nov 2010 - last mesej dia tp aku xbalas

Sayangku

26 April 2014
3:45 pm
Hospital Kepala Batas Pulau Pinang.
waktu ini aku ngah ngajar tusyen,lepas abis rehat..dan ketika ini nyawa seorang hamba Allah yg penyayang telah ditarik secara perlahan oleh malaikat maut.Patut la mata aku mcm kedip2 aje rupa2nya ini beritanya.
dan mesej dr arip pagi ahad membuatkan jiwa aku kosong kejap dan tetiba aku rase nak nangis hiba...

"Assalammualaikum pidah...aku ade berite nk bg tahu ni...paid baru je meninggal..xcident kt johor..banyak2kanlah sedekah al fatihah"  7.28 am, April 27

Aku terduduk kejap dan tetiba ingatan aku jdi kuat dgn ape yg penah kami lalui.Aku mengaku dalam tempoh dia meninggalkan aku tu,selama itu la aku sentiasa mengingatinya.Mana mungkin aku lupa kat dia sedangkan dia 1st love aku dan sebenarnya dia lelaki terbaikk penah aku jumpa dan aku tak pasti samada aku dpt jumpa org mcm dia/tidak.Dan kini, dia tidak ada lagi didunia yg fana ni..mulanya aku mmg susah nak terima tp aku cuba untuk terima hakikat yg dia dah pergi.....

untuk mensahihkan berita yg aku terima tu,bnyk kali aku godek2 fb adik beradik dia dan ternyata mmg sah la dan aku ngat arwah dikebumikan dekat bagan datoh sbb nnt aku leh ziarah tp rupanya arwah dikebumi dekat johor,kg isterinya.Mmg layak la kan sbb aku bukan yg berhak.Jadi aku kirim dr jauh aje.Smpi sekarang aku still dibayangi waktu2 kami bersama dulu.Terlalu banyak smpi aku nak taip xtau camne.Tapi nnt aku akn buat entri dr 1st aku kenal dia sampailah part aku dah tau dia bertunang.Tapi aku pvtkan part tu sbb tu hanya utk memori aku nnt.

ni anak sulung dia..Nurul Anis kalau xsilap aku..skang dah umur 4/5 tahun.
comel kan muka dia?hehe
kening,mata,mulut semua ikut muka arwah...
tgk,betapa telitinya aku
masakan aku boleh lupa semuanya :-(

Ni Zaqwan,anak lelaki dia.sekarang mgkn dlm lingkungan umur 2/3 tahun.
comel sgt kan??rase nk picit2 aje,nak cium2
sebak dada aku melihat wajah mereka....
Wahai anak2, sy menyayangi kamu meskipun kamu tidak mengenali aku!

tgkkk comel kan anis?..hehe

Tidak sanggup aku nak tgk muka isteri dia sbb nnt aku sebak dan ape yg aku tanggung mase kehilangan arwah dulu xsame dgn ape yg isteri arwah tanggung sekarang.Tapi aku yakin, arwah meninggalkan seorang isteri yg tabah,sabar dan sgt mencintaimu.Kalau aku ditempatnya,xtau la keadaan aku mcmana.Tak tergambarr.

"Abg,comel sgt anak2 abg..Terima kasih abg sbb sudi singgah di hati ayg.Walaupun bukan jodoh kita tp ayg sgt mengangumi abg sbb abg suka membantu org lain.Semoga syurga tempatmu sayangg.Walaupun abg mungkir janji yang abg tak akan tinggalkan ayg tp ayg pasrah,abg tetap dihati ayg sebagaimana abg pernah ckp kat ayg dulu.Abg tetap dihati ayg sampai bila2 dan jika ayg jumpa org mcm abg,tak mungkin ayg lepaskan sbb abg akan selamanya hidup dlm hati ayg.Ayg doakan abg ditempatkan dikalangan org2 yang soleh dan beriman.Ayg sayang abg sampai bila2"

Andai diberikan peluang seminit dua,ayg nak tgk abg untuk terakhir kali.Cukup.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Saturday, April 26, 2014

Kepergian


Dia pernah berkata akan berkahwin dengan saya ketika lagi 2 hari nak akad nikah dengan gadis pilihan nya.
Dia berkata dia sendiri tidak pasti macamana boleh bertunang dengan si gadis.
Dia pegang cincin emas saya sampai sekarang sbb dia ckp dia akan melamar saya dengan cincin itu dan Surah Maryam.
Dia seorang lelaki yang baik, soleh dan memang menjadi idaman saya.
Dia pernah datang kerumah saya untuk berkenalan dengan keluarga dan bagi saya itu mmg cara yang sepatutnya.
Tapi....
Bukan jodoh kami untuk bersama.
Setelah lebih 4 tahun dia berkahwin dengan gadis pilihan nya, saya masih stalk dia dlm fb, teringat kisah kami dan keluarga saya masih mahu menggelarkan dirinya 'sotong kering',mungkin sebab saiz badan dia yg kurus.
Dia pernah mencari saya selepas sahaja dia berkahwin dan saya masih ingat itu!

Dan hari ini,
Saya menerima perkhabaran bahawa dia sudah menghadap Ilahi pagi semalam akibat dari kemalangan jalanraya di Johor.
Terima kasih kawan sebab memberitahu saya tentang ini.

Dan untuk dia,
Sebenarnya saya masih lagi mencintai kamu
Saya masih lagi berharap kamu akan datang kepada aku 
Saya masih lagi ada hati untuk kamu
Tapi 
Tuhan telah tetapkan semuanya,
dan 
aku redha semua itu...
dan aku simpan semuanya disini dan akan aku lenyapkan jika perlu.