Monday, March 12, 2012

Sepeninggalan

agak lama menyepikan diri disebabkan masalah kesihatan iaitu demam yang berulang smpi penuh ubat dlm badan.Hampir 2 mggu lebih jugak dan ini membantutkan segala aktiviti semasa aku sihat termasuklah bershopping.haha..gaji bln lepas hanya utk ubat semata2.Frust jugak tp Tuhan nak kurangkan dosa aku,so terima aje le.

seronok jugak demam ni coz dilayan dan diberi perhatian lebeh.haha nampak mcm kurang kasih syg selama ni.Bertemu dgn doktor yang hensem walaupon hanye nampak mata aje coz doc tu pakai topeng tp aku pasti dia hensem.haha..seyess staff Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sangat hensem dan baik pulak tu.Arghhh hilang sakit kejap..Aku berharap agar staff kat klinik Anika yg garang nak mampos dan terdiri dari nurse2 yg mengandung buat aku rase demam tak kebah tu dapat ditukar.haha...mimpi semata.Untungnya dapat berlaki seorang doktor.Sungguh prihatin mereka itu.Ohhhhh

Selama demam itu jugak dah bnyk kelas aku ponteng.Huh,masalah tu kann tp seyes aku mmg malas.Mujur kelas baru start mggu lepas so tak rase terbeban dgn assignment yg berlambak dan masih lagi bole kecapp..hehe

Untuk sem ini rasanye aku perlukan target utk mengatasi manusia itu.Cehh nampak tak berlagak di depan aku tp di belakang mane tahu kan.Ohh positif plis..

Mengenai Airul,aku sebenarnya lama kelamaan aku makin menjauh dr dia.entahlah seolah2 aku yang akan meninggalkan dia tanpa sebab.mungkin sebab aku dh boring dan rasa selama ini segala usaha aku sia2.Dan sebetulnya aku lebih fokus dengan apa yang aku buat sekarang ni.Aku rasa lebih selesa dan teratur tanpa perlu pening kepala.

Tadi aku dh ckp ngan mak kalu adik lelaki aku yg bongsu tu nak melangkah dulu,aku tak kesah.Ehh tetiba lak aku terckp gitu dan aku rasa legaaa.haha...Entahlah sejak aku sakit ni dan dijaga oleh mak sendiri yg bangun mengurut dan letak ais atas kepala aku,aku rasakan tiada siapa yang boleh jadi mcm mak.Aku rasa nnt laki aku belum tentu dpt layan kerenah aku mase sakit melainkan mak.Tapi hidup ini saling melengkapi antara lelaki dan perempuan.So,aku harap laki aku nnt seorang yg concern pasal aku.Hurmm...bila la agaknya waktu itu..

Aku selesa begini....sibuk belajar dan bekerja....tapi smpi bila??.Kawan2 lain dh berkahwin dan beranak pinak.Sedangkan aku??masih sendiri.

Sunday, March 11, 2012

Friday, February 24, 2012

Terima Masa Lalu

bak kata orang...

'terima dia atas dasar siapa dia sekarang bukan masa silam nya"


entahlah.Terkesima jugak bila Airul cerita masa cinta dia dolu2.Entah tetibe rasa goyah sikit walaupon Airul tak melayan langsung soalan ku berkaitan cintanya dulu.

Dan mood aku tiba2 berubah.Hati aku mula berkata.Mungkin ada lagi cinta dihatinya.Dan sebenarnya aku rasa tergugat dan cemburu.Hadohhhh

Dan aku biarkan Airul berbual sendiri.Kejam kan aku?.Melayan antara mahu atau tidak.Biarlah....biarlahhh

huh,mana mungkin..Mgkn aku ni kurang.Yaa..penuh kekurangan.Pliss tolong jgn hampakan aku.Telah ku khabarkan pada bonda tentang kau dan aku harap itu dpt melegakan hati bonda.Cukup begitu.

Bila dengar lirik Yuna- Terukir Di Bintang.....mana mungkin begitu.Aku adalah org kedua dan akan menjadi kedua selamanya..

Cukuplah aku merasa gusar...jgn ganggu emosi aku.

Tuesday, February 21, 2012

mimpi lagi

tetibe terasa tgn ini memeluk lengan seorang lelaki..tidak pulak lelaki itu menolak.Serasa makin bahagia hati tatkala tubuh masing2 rapat antara 1 dengan yg lain..Yaaaa..bahagia sungguh kurasa.Mengenggam jemari lelaki itu.......................................










cisss..mimpi lagi mcmni
huh,mmg xnampak muka
tp si kulit hitam manis
Ohhh Tuhann
adakah itu jodohku?

Kekasih Awal Dan Akhir

Waktu dinihari mencelik kan mata,line internet masuk dalam enset Samsung Galaxy Ace.Automatik aku dh set masuk Yahoo Massenger.Tup2 muncul Airul di talian online YM.

Airul : Mak aku mimpi aku nak gi jauhhh,Dalam mimpi tu aku mintak halal makan minum

Tersentak aku dibuatnya.Kenapa sampai mcmtu sekali wahai mimpi?..Aku masih sayangkan manusia bernama Airul ini.Dia cukup perfect dihatiku kini.Aku cuba sedapkan hati diri sendiri dgn berkata itu hanyalah mimpi belaka.mana mungkin terjadi sebenarnya.Seperti biasa kata2nya hanya ‘pikir positif’.Wahai sayang,mcmana aku nak pk positif kalau itu kata2 yang bakal berlaku?

Perbualan malam tadi membuatkan diri aku tersasul sikit.Tetiba nak sebut awak......abang...ayang....berdetak jantung hati aku bila kedengaran suara Airul yang aku rindu itu.Sungguh aku rindu dan aku dpt rasakan bila dgr suara Airul,aku terasa dekat dia disebelahku.Ingin kudakap dan meraung sepuas hati,jauh pulak kan..Aku terdengar dia memanggil aku ‘yangg’...perkataan yang tidak asing lagi bg kami.Terasa sesaat aura kebahagiaan dan ia cukup bg aku walaupon sedikit kedengaran.

Dan saat dia memanggil aku dengan perkataan ‘myprincess’..’sayang’...saat tu berderai air mataku.Tidak tahu kenapa jadi begitu.Hatiku begitu tersentuh dgn panggilan itu dan aku dpt rasakan panggilan itu ikhlas dr Airul.Mana mungkin membendung perasaan sayu aku bila kata2 nya pg tadi menjadi kenyataan.Bila dia tiada nanti,bagaimana aku nak berdepan dgn semua nya.Telah ku bilang pada keluarga khususnya mak yang Airul adalah jodohku.Mana mungkin nanti saat dia meninggalkan aku,aku masih lg katakan dia adalah jodoh ku?.

Jika nanti ia benar2 terjadi....

suara siapakah yang akan kedengaran ditalian saat ku katakan ‘aku rindu kat kau’...............................................

bila aku log in YM nanti,siapakah manusia yang akan menegurku dengan tiba2 dengan kata2.........................’yanggggggggggggggggg’...................

saat aku nak berbalas mesej di enset,kepada siapa harus ku hantar pesanan itu....................

Ah,sungguh aku tak boleh.Berderai air mataku bila mengenangkan ketiadaan Airul nnt.Sungguh filem The Japanese Wife yg Airul mahu ku tgk tu sedikit sebanyak berkisarkan tentang kami.Mana mungkin jadi begitu wahai sayangkuu.

Aku begitu berharap Allah swt mudahkan perjalanan hidup kami.Semoga Tuhan berikan aku peluang utk bersama org yang disayangi..Mula dulu aku berfikir tentang cinta lama.Ditinggalkan kekasih,Kekasih hati berkahwin dgn org lain,Tidak ada keserasian dan segala mcm kisah cinta aku cuma dipisahkan dengan maut sahaja belum terjadi.Ahhh sungguh aku tidak mengharapkan itu.

Saat berada di dalam hidup Airul,aku berasa dia seorang lelaki yang membawa aku kepada Tuhan Yang Maha Esa.Dia seorang yang penyayang dan bg aku dia seorang manusia yang redha dengan jalan takdir hidupnya.Itu setakat setahun lebih aku mengenali Airul.

Hatiku sejuk tatkala mendengar suara ketawa riang Airul dihujung talian.Seringkali begitu,belum sempat memulakan ayat,sudah kedengaran gelak tawanya dihujung talian.Saat itu aku merasakan dia adalah manusia yang sentiasa ceria walaupon masalah dikeliling otak.Dan setiap butir bicaranya akan kedengaran gelak tawanya sehingga aku sendiri tak faham dengan kata2 yg bukannya lawak.Ya Allah saat ku dengar gelak tawanya..aku merasakan semua masalah aku hilang..

Air mataku berderai untuk kesekian kalinya saat mengenangkan kata2 Airul pagi td.Sungguh aku tak mahu kehilangan dia.Setiap hari berhubung,setiap hari membaca karangannya di blog.Mana mungkin 1 hari nnt aku kehilangan semua itu.Tidak..aku tidak mahu.Lebih baik berpisah Cinta DiKianati daripada berpisah Jasad oleh Ajal Maut.

Disaat sekarang ini,aku akan cuba sedaya upaya usia aku untuk dekat dihatinya.Akan aku siapkan lukisan itu utk kamu Airul.Akan ku doakan kesejahteraan mu.Akan ku persiapkan diriku untuk mu dan paling membuatkan aku bahagia saat aku mendengar kata2 mu ‘menjadi suami mithali utk aku’...mana mungkin aku menganggapmu seorang teman biasa.Bagi aku,kau tunanganku secara rahsia.Ya...akan aku jaga hubungan ini.Semoga Allah swt tahu yang aku memerlukan kau.Aku akan tunaikan impian Bukit Ampang tu ya.Salam sayang cinta sepenuh hati....

Monday, February 20, 2012

Beralih Arah


Hidup ini terlalu pantas bila diingatkan 26 tahun dahulu baru nak daftar masuk skola darjah 1 tp sekarang udah pandai pegi sekolah sorg2.Sepanjang usia yang semuda keladi ini,seharusnya tidak perlu tunjuk bagus yang diri ini boleh hidup sorang2 kat luar sana.Tapi hakikatnya usia sebegu sudah pandai hidup tidak bergantung.

Keputusan untuk hidup sendirian diluar sana sudah dipikir masak-masak walaupon diri ni yakin 1 hari akan kecundang jugak.Tapi hati dan perasaan memaksa berbuat begitu.Lagipun udah sampai masa nak belajar hidup 'forever alone'.


Keputusan utk hidup seorang diri diluar sana memerlukan akal fikiran panjang.Apa akan jadi kalau tetibe lapar?.Apa akan jadi bila duit tidak ada?.Apa akan jadi pada keluarga yang ditinggalkan?.

Ikot pada situasi sekarang yang nampaknya mampu membeli barang keperluan dan sedikit barang kehendak adalah salah satu faktor.Duit hasil mengajar itu dikira nanti untuk membayar sewa rumah dan makan minum sendiri.Jadi xpayah la guna duit biasiswa itu.Simpan untuk menunaikan umrah nanti.hehe.

Jadi sebetulnya keputusan untuk hidup seorang diri diluar sana itu lebih kepada soal pelajaran yang utama.Jadi,sedikit sebanyak telah menjadikan diri seorang yang berdikari.Belajar dan bekerja dalam waktu yang sama.Menggapai impian dan mengutip pengalaman dalam waktu yang sama.Sapa kata tidak boleh melakukan 2 kerja da
lam 1 masa?.Hanya perlu disiplin yang tinggi utk mencapai kejayaan.

Lepas ini tidak perlu bersusah payah org lain membiayai diri ini tiap2 bulan.Bilik disayangi ditinggalkan untuk diubahsuai.Tiada lagi isu2 kemarahan dan annoying berlaku.Dan org luar hanya beranggapan diri ni berdikari dan tidak perlu bergantung pada individu rapat yg sememangnya kaya raya.Tidak perlu menumpang kekayaan individu rapat walaupon pada hakikatnya tidak merasa sebegitu sebab dah biasa belanja sekolah 20sen.

hakikatnya lagi 2 mggu untuk beransur.......



muka annoying menikmati biskut yg sungguh sedap

Wednesday, February 15, 2012

Mak..Ampunkan Kita Ya Makkk


Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk sahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu..... dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..... kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak kekuburan...
Pastu mak basuh tangga rumah bersih2..... pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali mak kabo kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak juga
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap tak mboh gi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mboh duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pun sakit...
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....
Mak.....ampun kan kami semua...kami nak mak sehat...
kami sayang mak...kami tak mboh mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kiter kata nak beli kereta.... Mak asyikk tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawap pula...kalau tak
cukupp mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi... bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo kat mak.....
Bila balik sahaja kampong, kiter cecepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek...mak Tanya kenapa...?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak kan...ampun kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan pun rasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu lengang.. ....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasana nya..... terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....

Mak.....
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya..tak elokk"
Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat opiss...baru pukul 7.08 pagi....
Takder orang lagi kat opis ni.....kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kiter dah boleh sembanyang kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selama nya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah olah senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejuuukk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah....
kaki kiter terus lemahh...dunia terasa berputar...tiba2 kiter rasa gelap...

Jam 5.00 petang....
Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut... terasa panas...mata semakin kecill…makk...anak mak demam nih..!
Mak tauu...cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Akak kata kiter pengsan...
Terkilan..terkilan sungguh terkilan...
Kenapa kiter lemah..?
kenapa anak mak yang lain tidak begitu..? kenapa adik boleh bertahan..??

Mak.....
Hari2 kiter lalui tanpa keujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin.... entah kenapa kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat di bendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak
juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....
Mak...gila kah anak mak ini..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer, mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu.... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter kabo.... hantar la kat Majalah Kedai Enzine tuuuu....
betul jugak..! Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab boss kiter dah mari...
akhir kata untuk mak...I LOVE YOU SO MUCH !!!!!
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kaseh sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti..sampai kiter pandai... sampai kiter kerja..sampai kiter pandai bertenettt
gitu.....
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. hanya mak saja yang kekal di hati kiter.. kiter sayang mak sesangatt…

Sekian terima kasih.
Yang Benar

~Anak mak yang dah tak degil~

wassalam


p/s: Cerita ini adalah untuk pedoman kita bersama... ingatlah mak kita sementara dia masih hidup lagi.. jagalah dia sebaiknya sebagaimana kita dijaganya...