Friday, March 20, 2009

cerita Adam..

** Cerita Jantan 1 ***


Di dalam dewan kuliah, sebelum kelas bermula.

Jantan 1 : Bila ko nak recommend aku kat Siti. Dah lama aku tunggu.
Gadis : La… kau kan macho kononnya. Pergilah mengurat sendiri.
Jantan 1 : Teruk la kau ni… kawan pun tak nak tolong. Aku dah cuba ayat si Siti tu. Tapi takde respond pun. Tolong la aku..
Gadis : Kang kalau aku cakap, kau terasa. Tapi sebab aku kawan, aku cakap la juga. Kau dengan Siti tu, macam langit dengan bumi.
Jantan 1 : Apasal pula. Teruk sangat ke aku ni?
Gadis : Hahaha… Hujung minggu je clubbing.. Awek keliling pinggang, kau ingat bagus sangat ke. Siti tu, tak sesuai untuk kau. Kan banyak awek yang kau jumpa kat club tu. Sambar je la sorang.
Jantan 1 : Awek-awek tu untuk seronok je.. Kalau nak ambil jadi isteri, kena lah yang macam Siti tu.. Dapat bimbing anak-anak.
Gadis : Dasar Jantan #$>^@#!!~*#



*** Cerita Jantan 2 ***


Di sebuah taman bunga yang indah dan permai.

Jantan 2 : Kenapa bila dengan kau, aku tak berani.
Gadis : Tak berani apa?
Jantan 2 : Hehehehehe
Gadis : Hehehehe.. Kalau kau berani, buatlah. Kau tau apa yang mampu aku lakukan. Hehehehe
Jantan 2 : Tu yang aku respect dengan kau. Tu yang aku suka kawan dengan kau.
Gadis : Kau dengan Laila camana sekarang?
Jantan 2 : Macam tu la… Bila dia call kitorang keluar. Dan seperti biasa.... ******18SX************18SX************ 18SX******
Gadis : Sampai bila nak macam tu. Dosa besar!! Berubahlah..
Jantan 2 : Aku tau.. tapi susah…
Gadis : Kahwin sajalah… Habis cerita..
Jantan 2 : Oooo… Dengan dia?? No.. no.. no… Itu bukan perasaan cinta.
Gadis : Tak faham la aku..
Jantan 2 : Aku dan dia hanya suka-suka. Parents aku akan cari yang terbaik untukku.
Gadis : Dasar Jantan #$>^@#!!~*#


*** Cerita Jantan 3 ***


Di hadapan sebuah kedai.

Gadis : Cun awek Afiq semalam.. Ranggi bukan main.
Jantan 3 : Mana Akak nampak.
Gadis : Ala… semalam kan Afiq lalu depan rumah Akak dengan awek tu.
Jantan 3 : Hehehe.. Tak perasan.
Gadis : Bawa Awek jumpa mak dengan abah Afiq ya?
Jantan 3 : Nak matiiiiii…. Mak dengan abah mesti tak suka. Awek tu bawak untuk merempit je. Kalau nak kahwin, mesti cari yang baik, yang bertudung, yang beriman. Baru Mak abah suka.
Gadis : Dasar Jantan #$>^@#!!~*#


****

Memang dasar jantan #$>^@#!!~*# (sila isikan dengan perkataan yang paling sesuai)

No comments: