Thursday, March 15, 2012

Memotivasi Manusia

aku rasa aku cukup pandai menasihati dan memotivasi orang.Dan ade jugak yg mengikut segala nasihat dan saranan aku.nampak kannnn ia cukup berkesan!

Mangkuk 5 Tingkat :Awk de tips,mcm mne nk lupe kenangan2 yg lepas x..?

Aku : dulu pon sy mcm awk jugak,lg sedih coz dia kawen ngan org lain.Tipula kalu ckp sy tak frust dan agak lama jugak lebih kurang 2 tahun sy frust.TAPI,lama2 dah lupa sebab
*sy bz kan diri dengan family dan kerja
*sy berdoa bnyk2 supaya lupa kat dia
*sy buang semua brg2 yg dia bg kat sy
* sy ingat semua keburukan dia
awk try la.Nekad sungguh2 supaya lupakan dia.InsyaAllah berjaya!
dan sy hidup gembira sekarang dan terima org lain.hehehe

Mangkuk 5 Tingkat : Terima kasih awk..sy pun xpernah terpikir mcm awk..huhu


Tuesday, March 13, 2012

Status

aku terfikir :

jika boleh aku berkahwin dengan seorang lelaki hanya untuk mendapatkan status 'berkahwin' bila mengisi borang dan tidak menjadi cemuhan makcik2 cerewet yang melabel 'andartu' serta memuaskan hati ibu ayah dan keluarga bila mana tidak perlu bersusah payah mencari bakal suami...

aku rela begitu

berkahwin dan kemudian berlagak seperti biasa.Bujang dan tidak dikongkong serta tidak sedar bahawa diri ini sudah berkahwin.


aku rela begitu...

asalkan BERKAHWIN

Monday, March 12, 2012

Sepeninggalan

agak lama menyepikan diri disebabkan masalah kesihatan iaitu demam yang berulang smpi penuh ubat dlm badan.Hampir 2 mggu lebih jugak dan ini membantutkan segala aktiviti semasa aku sihat termasuklah bershopping.haha..gaji bln lepas hanya utk ubat semata2.Frust jugak tp Tuhan nak kurangkan dosa aku,so terima aje le.

seronok jugak demam ni coz dilayan dan diberi perhatian lebeh.haha nampak mcm kurang kasih syg selama ni.Bertemu dgn doktor yang hensem walaupon hanye nampak mata aje coz doc tu pakai topeng tp aku pasti dia hensem.haha..seyess staff Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sangat hensem dan baik pulak tu.Arghhh hilang sakit kejap..Aku berharap agar staff kat klinik Anika yg garang nak mampos dan terdiri dari nurse2 yg mengandung buat aku rase demam tak kebah tu dapat ditukar.haha...mimpi semata.Untungnya dapat berlaki seorang doktor.Sungguh prihatin mereka itu.Ohhhhh

Selama demam itu jugak dah bnyk kelas aku ponteng.Huh,masalah tu kann tp seyes aku mmg malas.Mujur kelas baru start mggu lepas so tak rase terbeban dgn assignment yg berlambak dan masih lagi bole kecapp..hehe

Untuk sem ini rasanye aku perlukan target utk mengatasi manusia itu.Cehh nampak tak berlagak di depan aku tp di belakang mane tahu kan.Ohh positif plis..

Mengenai Airul,aku sebenarnya lama kelamaan aku makin menjauh dr dia.entahlah seolah2 aku yang akan meninggalkan dia tanpa sebab.mungkin sebab aku dh boring dan rasa selama ini segala usaha aku sia2.Dan sebetulnya aku lebih fokus dengan apa yang aku buat sekarang ni.Aku rasa lebih selesa dan teratur tanpa perlu pening kepala.

Tadi aku dh ckp ngan mak kalu adik lelaki aku yg bongsu tu nak melangkah dulu,aku tak kesah.Ehh tetiba lak aku terckp gitu dan aku rasa legaaa.haha...Entahlah sejak aku sakit ni dan dijaga oleh mak sendiri yg bangun mengurut dan letak ais atas kepala aku,aku rasakan tiada siapa yang boleh jadi mcm mak.Aku rasa nnt laki aku belum tentu dpt layan kerenah aku mase sakit melainkan mak.Tapi hidup ini saling melengkapi antara lelaki dan perempuan.So,aku harap laki aku nnt seorang yg concern pasal aku.Hurmm...bila la agaknya waktu itu..

Aku selesa begini....sibuk belajar dan bekerja....tapi smpi bila??.Kawan2 lain dh berkahwin dan beranak pinak.Sedangkan aku??masih sendiri.

Sunday, March 11, 2012

Friday, February 24, 2012

Terima Masa Lalu

bak kata orang...

'terima dia atas dasar siapa dia sekarang bukan masa silam nya"


entahlah.Terkesima jugak bila Airul cerita masa cinta dia dolu2.Entah tetibe rasa goyah sikit walaupon Airul tak melayan langsung soalan ku berkaitan cintanya dulu.

Dan mood aku tiba2 berubah.Hati aku mula berkata.Mungkin ada lagi cinta dihatinya.Dan sebenarnya aku rasa tergugat dan cemburu.Hadohhhh

Dan aku biarkan Airul berbual sendiri.Kejam kan aku?.Melayan antara mahu atau tidak.Biarlah....biarlahhh

huh,mana mungkin..Mgkn aku ni kurang.Yaa..penuh kekurangan.Pliss tolong jgn hampakan aku.Telah ku khabarkan pada bonda tentang kau dan aku harap itu dpt melegakan hati bonda.Cukup begitu.

Bila dengar lirik Yuna- Terukir Di Bintang.....mana mungkin begitu.Aku adalah org kedua dan akan menjadi kedua selamanya..

Cukuplah aku merasa gusar...jgn ganggu emosi aku.

Tuesday, February 21, 2012

mimpi lagi

tetibe terasa tgn ini memeluk lengan seorang lelaki..tidak pulak lelaki itu menolak.Serasa makin bahagia hati tatkala tubuh masing2 rapat antara 1 dengan yg lain..Yaaaa..bahagia sungguh kurasa.Mengenggam jemari lelaki itu.......................................










cisss..mimpi lagi mcmni
huh,mmg xnampak muka
tp si kulit hitam manis
Ohhh Tuhann
adakah itu jodohku?

Kekasih Awal Dan Akhir

Waktu dinihari mencelik kan mata,line internet masuk dalam enset Samsung Galaxy Ace.Automatik aku dh set masuk Yahoo Massenger.Tup2 muncul Airul di talian online YM.

Airul : Mak aku mimpi aku nak gi jauhhh,Dalam mimpi tu aku mintak halal makan minum

Tersentak aku dibuatnya.Kenapa sampai mcmtu sekali wahai mimpi?..Aku masih sayangkan manusia bernama Airul ini.Dia cukup perfect dihatiku kini.Aku cuba sedapkan hati diri sendiri dgn berkata itu hanyalah mimpi belaka.mana mungkin terjadi sebenarnya.Seperti biasa kata2nya hanya ‘pikir positif’.Wahai sayang,mcmana aku nak pk positif kalau itu kata2 yang bakal berlaku?

Perbualan malam tadi membuatkan diri aku tersasul sikit.Tetiba nak sebut awak......abang...ayang....berdetak jantung hati aku bila kedengaran suara Airul yang aku rindu itu.Sungguh aku rindu dan aku dpt rasakan bila dgr suara Airul,aku terasa dekat dia disebelahku.Ingin kudakap dan meraung sepuas hati,jauh pulak kan..Aku terdengar dia memanggil aku ‘yangg’...perkataan yang tidak asing lagi bg kami.Terasa sesaat aura kebahagiaan dan ia cukup bg aku walaupon sedikit kedengaran.

Dan saat dia memanggil aku dengan perkataan ‘myprincess’..’sayang’...saat tu berderai air mataku.Tidak tahu kenapa jadi begitu.Hatiku begitu tersentuh dgn panggilan itu dan aku dpt rasakan panggilan itu ikhlas dr Airul.Mana mungkin membendung perasaan sayu aku bila kata2 nya pg tadi menjadi kenyataan.Bila dia tiada nanti,bagaimana aku nak berdepan dgn semua nya.Telah ku bilang pada keluarga khususnya mak yang Airul adalah jodohku.Mana mungkin nanti saat dia meninggalkan aku,aku masih lg katakan dia adalah jodoh ku?.

Jika nanti ia benar2 terjadi....

suara siapakah yang akan kedengaran ditalian saat ku katakan ‘aku rindu kat kau’...............................................

bila aku log in YM nanti,siapakah manusia yang akan menegurku dengan tiba2 dengan kata2.........................’yanggggggggggggggggg’...................

saat aku nak berbalas mesej di enset,kepada siapa harus ku hantar pesanan itu....................

Ah,sungguh aku tak boleh.Berderai air mataku bila mengenangkan ketiadaan Airul nnt.Sungguh filem The Japanese Wife yg Airul mahu ku tgk tu sedikit sebanyak berkisarkan tentang kami.Mana mungkin jadi begitu wahai sayangkuu.

Aku begitu berharap Allah swt mudahkan perjalanan hidup kami.Semoga Tuhan berikan aku peluang utk bersama org yang disayangi..Mula dulu aku berfikir tentang cinta lama.Ditinggalkan kekasih,Kekasih hati berkahwin dgn org lain,Tidak ada keserasian dan segala mcm kisah cinta aku cuma dipisahkan dengan maut sahaja belum terjadi.Ahhh sungguh aku tidak mengharapkan itu.

Saat berada di dalam hidup Airul,aku berasa dia seorang lelaki yang membawa aku kepada Tuhan Yang Maha Esa.Dia seorang yang penyayang dan bg aku dia seorang manusia yang redha dengan jalan takdir hidupnya.Itu setakat setahun lebih aku mengenali Airul.

Hatiku sejuk tatkala mendengar suara ketawa riang Airul dihujung talian.Seringkali begitu,belum sempat memulakan ayat,sudah kedengaran gelak tawanya dihujung talian.Saat itu aku merasakan dia adalah manusia yang sentiasa ceria walaupon masalah dikeliling otak.Dan setiap butir bicaranya akan kedengaran gelak tawanya sehingga aku sendiri tak faham dengan kata2 yg bukannya lawak.Ya Allah saat ku dengar gelak tawanya..aku merasakan semua masalah aku hilang..

Air mataku berderai untuk kesekian kalinya saat mengenangkan kata2 Airul pagi td.Sungguh aku tak mahu kehilangan dia.Setiap hari berhubung,setiap hari membaca karangannya di blog.Mana mungkin 1 hari nnt aku kehilangan semua itu.Tidak..aku tidak mahu.Lebih baik berpisah Cinta DiKianati daripada berpisah Jasad oleh Ajal Maut.

Disaat sekarang ini,aku akan cuba sedaya upaya usia aku untuk dekat dihatinya.Akan aku siapkan lukisan itu utk kamu Airul.Akan ku doakan kesejahteraan mu.Akan ku persiapkan diriku untuk mu dan paling membuatkan aku bahagia saat aku mendengar kata2 mu ‘menjadi suami mithali utk aku’...mana mungkin aku menganggapmu seorang teman biasa.Bagi aku,kau tunanganku secara rahsia.Ya...akan aku jaga hubungan ini.Semoga Allah swt tahu yang aku memerlukan kau.Aku akan tunaikan impian Bukit Ampang tu ya.Salam sayang cinta sepenuh hati....