Saturday, April 26, 2014

Kepergian


Dia pernah berkata akan berkahwin dengan saya ketika lagi 2 hari nak akad nikah dengan gadis pilihan nya.
Dia berkata dia sendiri tidak pasti macamana boleh bertunang dengan si gadis.
Dia pegang cincin emas saya sampai sekarang sbb dia ckp dia akan melamar saya dengan cincin itu dan Surah Maryam.
Dia seorang lelaki yang baik, soleh dan memang menjadi idaman saya.
Dia pernah datang kerumah saya untuk berkenalan dengan keluarga dan bagi saya itu mmg cara yang sepatutnya.
Tapi....
Bukan jodoh kami untuk bersama.
Setelah lebih 4 tahun dia berkahwin dengan gadis pilihan nya, saya masih stalk dia dlm fb, teringat kisah kami dan keluarga saya masih mahu menggelarkan dirinya 'sotong kering',mungkin sebab saiz badan dia yg kurus.
Dia pernah mencari saya selepas sahaja dia berkahwin dan saya masih ingat itu!

Dan hari ini,
Saya menerima perkhabaran bahawa dia sudah menghadap Ilahi pagi semalam akibat dari kemalangan jalanraya di Johor.
Terima kasih kawan sebab memberitahu saya tentang ini.

Dan untuk dia,
Sebenarnya saya masih lagi mencintai kamu
Saya masih lagi berharap kamu akan datang kepada aku 
Saya masih lagi ada hati untuk kamu
Tapi 
Tuhan telah tetapkan semuanya,
dan 
aku redha semua itu...
dan aku simpan semuanya disini dan akan aku lenyapkan jika perlu.

No comments: