Monday, March 12, 2012

Sepeninggalan

agak lama menyepikan diri disebabkan masalah kesihatan iaitu demam yang berulang smpi penuh ubat dlm badan.Hampir 2 mggu lebih jugak dan ini membantutkan segala aktiviti semasa aku sihat termasuklah bershopping.haha..gaji bln lepas hanya utk ubat semata2.Frust jugak tp Tuhan nak kurangkan dosa aku,so terima aje le.

seronok jugak demam ni coz dilayan dan diberi perhatian lebeh.haha nampak mcm kurang kasih syg selama ni.Bertemu dgn doktor yang hensem walaupon hanye nampak mata aje coz doc tu pakai topeng tp aku pasti dia hensem.haha..seyess staff Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sangat hensem dan baik pulak tu.Arghhh hilang sakit kejap..Aku berharap agar staff kat klinik Anika yg garang nak mampos dan terdiri dari nurse2 yg mengandung buat aku rase demam tak kebah tu dapat ditukar.haha...mimpi semata.Untungnya dapat berlaki seorang doktor.Sungguh prihatin mereka itu.Ohhhhh

Selama demam itu jugak dah bnyk kelas aku ponteng.Huh,masalah tu kann tp seyes aku mmg malas.Mujur kelas baru start mggu lepas so tak rase terbeban dgn assignment yg berlambak dan masih lagi bole kecapp..hehe

Untuk sem ini rasanye aku perlukan target utk mengatasi manusia itu.Cehh nampak tak berlagak di depan aku tp di belakang mane tahu kan.Ohh positif plis..

Mengenai Airul,aku sebenarnya lama kelamaan aku makin menjauh dr dia.entahlah seolah2 aku yang akan meninggalkan dia tanpa sebab.mungkin sebab aku dh boring dan rasa selama ini segala usaha aku sia2.Dan sebetulnya aku lebih fokus dengan apa yang aku buat sekarang ni.Aku rasa lebih selesa dan teratur tanpa perlu pening kepala.

Tadi aku dh ckp ngan mak kalu adik lelaki aku yg bongsu tu nak melangkah dulu,aku tak kesah.Ehh tetiba lak aku terckp gitu dan aku rasa legaaa.haha...Entahlah sejak aku sakit ni dan dijaga oleh mak sendiri yg bangun mengurut dan letak ais atas kepala aku,aku rasakan tiada siapa yang boleh jadi mcm mak.Aku rasa nnt laki aku belum tentu dpt layan kerenah aku mase sakit melainkan mak.Tapi hidup ini saling melengkapi antara lelaki dan perempuan.So,aku harap laki aku nnt seorang yg concern pasal aku.Hurmm...bila la agaknya waktu itu..

Aku selesa begini....sibuk belajar dan bekerja....tapi smpi bila??.Kawan2 lain dh berkahwin dan beranak pinak.Sedangkan aku??masih sendiri.