Friday, March 20, 2009

Apa yang dicari??

Hidup dan kehidupan; sukar untuk ditafsirkan.
Ada yang kata, hidup ini sebenarnya mudah.
Ada juga yang kata, kehidupan ini tidaklah semudah yang disangka.
Pelbagai tafsiran. Pelbagai kiasan.
Namun, tiada kata yang tepat untuk menggambarkan hidup dan kehidupan.
Terlalu subjektif.

Sebenar-benarnya, hidup dan kehidupan bukanlah sesuatu yang membingungkan.
Cuma manusia yang sering keliru dengannya.
Atau malas untuk mengerti dan memahami.
Dan akhirnya karam dalam menemukan makna sebuah pencarian.

Apa yang dicari dalam hidup ini?
Apa yang aku dan kamu cari?


Harta, kekayaan dan kemewahan?
Kuasa, pangkat dan darjat?
Kecantikan dan keindahan rupa?
Pewaris, keluarga dan keturunan?

Inikah yang dicari?
Bukankah semuanya hanyalah kenikmatan semu; palsu dan tidak kekal.
Umpama bayang-bayang; hilang sinar, lenyaplah ia.

Apa yang dicari?

Ramai yang masih kabur dengan jawapannya..
Masih sesat di jalan yang lurus.
Masih teraba-raba di dalam terang.
Masih tersungkur di lantai yang rata.
Termasuklah aku.

Apa yang dicari sebenarnya??

Tanya pada diri;
Ke mana dan di mana hendak dituju untuk sebuah destinasi yang AKHIR dan ABADI.
Itulah jawapannya.

Apa yang aku cari??



*** Cerita Rahsia Kebahagiaan ***

Ada seorang anak yatim piatu.
Dia tak punya keluarga dan tak ada yang menyayanginya.
Pada suatu hari,
sedang dia berjalan-jalan di padang rumput sambil merasa sangat sedih dan kesepian,
dia melihat seekor kupu-kupu kecil terperangkap dalam semak berduri.
Semakin kuat kupu-kupu itu berjuang untuk membebaskan diri,
semakin dalam duri menusuk tubuhnya yang rapuh.

Dengan hati-hati anak yatim itu melepaskan kupu-kupu itu dari perangkapnya.
Kupu-kupu itu tidak terbang, tapi berubah menjadi pari-pari yang cantik.
Anak kecil itu menggosok matanya kerana tak percaya.

“Untuk kebaikan hatimu,” pari-pari itu berkata pada si anak “Aku akan mengabulkan permintaanmu.”

Si anak kecil berfikir sejenak lalu menjawab, “Aku ingin bahagia!”

Pari-pari itu berkata, “Baiklah,” lalu mencondongkan tubuhnya pada si anak dan berbisik di telinganya.
Lalu pari-pari itu terus menghilang.

Apabila anak kecil itu membesar, tiada orang lain yang sebahagia dirinya.
Semua orang menanyakan rahsia kebahagiaannya.
Ia hanya tersenyum dan menjawab,

“Rahsia kebahagiaanku adalah aku mendengar nasihat seorang pari-pari baik waktu aku masih kecil.”

Sewaktu dia sudah tua dan sedang menemui ajal, sekali lagi ramai yang meminta rahsia kebahagiaannya.

“Katakanlah pada kami,” mereka memohon “Katakanlah apa yang dikatakan pari-pari baik itu,”

Wanita tua itu tersenyum dan berkata,

“Ia memberitahuku bahawa semua orang, tidak kira mereka sehebat apapun, setua atau semuda apapun, sekaya atau semiskin apapun, mereka memerlukanku.”


****


Ini yang aku cari!!
KeBAHAGIAan dalam keberkatan dan keredhaan Ilahi.


Kata bijaksana,
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni, nanti hanyutnya tak singgah ke pelabuhan.


Jadi, tetapkan apa yang kamu mahu cari.

Apa yang kamu cari, agaknya??

Tuesday, March 17, 2009

penin2..

adehh..se cam nak pecah kepala ngan PTA ni.Lagi seminggu lebeh je ni.Tadi assesment..xpasal2 kene redue lak..nak lagi 3 pasang..giler ape.Dah la nak dekat rm1000 lebeh melebur wat print hrtu..la ni..adehh.aku nekad la kali ni.aku print manual jer...penat2 pun janji puas hati..huhuuu..sedehh pun ye..tadi ramai gak yg senasib ngan aku..aku tau...ngat senang je nak lulus pta ni???..dak2 second year pun dah takot2...adehhh...

Wednesday, February 25, 2009

assignment harini...


Blog Politik (kontroversi politik)



Blog adalah merupakan medium terkini bagi penulis-penulis atau individu tertentu yang ingin meluahkan serta menyampaikan info serta maklumat kepada umum.Penggunaan blog secara meluas dan tanpa batasan kawalan menjadikan individu begitu ghairah dah taksub dengan informasi yang disampaikan oleh penulis blog hinggakan ada diantaranya mengundang perbalahan dan pertengkaran khususnya yang melibatkan kontroversi politik.Sebagai contoh,http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com adalah merupakan laman blog yang mengisarkan kontroversi terkini berkaitan isu Lina Joy yang kini sedang hangat diperkatakan.Melalui blog ini,pelawat-pelawat blog dapat mengetahui serba sedikit kontroversi ini.Namun begitu,kesahihan berita ini tidak dapat dikenalpasti.Pelawat atau pengguna blog memberi tindak balas melalui ruangan komen yang disediakan bagi setiap artikel atau isu yang diperkatakan.Penggunaan blog hendaklah diawasi bagi mengelakkan kontroversi hangat yang boleh memporakperandakan politik di Malaysia.Untuk keterangan lanjut,sila layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Sunday, February 22, 2009

PTA coming...

adess..kire2 lagik 3minggu je final assesment pta ni..mau biol pale otak aku.12hb march ni kompom kene blk semenanjung.Print artwork aku ler..ape la tajuk pta aku ni susah bebenor...ujian....pape pun mintk2 la lulus..cukup mkn minum pun takpe coz aku xpenah target bez2..tp kalu nk bg markah tu..alang2 B,trus A la..kan senang..uhik3

Friday, February 20, 2009

sesi bergambar...









Gambar diambik mase sesi bgambar secara tak rasminye.Ni je lah budak2 kelas aku.Kalu tak ade sorang lgi tp die demam n xdpt dtg.Bdk kelas aku mmg sikit.Palig sikit kat fsgk tu.Tak tau la nape.Yg pasti ade yg tukar kos,kawen...








Yang pasti untuk hari konvo tahun 2009 ni,sorg je yg konvo utk kos aku ni.Tu ha,anak gadis paling tua dlm kos aku ni.Kak Wani yg pakai baju kaler merah.Huhuu,yg lain??sumer syg nak tinggalkan UNIMAS awal2..Yg pasti tahniah wat kak wani.Sorg2 le die konvo tahn ni.Untuk konvo tahun 2010..fuh,paling ramai la...mmg bez oooo...time tu ade yg bwk suami n anak ler...huhuhuhu

Wednesday, February 18, 2009

tak dtg kelas tmt1013

adess...mmg parah ni..tu la padahnye kalu dah lame xdpt tido skali tertido..trus xsedar diri...last2 skip kelas tmt1013 harini.jam loceng lak munyi cam xmunyi jer...ape lagi...mmg xsdar diri.Jadual exam dah kuar???awalnye...sem ni 2 paper je,yg len assessment..adessss...

Tuesday, February 17, 2009

presentation TMT1013...


17hb feb 2009
Selamat gak aku present kelas tmt..dah le aku org yg last skali present..nak nunggu turn aku tu..adess seksa.Jantung dah berdebor2 xhenti2.Mcm2 ayat aku bace,gugup tol time tu padahal dah bnyak kali present.Agaknye teruja sgt kot coz present in english..Sampai je turn aku,rase lutut dah kebas semcm..Kuatkan hati,ckp je ikut skrip kt tangan..bla..bla..bla..ntah ape tah aku merapu...huhuhu
Lepas se conclusion...PERGHHHHHHHHHH.......lega betol..balik kelas trus tapau nasik kat sakura..huhuuhu..lega lah gak dah present..pasni dah xpyh pk2 nak bdepan ngan orang coz ntah ape tah aku merapu,aku tgk dak2 kelas angguk2 geleng2 jer..huhuhu..kita serupa..cam paham je english aku..my english is broken la..