Friday, March 20, 2009

Bukan Cerita Lawak...



Hidup ini umpama roda.


****** Cerita Malam Tadi ******


Waktu Maghrib,

tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Sejuk. Dingin.
Maka, air wuduk yang ada cuba aku pertahankan hingga ke Isyak.

Uisshhh.. Aku memang tak tahan sejuk.


Bila hujan lebat, suara azan dari surau sukar untuk didengari.
Aku lantas membuka radio.
Cari siaran yang ada menyiarkan azan.
Sudah tentu radio kerajaan. RTM.
Radio swasta… Jangan harap ada azan. Negara Islam Hadhari. Begitulah…

Tiba-tiba,

Kah kah kah.
Kah kah kah.
Kah kah kah.


Aku tak dapat menahan gelak.

Kah kah kah.
Kah kah kah.
Kah kah kah.

Tak tertahan.

Kah kah kah.
Kah kah kah.
Kah kah kah.

Memang gila!!


Pintu bilik diketuk.
Dari luar dengar suara Ibu bising-bising.
Anak dara tak manis langsung mengilai.

Baru aku tersedar.
Dengan telekung putih,
dengan hilai tawa aku,
jika pontianak tengok, pasti dia akan lari.
Ketakutan.
Atau malu dengan diri sendiri.

Atau pergi belajar vokal lagi.. kihkihkih..
Kuat sungguh hilaianku. :D


Akhirnya,
Aku bangun malas dan keluar dari bilik.
Dalam sejuk, aku memperbaharui wuduk.
Bimbang ia terbatal semasa ketidakwarasan tadi.

Kah kah kah.
Kah kah kah.
Kah kah kah.

Masih ada saki baki gelak.
Biar aku lepaskan sebelum bertemu Tuhan.


Pasti ramai yang tertanya-tanya,
Lawak apakah sehingga begitu sekali aku ketawa.
Ohhh.. Ini sebenarnya bukan cerita lawak.
Tapi entah mengapa hatiku rasa geli mendengarnya.
Mungkin kerana ini adalah cerita luar biasa.

Iklan yang disiarkan di radio kerajaan yang berjaya mencetuskan ini semua.
Lebih kurang begini bunyinya :
"Hulurkan bantuan anda kepada Tabung Bencana Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa. Sila beri sumbangan bagi meringankan beban mangsa tanah runtuh."

Kah kah kah.
Kah kah kah.
Kah kah kah.

Sangat lawak.
Adakah kamu rasa apa yang aku rasa??
Atau saki baki demamku masih ada sehingga aku rasa inilah cerita paling lawak pernah aku dengar.

Kah kah kah.

Bantuan apa yang mereka perlukan??



Dewan yang disediakan tidak digunakan.

Tolonglah… aku ada pangkat Datuk, Tan Sri. Tak layak untuk aku tinggal di dewan seperti ini… Rumah aku yang lain pun berlambak...


Bantuan makanan yang disalurkan dibuang begitu sahaja.

Ha Ha Ha.. makanan kucingku pun lagi mahal dari makanan-makanan ini semua.. eeeeiiiiii


Polis dan penyelamat dimaki sewenang-wenangnya.

Heiii… tolong angkat pasu bungaku elok-elok. Mahal tu. Gaji kamu setahun pun belum tentu dapat beli pasu itu. Nanti aku saman baru tahu.


Kah kah kah.
Kah kah kah.
Kah kah kah.


Kebelakangan ini banyak sungguh cerita lawak yang aku dengar.
Tolong jangan buat lawak lagi.
Aku tak mahu hatiku gelap hanya kerana lawak kamu itu.

(apa agaknya reaksi mangsa tanah runtuh rumah setinggan Kampung Pasir dahulu bila mendengar iklan ini.. pastinya mereka akan gelak besar juga..)



*********

Resmi roda, sentiasa berputar.
Ada ketikanya kita di atas.
Dan ada waktunya pula, di bawah.

Sesekali jenguk-jenguklah yang di bawah.
Sebagai persiapan.
Ingat!! Tidak selamanya kita di atas.

*copy paste dr sebuah blog yg sgt bezzz...ngeee

No comments: