Monday, August 29, 2011

Kemaafan Dendam Yang Terindah

kisah yang hampir 2 tahun lalu dah aku lupakan
lupa secara paksa
maaf tidak disambut
aku hanya diam
diam bukan bermakna aku memaafi
aku diam sebab aku CUBA untuk memaafkan kesalahan pada diri sendiri
diam sebab aku nak lupa segala yg terjadi

cukuplah apa yg dah jadi
aku cuba nak memaafkan
tp bila aku pikir balik
kesalahan tu masing2 buat
jadi
buat ape nak mintak maaf
maaf hanya pada Tuhan

Aku bersyukur sebab Tuhan selalu ada ngan aku
cuma aku yg tidak selalu ada disampingNYA
Tuhan selamatkan aku dr kecelakaan
aku rase itu 1 rahmat buat aku
dan aku seharusnya terima dgn segala ketentuanNYA

dan tentunya aku dah terima semuanya
dengan separuh rela
sebenarnya laahh
tapi aku cuba kuatkan hati sekuat mungkin
untuk terima sepenuhnya

aku cuba bersembunyi disebalik cermin diri
aku cuba untuk terima orang lain
tapi xde yg berpanjangan
dan hati aku susah nak terima
mmg sah aku 'hati kering'
mgkn sumpah dh menjadi

tp aku silap
bila aku teringat
saat tu la dia muncul
dan mulalah aku rase
aku seharusnya pergi jauh
sejauhh mungkin
aku dh block pelbagai cara
samada di YM,FACEBOOK
tapi dia tetap muncul

aku mmg kejam
segala jenis mesej dr dia
melalui henpon
memohon kemaafan
lagi2 raya ni
AKU TAK HIRAU KAN
maaflah
bukan sebab aku tak maafkan
cuma aku belum rela utk memaafkan
lagipon
ku rasa baik aku mendiamkan diri
masa yang akan menentukan
samada kemaafan tu akan disampaikan atau tidak

sejak dari 'kejadian itu' aku dah cukup terseksa
cukuplah selama ni aku memendam perasaan
sampai bila aku nak mendera perasaan sendri?

aku berharap sangat
jgn lah dia muncul depan aku smpai bila2
aku dah anggap kau dah mati
itu aje

mai sini aku nak kopipes dalam ni last mesej die bg kat aku

Assalammualaikum.... wbt.
Ayg ape khabar? dah lama rasanya kte tak berhubung.. abg harap ayg sihat selalu... biasanya tiap kali dtg bln Ramadhan kte akn bertanding siapa yg akn khatam dulu..utk makluman ayg, abg tinggal lg 2 juzuk je lg..tp ayg mesti dh khatam dl dr abg... di kesempatan ini, sempena dengan bulan yg mulia, abg menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan andainya terdapat silap dan salah atau terlanjur bicara yang pernah abg lakukan tanpa abg sedari sepanjang hubungan kte.... abg hrp ayg sudi maafkn.. abg doakn agr ayg sentiasa sihat, ceria dan hidup bahagia di dunia & akhirat... akhirulkalam, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.... jaga diri baik2...


ooo...pasal katam quran tu mmg betol laa
skang ni pon aku wat ngan kwn laki aku
tp kwn laki aku tu hampehh aje

aku tak balas pon
aku biar
biar kann aje

suami org xelok dilayan
anak comel
bini lawo
wat hangiittt aku je

ok..
sempena bulan baik ni
aku dengan segala hormatnya
mengistiharkan
dia dah pergi jauh
aku tak kenal ko
harap aku tak jumpa ko

kemaafan dendam yang terindah
aku maafkan segala perbuatan kau
semoga kau bahagia disamping isteri tercinta
doakan aku
amin

raya

sebelum raya
LELAH
SEmmmpuuuttttttttttt

ni gara2 kemas rumah xhenti
buat kuih raye xhenti2
semuanya tak henti-henti

SEMmmmpppuuutTTtttttt


selepas raya
LELAH
SeMMMppuuuuuuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
(panjang sikit)

makan tak henti2
kira duit tak henti2(duit kuar laaa)




moral of the n3 : agaknye aku ni ade penyakit semmPPoootttt