Sunday, June 26, 2016

DuaPuluhRibuEnamBelas

" Aku terima nikahnya -------------------------------- dengan mas kawin rm10,300.00 "
Tepat jam 3:50 ptg Sabtu 5/3/2016 dah selamat aku dinikahkan oleh abah. Fuhhh rase blurr aje time nikah tu dan tak jelas sgt time akad.Perasaan mase tu mcm releks aje cuma ade kejap2 sejuk urat2 ni.Tp mostly aku mmg releks.Haha...Kalini abah nikahkan aku.Mgkn sbb dipaksa oleh imam dan aku ckp gak, aku ni last anak perempuan kan.Huhuuu Akhirnya berjayaaaa!.Aku pun terkejut gak time tu.
So, permulaan tahun 2016 dgn sesuatu yg sgt baru dan aku rasa makin mencabar.So aku nekad utk lebih tabah mengharungi hidup dgn seorang manusia pelik iaitu suami aku.Semoga tahun ini dan tahun-tahun akan dtg akan selamat aman bahagia sentosa.
Harini genap sebulan 1 hari aku bergelar isteri.Aku masih lagi samar2 perangai suami yg agak pelik jugak.Oh ye, kami PJJ..maksudnya suami akan balik Jumaat malam dan pulang JB isnin.Mgkn rutin ini akan berlarutan sampai bln 9.Hopefully la kann..tapi haritu ade aku tanya suami sampai bila nak duduk asing dan suami plak diam aje.Hmmm nampaknya PJJ ni akan berlarutan la nnt tak tau smpi bila.
Berkongsi hidup dgn lelaki yang suka aktiviti lasak kdg2 buat aku boring.Sebabnya dah tentu masa cuti dia isi dgn aktiviti outdoor.Dan aku berharap sgt aku cpt ade isi.Huhu...So mmg mcm2 la aku telan which is Pati delima gulsan, folic asid appeton dan kurma kismis tu jd snack aku hari2.Itu usaha yee..Harap2 sempena bulan puasa ni ade la khabar gembira. 1-anak 2-berjaya posting.Dua menda ni mmg aku harapkan.
Jadinya tahun ni 1st time aku beraya dgn org lain.Dulu mase blaja kat unimas, tahun pertama aku tak balik raya.Konon nk merasa raya kat sana dan seronok jugak sebenarnya pengalaman gitu.Tapi lepas solat hari raya,mereput la xtau nak buat apa then tahun2 berikutnya balik raya.So tahun ni 1st time beraya kg suami.Pulak tu awal 3 hari baliknye.Ntah camne la gayanye lahaii.Dah tentu2 aku xley berehat2 mcm kat umah sendiri.Haihhh harapnya seronok la ye.